Hidupku Terumbang-Ambing

The past doesn’t define who you are now. The present does.

Itulah hidup aku sekarang ini.

Dahulu, aku merupakan seorang pelajar yang pernah mendapat 5A dalam UPSR, 7A 1B dalam UPKK, 9A dalam PMR dan 11A dalam SPM.

Dahulu, aku merupakan seorang yang pernah mendapat mumtaz semasa Darul Quran (DQ) dan antara orang yang masyi (gelaran untuk orang yang kalau ditebuk hafalannya keluar macam air).

Dahulu, aku berjaya dalam asasi perubatan dan melepasi requirement CGPA yang ditetapkan iaitu 3.50.

Namun, itu semua cerita yang tinggal kenangan. Aku menemui hidupku dalam keadaan yang tersangat sempit. Betullah, hidup ini ibarat roda. Adakalanya, kita di atas. Adakalanya, di bawah.

What really defines us is our attitude regardless of state we are being in.

Aku sungguh beruntung dan bersyukur kerana dikurniakan keazaman, iltizam dan daya usaha yang tinggi semasa Darul Quran (DQ) sehingga membolehkan aku istiqamah mengulang al-Quran hingga hari ini. Aku mendapati aku mempunyai kekerapan suicidal thought yang tinggi kerana aku merasakan hidupku sungguh tidak bermakna pada masa ini.

Namun, kebiasaanku mengulang 1 juzuk antara maghrib dan isyak kadangkala membolehkan aku berfikir sejenak akan peri pentingnya hidupku ini. Persoalan-persoalan penting dalam kehidupan seperti siapa aku, dari mana aku datang dan apa tujuan hidup aku bermain semula dalam minda bawah sedarku.

Aku mendapati banyak masalah yang melanda hidupku semenjak memasuki degree perubatan. Aku mengakui dilanda kemurungan. Aku berasa keseorangan. Aku mengakui sebenarnya aku memerlukan teman hidup yang membolehkan aku bersandar kekuatan dan kelemahanku kepadanya. Namun, tiada yang sudi melihat aku ini.

Sifat manusia ialah mereka suka melihat segala sesuatu yang sempurna. Mereka tidak suka melihat side story orang. Mereka suka tengok hasil. Sebenarnya, manusia itu tidak sempurna. Tetapi, manusia itu saling melengkapi. Allah itu yang Maha Sempurna. Maha Agong. Maha Berkuasa.

Aku dinafikan hak sebagai seorang rakyat untuk mendapatkan pinjaman PTPTN walhal itu juga duit rakyat. Pada masa itu sekitar bulan 6 tahun 2017. Bayangkan memasuki degree perubatan yang memerlukan belanja yang wallahi wabillahi watallahi teramatlah besar. FAMA (Father-Mother) sahaja tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan ini.

Aku merasakan kemungkinan yang ini juga berkait dengan politik kerana keluargaku berlatar belakangkan pihak pembangkang pada masa itu. Ada ahli keluarga besarku berpangkat YB yang berkhidmat di Johor dan beliau ahli Parti Amanah Negara (PAN) ketika itu. Aku merasakan ada unsur kronisme, nepotisme dan bias yang berlaku di situ.

Kedua-dua ayah dan ibuku bekerja sebagai cikgu. Ayahku ada masalah buah pinggang. Dia kena dialisis 4 kali seminggu. Itu juga menelan belanja yang besar. Aku merupakan anak sulung daripada 4 adik-beradik. Umur kami dekat-dekat dan adik bongsu menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Masing-masing masih dibawah FAMA kerana tiada lagi yang mempunyai pendapatan.

Mungkin orang kata cikgu gajinya agak mewah tetapi dengan keadaan semasa kami sekeluarga sebenarnya tidak. Aku pula tidak berpeluang untuk part-time job kerana jadual pelajar perubatan yang padat.

Tahun pertama (2017/2018), aku mengalami kegagalan yang menyebabkan aku turun tahun. Tahun yang aku turun tahun itu (2018/2019), aku gagal dua kali. Aku tidak boleh gagal walaupun sekali daripada empat peperiksaan besar yang bakal diadakan pada tahun ini (2019/2020). Jika tidak, aku tidak layak untuk mengahadapi peperiksaan besar untuk fasa pra-klinikal. Aku merasakan hidupku seperti di hujung tanduk.

Aku menjadi cemburu dengan rakan-rakan sekolah lamaku. Ada yang dah graduate, ada yang kerja, ada yang dah berkahwin, ada yang dah mempunyai anak. Sedangkan, aku tersadai di sini.

Sejujurnya, aku sampai satu tahap hilang minat dan motivasi untuk belajar. Aku merasakan aku orang yang paling tidak berguna dalam dunia. Aku merasakan apalah salah yang sebenarnya aku dah buat. Aku hanya berkongsi masalah-masalahku dengan orang yang layak dan rapat. Aku mampu menyembunyikan perasaan yang tersimpan jauh dalam lubuk hatiku dengan hanya senyuman dan gelak ketawa apabila berhadapan dengan orang lain.

Jika aku gagal, aku nekad untuk menukar haluanku belajar aliran sastera/agama yang mana kosnya lebih rendah. Aku juga ingin mengembangkan cabang-cabang pemikiran dan pemahamanku tentang Al-quran yang mana sebelum ini hanyalah melalui hafalan. Aku juga boleh mengelakkan diriku bertembung dengan beberapa pihak yang aku berasa kurang senang dengan mereka. Mungkin ia hanya mainan perasaan tetapi whatever.

Menjadi seorang doktor bukanlah penanda aras yang anda orang berjaya. Barangkali, sebaliknya. Kerana kerjaya doktor pada masa kini tidak begitu menjamin masa hadapan. Kebarangkalian untuk menganggur itu semakin tinggi pada zaman ini.

Kisahku ini boleh dikatakan melibatkan banyak pihak. Tidak mengapa, aku memutuskan untuk memaafkan semua. Tiada guna menyimpan dendam jika mahu hidup lama.

Pada zaman ini, setiap profesion dan kerjaya itu ada pentingnya. Setiap profesion akan menyumbang kepada fungsi sesebuah masyarakat. Even penyapu sampah ada fungsi tersendiri. Ketiadaan mereka akan menyebabkan kawasan sekitar menjadi kotor.

Jika anda ahli politik, laksanakanlah amanah dengan adil dan saksama. Jauhi rasuah, kronisme dan yang seangkatan dengannya.

Jika anda guru, laksanakanlah tugas sebaiknya. Ajar murid dengan tegas dan bijaksana. Ajarkan juga mereka adab.

Jika anda ahli agama, tuntutlah ilmu agama sebaik mungkin. Pemahaman anda itu akan digunakan untuk menyedarkan masyarakat kelak.

Jika anda doktor, selalu update knowledge yang sentiasa berkembang pada zaman sekarang. Treat your patient well. Have a good rapport with them.

Itu je kot.

Assalamualaikum w.b.t.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *