Hidupku Matiku Pengorbananku UntukMu

Tajuk agak cliche kan. Mungkin jalan cerita luahan ni agak bosan. Maaflah aku tak pandai mengarang. Sekadar ingin meluah dan ingin rasa lega.

Sebelum tu, salam sejahtera dan assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas baginda Rasul Allah.

Aku, Sweet Pie. Alhamdulillah baru ni aku baru sambut ulang tahun ke 30 series.

Tapi tulah, rasa makin menginjak usia ni,makin bertambah amanah walau aku belum lagi menjadi suri siapa2 lagi. Bukan tak mahu, tapi belum rasa bersedia menambah tanggungjawab sebagai suri hati.

Alhamdulillah dikurniakan keluarga yang lengkap ibu bapa dan adik beradik yang sakinah mawaddah dan rahmah.

Dibesarkan dalam keluarga yang cukup keperluan dan tidak lah mewah. Ibu bapa sangat pentingkan pendidikan, jadi aku turut dibesarkan dalam suasana pentingkan pelajaran.

Alhamdulillah berkat doa kedua ibu bapaku, berkat usaha mereka semua peperiksaan besar dalam umur pendidikan persekolahanku dapat menerima anugerah dan naik pentas. Dapat juga gembirakan ibu bapaku. ;)

Sehinggalah dapat sambung pelajaran ke universiti, dapat juga sempat buat double “degree” tapi sekerat jalan atas faktor tak dapat dielakkan.

Kini, aku masih berkerja & punya pengalaman bukan fresh grad. Dari segi pendapatan, ada struggle nya untuk aku sampai ke tahap yang sekarang.

Alhamdulillah dulu elaun ibu bapa ku dari Rm100 kini da naik Rm500 sebulan. Dan aku merancang akan naikkan lagi elaun mereka seiring dengan kenaikan pendapatanku.

Ibu ku tidak berkerja dengan majikan, ibu ku berkerja tanpa gaji membesarkan anak2 semuanya.

Adala juga sebelum ni ibu mengambil upah dalam pelbagai kerja sambilan demi menampung kelompongan pendapatan bapaku sebagai breadwinner. Bapaku berkerja shift dengan cuti 1 hari seminggu.

Aku anak yang menyaksikan kepayahan ibu bapaku membesarkan anak2 semuanya.

Alhamdulillah anak2 membesar dengan baik dan punya kehidupan masing2. Anak2 dapat menyambung pelajaran ke menara gading dengan izinNya atas pengorbanan kedua ibu bapaku.

Semakin umurku menginjak usia, begitu juga ibu bapaku.

Melihat kedut makin bertambah dan rambut semakin banyak yang putih buat hatiku sangat sebak dan menitis air mata tiap kali ku renung wajah mereka saat mereka tertidur di sofa ruang tamu.

Kini bapaku sudah pencen dengan bulanannya dapatlah RM250 seteleh 30 tahun berlelah kerja.

Ibu bapaku tiada pendapatan lain melainkan simpanan dan pencen bulanan yang ada. Anak2 menyumbang ikut kemampuan masing2.

Alhamdulillah tambahan RM500/bulan, bil air letrik telefon, anak2 dapat lunaskan. Dan jika ada lebihan kami bagi lebih. Lillahi taala, terlalu banyak ibu bapaku bergolok gadai mengikat perut besarkan kami.

Tak terbalas pengorbanan mereka. Semoga Allah ampuni dosa-dosa kedua ibu bapaku dan Allah pelihara mereka seperti mereka pelihara kami dari kecil.

Jadi, sini.. tanggungjawabku bermula sebagai breadwinner untuk ibu bapaku,

Ibarat financial backup untuk mereka untuk memastikan mereka cukup keperluan dan aku tak mahu mereka rasa susah dan ingin berkerja lagi (kerana bapaku ada menyatakan hasrat itu, dan aku tak benarkan atas faktor kesihatan ibu bapaku).

Aku ingin mereka merasai perkara-perkara yang mereka tak dapat semasa besarkan anak2 semua.

Allah.. demi Allah, angkatlah rasa kadang2 aku risau aku tak kuat dan tak cukup untuk ambil alih tanggungjawab ini.

Demi Allah, Dia yang pegang hatiku.. aku memang serahkan seluruh kehidupanku untuk Mu… Aku bawakan doa ini selalu dalam sujud tahajud dan taubatku….

Buat pengetahuan juga, aku juga sedang menjadi asbab jalan keluar buat adik beradikku yang baru keluar dari tempoh depressionnya yang agak makan tahun.

Aku cuba jadi pendengar yang baik. Aku cuba untuk membantu spiritual dan semangatnya untuk pulih. Menjadi sponge untuknya.

Aku tak mahu aku berjaya sorang2 nanti tapi tinggalkan adik beradikku. Aku nak anak2 ibu bapaku sama2 berjaya dunia akhirat in syaa Allah.

Doakan ya para pembaca semua semoga dipermudahkan urusannya untuk berhijrah keluar dari zaman depressionnya.

Melihatkan keadaan ibu bapaku dan adik beradikku kini, aku telah ambil inisiatif untuk menambah kemahiran melabur dan juga pendapatan.

Alhamdulillah aku dapat bina hustle aku dengan tambahan RM500/sebulan tanpa aku risau sangat jika aku tak jalankan, pasif income aku RM800/sebulan.

Kini dalam proses capai target membeli rumah kedua dan ketiga ku tahun ni. Aaminn..

Aku bercita-cita untuk pencen awal dengan mengusahakan bisnes (sebelum capai target umurku).

Aku bercita -cita nak bawa ibu bapaku menunaikan umrah dan duduk bersamaku di sini. Aku nak jaga mereka saat mereka uzur nanti..

Doakan ibu bapaku dapat panggilan menunaikan haji juga. Amin ya Rahman ya Mujib.

Doakan aku juga jika panjang umurku, dikurniakan umur bermanfaat dan jodoh peneman hidup yang sama2 perbaiki diri utk Nya dan berusaha keras dalam perusahaan.

Mungkin ada pengajaran juga boleh kalian belajar dan terselit dalam luahan yang aku terbebel sini, sama ada untuk yang berkerja atau berkerja sendiri atau berniaga sebagai utama:

1. Usahalah Bina pendapatan pasif dan hustle.

2. Delay gratification tapi bermakna tak boleh nikmati pendapatan tu (enjoy), kena ada self reward. Self reward aku sendiri selalunya adalah aku pergi spa, bercuti secara backpack di Malaysia, picnic, DLL.

3. Rancang kewangan sebelum hari tua, aku guna formula bawah ni, tapi boleh la adjust ikut keperluan masing-masing.

60% – Tanggungjawab dan komitmen.

20% – Simpan dan labur.

10% – Takaful (paling penting perlindungan perlu ada bagiku hibah, penyakit kritikal, personal accident… jika mampu, ambillah medical card).

10% – Sampah.

4. Jaga kesihatan di awal usia samaada mental, rohani dan juga fizikal. Jika usia sudah makin senja pun masih tidak terlewat untuk jaga dan memulih.

5. Selebihnya para pembaca boleh sambung sendiri.

6.

7.

Alhamdulillah, aku dah rasa lega. Terima kasih semua bagi yang sudi membaca… aku tahu kerisauanku/struggleku hanyalah cebisan dari kesusahan orang lain…

Maka aku doakan kita semua dipermudahkan dan dilancarkan urusan sentiasa dalam mencariNya di setiap jalan keluar yang diusahakan…

Semoga Allah rahmati usaha kita semua jadi asbab penghapus dosa dan bertemuNya di syurga. Aamiin..

Salam terima kasih dari,

– Sweet Pie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *