Hi korang! Apa khabar? Korang dah makan? Harapnya semua makan sedap2 lah ya hehe Alhamdulillah.
Harini aku saje nak share tentang pengalaman bercinta aku time sekolah. Sebab aku rasa bercinta time tu memang pure punya feelings weh. Asyik share cerita sedih2 stress2 apakata kita gegediks sikitt gegirlsss time!
Btw aku perempuan yeee. So kita anggap lah tengah cerita macam kat dalam dorm gedik2 share story konon bf kita paling sweet hehehe.
Aku bercinta 3 kali je dalam hidup aku. Pertama, dengan kawan baik aku dari kecik. Yang ni masa form 1 (ya aku gataiii g sekolah ada pakwe) hahaha. Tapi tak lama sebab dia curang weh dengan membe aku sendiri. So lantak pi depa.
Then aku single laaaa sampai aku jump si dia yang kedua masa aku form 5. Haaa harini aku nak cerita tentang yang kedua ni lah!
Aku kenalkan dia sebagai Awan. Awan orangnya biasa je bukanlah dalam kategori budak hot dekat sekolah. Dia jatuh kat kategori budak pandai. Aku pun budak pandai juga cuma aku pandai yang nakal.
Aku ni macam geng2 budak perempuan mantol manakala Awan ni budak2 study. So dunia kitorang berbeza sampaiiiilahhhhhh dia tegur aku dekat chat fb.
Masa tu cuti sekolah kejap, kitorang hari2 chat masa cuti tu. Aku selesa dengan Awan walaupun aku tak pernah kenal dia yang mana dalam sekolah. Even aku nakal, aku bukan jenis perempuan yang suka menempel kat lelaki. Tu aku tak kenal dia siapa haha.
Tapi Awan kata dia kenal aku and dia lama nak tegur cuma takut. Sebab aku garang. Ya aku jenis perempuan yang berpewatakan kasar suka gaduh dengan lelaki. Naik cuti sekolah, kitorang decide nak jumpa untuk kali pertamanya. So Awan tunggu depan pagar aspuri, dia kata nak bagi surat.
Masa tu debor di hati hanya Tuhan yang tahu haha. Itu kali pertama aku rasa macamtu sebab masa form1 tu bercinta cam main2 je yela membe kenal dari kecik know know couple je puih.
So, akhirnya kitorang jumpa, aku ingat lagi Awan pakai tshirt pengakap kelabu. Dia tak tinggi mana, kening dia terbentuk cantik, kulit hitam manis, gigi dia rata dan bau dia wangi ya.
Awan ni serious biasa je tapi sebab dia kemas dan manis, aku suka. Masa Awan hulur beg dia nampak gugup, aku rasa comel sangat weh hahaha.
Lepas dapat beg tu aku naik dorm, dalam beg tu ada surat confession yang Awan suka aku, sekeping coklat cadbury hazelnut dan ada sweater Chelsea awan. Sumpah wangi siotttt HAHAHA. Aku masa tu baru 1st rasanya terfikir “oh lelaki wangi rupanya”.
And macam biasalah perempuan mana tak cair bila dapat gitu. Lagi membe2 dorm dok “awww” kepoh2 gitu haha. Aku ambil keputusan nak terima dia. Why not kan? Seronok jugak kat sekolah ada bf, semangat sikit aku pergi sekolah.
So malam tu masa makan malam kat dewan makan, aku pass surat balasan kat membe kelas Awan yang aku terima dia jadi bf aku hehe.
So start hari esoknya, kitorang officially a couple. Ewahhhh. FYI, Awan ni kelas dia menghadap depan kelas aku tau. Kitorang dua duduk tepi tingkap, cuma dia kat tengah, aku kat belakang. Rupa2nya tiap kali aku kat kelas, dia cakap dia curi tengok aku dari tingkap kelas dia.
Wehhh ko bayangkan aku blushing macamana HAHAHAHA. Tapi cam aib gak la tah aku tengah tido ke korek idung kena denda semua kan.
Tapi dia kata sebab tu dia suka aku, dia terhibur dengan aku. Dia kata aku ni comel dan kelakar yang selamba. Dia kata aku berani and garang tapi ada lembutnya.
Aku masa tu rasa wow, 1st time aku rasa dilihat betul2. Start couple, banyak kali la aku pulak yang asyik tengok luar tingkap nak curi tengok dia.
Awan ni rajin, banyak duduk kat meja asyik study. Kadang dia sapu kelas, lap tingkap. And kalau dia lap tingkap, dia akan lambai2 kat aku. Tu jela cara berkomunikasi kitorang.
Bercinta waktu tu tak banyak guna phone. Yelah kat asrama susah sikit. Even aku ni bawak phone, Awan budak baik so dia takbawak phone. Balik rumah baru kitorang dapat chat.
So dari surat, tingkap, aktiviti sekolah dengan kawan jela jadi pengantara kitorang. Jarang dapat jumpa tapi kitorang pandai nak curi masa untuk dating hehe.
Kadang bila aku nampak Awan keluar tandas, aku saje mintak pergi tandas jugak. Then instead ke tandas bangunan aku, aku ke bangunan Awan HAHAHA. Sama macam dia jugak, dia nak ke lab boleh je lalu tangga koridor lain tapi dia lalu depan kelas aku.
Jumpa kat dewan makan, kat koperasi atau masa aktiviti sekolah lah pun cukup sangat. Tapi kitorang ni kira belangkas jugak la sebab balik ke asrama mesti jalan sama hehe. Nama pun dah naik kat cikgu ha terus jelaaaaa HAHAHA.
Nasib Awan la nak bercinta dengan budak nakal, dia suka cabaran la kot.
Awan ni walaupun pendiam, dia suka share macam2 dengan aku. Apa dia buat hari tu, dia akan inform dalam surat. Bawah surat mesti akan cakap “i miss you, i love you”. Lepastu dia suka doodle comel2 untuk light up mood aku. Ada hari Awan selit coklat, roti, air kotak, gula2.
Waktu tu, aku memang sayang habis sangat. Pembungkus gula pun aku simpan dalam fail. HAHAHAHA.
Dia budak pandai, jadi dia akan selitkan notes tambahan untuk aku study. Dia pinjamkan buku aktiviti. Aku rasa gesture Awan pure sangat, dan aku tahu dia ikhlas sayangkan aku. Aku pun sayang Awan jugak.
Ada satu moment tu, Awan tulis satu2 ayat “SAYA SAYANG AWAK” dekat kertas A4 and tunjuk dari belakang pintu kelas.
Budak kelas bawah siap nganjing “wooooooo sweet siot” HAHAHA. Punyalah sweet and cringe. Walaupun orang kata time sekolah ni cinta monyet, aku tak rasa macamtu.
Aku tahu Awan baik and aku pun taknak luka kan dia. So kitorang janji nak setia hingga lah ada rezeki kahwin sama. Hehe. Alhamdulillah relationship kitorang baik sangat, and kitoang berjaya tamatkan SPM sebagai pelajar cemerlang (even bercinta HAHA)
Fast foward aku masuk u negeri sendiri. Awan pulak u kat luar negeri kitorang, dia dapat kat KL. Kitorang banyak chat and call cuma penat and busy dengan assigment so waktu spend time tu taklama. But still, kitorang setia antara satu sama lain.
Paling aku ingat, aku tengah cuti sem pendek, aku naik KL nak jumpa Awan. 1st time aku yang perempuan ni pergi sendiri KL nak jumpa boypren woi. Aku naik bas, book hotel sendiri and 1st time naik LRT sendiri. Kitorang jumpa dekat u Awan.
Awan bawak aku tengok keliling u dia, kenal kan kawan2 dia semua. Awan tak ada kereta, so kitorang pusing area KL dengan motor je. Sanggup tak tidur sebab nak spend time, esok Awan ada kelas dah. Dia bawak aku makan kat mamak fav dia, bawak jalan kat area klcc.
Duit student tak banyak so takdelah nak makan tempat mahal atau jalan jauh2. Budak sekarang kemain siap staycation 3hari 2malam ha.
Esok paginya, Awan jemput aku lepas habis kelas dan hantar ke TBS. Sebelum tu, dia hadiahkan aku gelang ada ukiran nama dia. Dia kata ingat2 dia selalu. Nanti ada masa, dia datang u aku pulak. Punyalah aku sedih dapat jumpa dia sehari je aku nangis sepanjang dalam bas.
Sebelum bas gerak aku lambai sambil melalak HAHAHA. Tapi aku happy balik sebab lepastu dia cuti sem, dia datang u aku pulak. Cumanya dia spend time taksampai sehari dengan aku sebab dia nak balik kampung dia. Still, terlunas la rindu dapat spend time sama dengan Awan.
Kitorang jenis tak berjumpa kerap sebab tak de transport. Aku takde lesen, dia pulak ada motor je. Aku tak sanggup nak biar Awan datang ke daerah aku semata nak dating. So waktu dating kitorang masa kat u tak sebelangkas kat sekolah.
Sebelum Awan balik kampung, aku hadiahkan dia jaket. Sebab dia naik motor sejuk, kenalah pakai jaket. Aku nak dia tahu kalau dia balik KL nanti aku teman dia atas motor and hangatkan dia berkat jaket tu.
Aku ingat lagi waktu tu seminggu sebelum puasa, so dia cakap lepasni tak jumpa dah sampailah habis study. Sebabnya, aku tengah minggu exam. Dia pulak nak kerja masa cuti sem. So masing2 fokus dengan situasi masing2. Aku okay je sebab kitorang berdua jenis bercinta chill2 je.
Masa berganti hari. Hari berganti minggu. Time tu seminggu nak raya dah, aku busy dengan exam. Kitorang tak contact, chat bila perlu macam. Pagi tu 8.30am aku chat dia kata aku nak masuk dewan exam, wish me luck ok Awan! One tick. Aku syak dia busy la tu otw nak kerja.
Exam haritu sampai petang, so aku off phone sepanjang waktu tu. Before balik rumah sewa, aku singgah bazar Ramaan dulu nak beli makanan berbuka.
Otw jalan tu aku on phone balik nak tengok ada ke chat ke apa. Awan punya chat tetap one tick. Aik busy betul. Aku check call log ada no tak dikenali call aku. So, aku call balik:
“Bulan, ni Bulan ke?
“Haah, siapa ni?
“Ni sedara Awan. Bulan, Bulan tak tahu ke?”
“Ohhh! Sedara Awan, kenapa ni ada apa? Apa yang Bulan taktahu?”
“Bulan sabar ya”
……..
Waktu tu hingar bingar bazar terasa sunyi. Orang lalu lalang langgar aku yang berdiri.
“Awan dah tak ada, Bulan. Awan accident 10 pagi tadi. Lepas zuhur dia dah dikebumikan”
Segala kekuatan aku masa tu ditarik pergi. Oh. Aku tak dengar dah apa sedara Awan cakap, yang aku tahu waktu tu aku dah terduduk kat tepi bazar sambil meraung. Orang lalu lalang tengok aku, sampailah kawan rumah sewa aku perasan dan dapatkan aku.
Sedara Awan send gambar Awan accident sebab aku tak percaya. Motor Awan hancur, Awan terbaring dengan darah yang mengalir kat jalan tar tu. Muka dan badan Awan ditutup dengan jaket yang aku hadiahkan pada dia. Awan, Awan dah tinggalkan aku.
Awan yang baik.
Awan yang manis.
Awan yang ajar aku yang cinta yang tulus tu wujud meskipun pada waktu remaja.
Awan dah pergi tinggalkan Bulan dah.
Begitulah kawan kawan pengakhiran aku dan Awan. Jodoh Bulan dan Awan sampai situ je hehe. Mungkin Awan terlampau baik buat Bulan, jadi Awan dijemput dulu untuk menghiasi syurga. Moga Awan bahagia di sana.
Aku sentiasa doakan dia untuk diampunkan dosanya (yelah even kitorang bercinta secara baik tetap dosa bercinta tu satu maksiat, moga Allah ampunkan kami berdua. Moga Allah tempatkam Awan dalam golongan beriman)
Dan bertahun berlalu, aku si Bulan dah ada kehidupan lain. Aku dah jadi seorang ibu dan juga isteri pada si Pungguk yang baik. Meskipun suami aku tak sama pun dengan Awan tetap aku cintakan dia sepenuh hati.
Si Pungguk pun terima aku di waktu dia tahu aku masih struggle dengan trauma kehilangan Awan.
Itulah antara sebab aku terima Pungguk sebagai suami aku, kerana dia faham isi hati aku. Awan, cuma satu kenangan katanya, kenangan yang manis yang buat aku akan jadi orang yang lebih menghargai.
Tanpa Awan, aku takkan tahu untuk buang garang aku, Awan la banyak ajar aku jadi sweet sana sini dan jadi soft macam sekarang.
Ya aku tak end up dengan Awan, tapi dia lah yang mengajar aku erti rasa sayang dan sakit. Jodoh dan ajal memang rahsia Tuhan. Dan aku percaya, jalan yang dulu aku hadapi adalah untuk keadaan yang sekarang.
Aku pernah kehilangan. Tapi aku diganti dengan cinta yang lebih besar. Takkan aku ubah mana mana jalan hidup aku hanya sebab kehilangan. Semua tu ajar aku menjadi Bulan yang kuat dan penuh rasa cinta dalam jiwa seperti sekarang.
Terima kasih sudi baca hingga sini! Aku harap kalian sedikit sebanyak terhibur dengan perkongsian percintaan aku HAHAHA. Pahit manis kehidupan yang aku hargai sehingga sekarang! Semoga hari korang baik baik je.
Doakan Awan, kisah lalu ku agar dia tenang di sana. Doakan aku si Bulan akan sentiasa dirindui si Pungguk (suamiku) dan bahagia dengan anak kami selalu, hehehe.
Ada jodoh ada hari, kita bercerita lagi ya gais! Bye sayangsss sekalian!
– Bulansari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit