Assalamualaikum dan hai. Terima kasih admin kalah confession ini disiarkan. Aku nak cerita sikit mengenai pengalaman aku masa aku mula-mula masuk Univerisiti dulu.
Kebiasaan student bila masuk Universiti, mesti akan ada minggu orintasi kan? Tapi aku tak pergi sebab ada beberapa hal yang memang tak dapat dielakkan. Aku cuma letak barang dalam bilik di hari pendaftaran kemudian datang semula ke universiti bila minggu kelas bermula. Dalam setiap bilik di uni aku, terdapat empat katil semuanya dan ianya bermaksud empat orang jugalah yang akan menginap dalam bilik tu.
So selepas seminggu, aku datang semula ke universiti dan aku lihat atas katil aku penuh dengan barang-barang orang lain. Ditambah lagi dengan barang aku, masyaAllah sakit mata aku lihat. Selerak! Semak! Bercampur dengan barang-barang aku. Aku pun tanyalah dekat rumet aku, ni barang siapa? Dan diaorang cakap diaorang pun tak tahu tiba-tiba ada budak lebih dalam bilik ni. Aku macam bengang jugakla, takkanla rumet aku takde mulut nak tolong bagitau dekat budak yang masuk tu kalau katil ni ada orang tapi aku tak boleh juga nak panas hati sebab masing-masing kat situ pelajar baru dan orang baru so mesti ada rasa takut or tak yakin nak bersuara.
Takpe. Aku tanya rumet aku mana budak tu dan dia pun tunjuk dekat luar tingkap. Aku namakan budak tu Aina. Aku perhati Aina macam tengah menangis membelakangi kami semua. Dah kenapa pula menangis? Aku tanya lagi rumet aku, diaorang cakap diaorang pun taktahu tapi memang Aina tu pelik dan seorang gadis yang boleh dikatakan antisosial or taknak bertegur sapa dengan orang.
Hmm. Aku masa tu tak fikir apa. Aku tak kiralah dia pendiam ke, dia mengerikan ke, aku tetap nak dia angkat barang-barang dia dari katil aku sebab esok dah start kelas, aku nak kemas barang-barang aku yang bersepah ni lagi. So masa tu juga aku pergi dekat Aina dan bagitahu dia kalau katil yang ada barang dia tu, ada orang duduk iaitu aku sendiri. So aku ajak Aina ikut aku pergi pejabat kolej untuk settle kan hal ini. Dalam pejabat tu, aku explain semua dan pihak pejabat mohon maaf di atas kesalahan mereka dan Aina pun dipindahkan ke bilik lain. Sebab kesian, aku dengan rumet-rumet aku tolonglah si Aina tu angkat barang dia yang banyak gila tu and malang betul, sabun aku, aku tersedekah sekali kat dia. Hmmm. Nak ambik balik aku dah malas sebab dia langsung tak bercakap. Aku malas nak kacau.
So esoknya kelas pun bermula macam biasa. Nak dijadikan cerita, classmate aku satu bilik dengan Aina tu dan classmate aku bagitau aku kalau Aina langsung tak datang kelas. Duduk memerap dalam bilik macam orang takde life. Kerjanya menangis. Keluar pun sekadar pergi dewan makan untuk beli makanan dan balik bilik, makan, tidur dan nangis. Oh ya, Aina ambil pra diploma. So classmate aku bagitau aku yang dia takut nak tidur dengan Aina sebab budak tu nampak scary.
Tiba-tiba satu malam ni, mak si Aina call rumet aku. Mak Aina memang dah ambil sesiap nombor rumet aku atas alasan senang kalau apa-apa berlaku kat dia. Aku ni mulut banyak so rumet aku suruh aku bercakap dengan mak si Aina. Mak si Aina bagitahu aku kalau pejabat uni ada call dia dan mengadu pasal Aina yang langsung tak pergi kelas. Mak Aina ni macam suruh aku pujuk anak dia lah datang kelas semua. So aku akur jelah. Aku pergi pujuk Aina tu. Aku slowtalk dengan dia. Aku tanya dia kenapa dia taknak datang kelas? Aina diam je. Senyum je lepastu nangis. Aku taktahu nak nasihat apa. Aku cuma boleh cakap kat dia, kalau tak minat belajar, bagitau je mak kau suruh dia bawak kau balik rumah. Dari kau duduk sini tapi tak pergi kelas, bukan dapat apa pun. Dia diam juga so aku pun diam sama.
Malam seterusnya, mak dia call lagi. Ya Allah, aku geram juga dengan mak dia ni. Kalau risau sangat anak tu, datangla sini tengok sendiri keadaan anak tu. Aku bukan apa, aku tengok Aina macam tak minat langsung nak belajar. So malam tu, mak Aina bagitahu kalau Aina memang anak degil, malas belajar dan datang situ pun secara terpaksa bukan dia yang rela. Aku bagitau mak dia baik-baik. “Makcik, kalau anak makcik memang takde keinginan nak belajar, kita tak boleh paksa. Nanti dia depression ke apa lagi kesian.” Makcik tu membebel kat aku, dia kata anak dia tu degil sebab tu taknak dengar cakap.Pemalas. Lembab. Semua dia hambur. Dekat setengah jam juga aku dengar mak dia membebel.
Aku macam kesian kat si Aina ni so malam tu aku ajak rumet-rumet aku cuba untuk slow talk dengan dia lagi. Malamtu kami jumpa depan bilik Aina. Depan bilik si Aina ni ada court badminton so kami lepak kat situ. Aku tanya Aina baik-baik. Dia nak belajar ke taknak. Dia akhirnya buka mulut bagitau dia taknak belajar tapi mak dia paksa. Tu je yang dia cakap. Aku tahu banyak benda lagi dia nak story tapi tak terluah.
Aku cuma boleh cakap kat dia, kalau nak apa-apa bagitau aku and aku cakap kat dia juga, kalau kau tak datang kelas lama-lama camni, memang kau kena buang. Aku bukan nak takutkan dia, aku cuma nak ingatkan dia. Tu je.
So selepas tu, aku dah tak ambik port sangat pasal dia sebab aku dah start busy sikit dengan assigment semua. Hujung minggu, aku balik rumah sebab rumah aku dengan uni taklah jauh mana. Tiba-tiba pagi sabtu tu aku nampak dia tengah berniaga baju dengan muka yang ceria. Penuh senyuman.
Aku speechless. Aku tak pernah nampak senyuman macamtu yang datang dari dia. Aku nak tegur tapi dia dah masuk dalam van untuk ambil stok-stok berniaga dia. So aku hanya mampu senyum dari jauh. At least, tengok dia macamtu pun dah buat aku rasa lega. Rasa senang.
Bukan semua orang kat dunia ni mengimpikan untuk pergi belajar dan kahwin. Hidup kita ni adalah milik kita. Jadi yang layak atur life kita adalah diri kita sendiri. Belajar, masuk universiti, grad dan kahwin. Adakah ini namanya kebahagiaan? Tidak. Kebahagiaan itu datang bila kita dapat buat apa yang kita nak dalam dunia ni. Pernah tengok 3 idiots? Dia tak rela masuk universiti tapi bapak dia paksa sedangkan minat dia untuk jadi photographer. Walau duit yang dia dapat tak besar mana, tapi kebahagiaan dalam hati yang datang dari jiwa dia tu tak boleh dibeli walau dengan harga 1juta.
Ilmu itu penting. Memang sangat penting. Tapi ilmu itu tidak hanya dikaut dari Universiti semata-mata. Belajar agama juga ilmu. Belajar memasak juga ilmu. Belajar menukang juga ilmu. Belajar berniaga juga ilmu. Asalkan apa yang kita buat tu, dapat membahagiakan diri kita, maka itu sudah cukup bagiku.
– Amanie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit