High Society Game

Assalamualaikum semua. Sihat? Confession ni berkisarkan antara aku dan golongan high society. Macam mana aku nak start ye? Beginilah, nama aku Liza, aku dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Alhamdulillah cukup everything cuma tak mewah lah. Pertemuan aku dengan golongan high society ni agak unexpected lah sebab sebelum2 ni aku tak pernah berkawan atau kenal dengan mana2 orang yang “have have”.

Cerita dia begini, lepas graduate aku dpt kerja kat ibu kota. Kerja professional, bidang aku jugak, gaji takdelah tinggi cuma aku suka lah sbb bole kerja bidang aku belajar gak kan. Disebabkan tenpat kerja agak jauh dari rumah aku ambil keputusan untuk menyewa sahaja. Tapi tiada siapa tahu keputusan aku untuk menyewa membawa aku ke satu situasi yang tak pernah aku bayangkan sebelum ni. Aku menyewa kat satu apartment ni bersama 3 penyewa yang lain. Masa mula2 aku masuk dlm apartment tu hanya ada dua penyewa yang sambut aku. Aku stay dlm bilik bersama Najwa, Kak Nini duduk single room, dan sorang lagi pun single room jugak. Jadi aku split bill dengan Najwa, dah jimat dah kat situ.

Tiba malam, aku masih menunggu siapa housemate yang seorang lagi tu. Dalam sembang2 dengan Najwa dan Kak Nini, masa dah menginjak ke tengah malam. Aku tanyalah diorang mana housemate yang lagi satu, aku teringin nak jumpa. Boleh diorang gelak2kan aku.

“Oh kalau Qila tu memang dah lama kitaorang tak jumpa dia, dalam 2 bulan jugaklah”.

Apelagi, aku peliklah. Takkan duduk satu rumah pun tak jumpa. Aku dah musykil dan aku rasa diorang berdua tu saje je nk game aku sbb aku baru menyewa kat sini.

“Betul Liza, Qila tu nama je menyewa kat sini tapi dia harey nk tidur kat sini. Boleh kira dengan jari lah berapa kali dia tidur kat sini”.

Aku pun peliklah kenapa menyewa kalau kau tak nak stay sini kan. Ape motif kau? Membazir duit je. Single room pulak tuh. Tapi aku diam je lah. Otak aku je lah yang bnyak tanya soalan busybody macam tu. 3 minggu berlalu, akhirnya petang tu, hari sabtu, Qila balik jugak akhirnya. First time aku jumpa dia, tetiba aku gabra aku tak tau kenapa. Dia macam ade aura kuat yang buat aku segan. Macam aku nak bagitau eh, muka sombong tapi baik, riak muka yang tanya “kau sape?”. Dia tak perlu bersuara pun tanya aku sape, aku sendiri yang kenalkan diri sbb riak muka dia tuh.

“Hai saya Liza, baru je menyewa kat sini”, sambil senyum awkward gila.

“Oh awak lah penyewa baru tu, hai saya Qila, nice to meet you”, sambil senyum manis gila kat aku.

Baru aku tau dia ni baik orangnya. Petang tu, aku sembang baik punya dengan Qila ni. Dia pulak memang pandai bercerita dan layan cerita aku. So, walaupun baru beberapa jam jumpa aku dah rasa “click” ngan dia. Habis semua issue aku sembang ngan dia. Bukan sembang kosong okay, tapi berilmiah. Aku curious gila nk tahu dia kerja ape sbb dia ni macam educated sangat. Tapi takdelah aku tanya,, aku senyapkan je lah.

Tak lama lepas tu Najwa ngan Kak Nini pun balik. Bila diorang jumpa Qila terus mai peluk2 erat gila sampai aku yang kat depan depa ni macam tunggul je rasa. Haritu baru aku tau, hubungan diaorang ngan Qila ni agak erat. Diaorang ade tanya “Qila g mana selama ni? Best bercuti?” Hah bercuti? Ooo lama hilang pergi bercuti ke, bapak lama gila dekat 3 bulan baru balik. Aku ni nak dpt cuti pun susah. Masa tu hati aku dpt rasa yang Qila ni mesti orang senang. Macam biasa kau tak dpt tipu mata org perempuan, aku tgk baju yang Qila pakai, mak aihh branded bai, sekali tgk pun aku dah tau mahal, beg dia, bagasi dia, muka dia pun sejenis org have-have punya muka. So start haritu aku dah assume Qila ni org yang senang lah.

Sepanjang Qila kat rumah tu, aku tak pernah lagi nampak dia pergi kerja. Kalau org lain bangun awal pagi bersiap pergi kerja, tapi kalau dia bersiap nk pergi jogging. Aku tertanya tanya dia ni kerja ke tak? Pernah aku pergi beli makanan dan barang2 dapur dengan dia, aku terkejut jap. Kau tau lah kan, setiap bulan, untuk pembelian barang dapur rakyat marhaen ni disarankan supaya tak overspending.

Memandangkan kitaorang semua jenis makan gaji, jadi budget utk barang dapur takdelah tinggi sangat. Cukup2 makan ajelah. Tapi masa shopping dengan Qila ni, kecut perut aku. Dia selamba je ambik makanan tanpa tengok harga. Aku pantang betul kalau ambik barang tak tengok harga dulu. Aku jenis suka compare harga dulu barulah beli. Tapi Qila ni main ambik je, sampai penuh satu troli. Dah lah sambil nyanyi2 pulak tu. Aku cakap kat dia duit tak cukup ni kalau ambik barang banyak macam ni, Qila senyum, “cukupnye, baru sikit ni”. Sikit pale kau, ambik barang macam tak hengat donia. Aku dah risau dah takut muka malu nnti bila nak bayar kat cashier nanti.

Dah smpai kat cashier aku dah bersedia nk tutup muka, ye lah duit kat tgn aku ni ade berapa je, barang dah lah bapak banyak dlm troli. Tapi lepas habis cashier scan barang2 tu semua Qila keluarkan credit card dia, dan bayarkan. Total semua dalam 1+++ jugaklah. Wow, banyaknya duit dia. Hebatnya kamu, yakinnya kamu. Haritu dia kata, “Liza tak payah keluarkan duit pun harini, Qila belanja”. Nak ape? Nak makan ape semua aku dapat haritu. Dia belanja aku macam2. Aku? Happy ler org belanja, bukan senang nk dpt bnda free ni.

Masa makan tu, semuanya terungkai. Semua pertanyaan aku selama ni terjawab. Aku tanya dia satu2. Qila ni memang orang kaya. Tapi bukan kaya je tapi berasal dari family yang berpengaruh kat Malaysia ni. Kalau aku sebut nama politician ni confirm semua org kenal punye. Family dia jugak ade bnyak business, datuk dia agak famous. Terkejut gak aku masa first dia reveal pasal family dia. Kedua dua belah mak ayah dia berpengaruh. So, memang family dia nih bukan calang2 lah. Gatal je tangan aku nk cakap sape family dia nih tapi aku dah janji ngan dia tak boleh kasi tau sape2 pun. So setakat ni kami housemate dia je yang tahu sape dia sebenarnya. Tapi Qila ni mak aihh, so down to earth lah. Baik gile.

Aku sambunglah sembang lagi sbb best woi sembang pasal orang2 kaya ni haha. Aku tanyalah circle of friends dia sape? Sbb aku teringin nk tahu life anak2 org kaya ni macam mana. Confirm lain gile kan dari rakyat marhaen yang lain. Korang pun curious gak kan. Bukan aku sorang. Qila tanya aku “betul ni nak tau?”. Aku angguk ye lah. Teringin kot nk tau macam mana real life diorang kan.

“Okay, kalau Liza nk tau sangat boleh. Qila kasi chance sbb Liza ni nampak baik dan boleh dipercayai. But, just keep your mouth shut sbb semua ni agak confidential”. And yes, that’s the climax of this confession. Meeting her rich friend. Hehehe.

Weekend tu, Qila bawak aku pergi satu tempat ni. Tapi sebelum tu, dia bawak aku pergi ke “rumah sebenar” dia dulu. Qila ni duduk kat kondo yang boleh nmpak jelas klcc dan bangunan pencakar langit yang lain. First time aku masuk kawasan kondo tu, aku dah rasa lain macam. Perasaan bangga gila yang seolah olah aku setaraf dengan golongan yang tinggal kat situ. Huhu aku tau tak elok, sorry2. Aku tgk je Qila mantain poker face. Wow macam ni eh perasaan jadi kaya. Dah sampai kondo dia, mak aihh so spacious. Kalau kau tgk kat balkoni nmpk jelas bangunan pencakar langit. Wow, what a view! Maid dia hidangkan aku air sementara Qila pergi masuk dlm bilik nak ambik barang katanya. Aku masih lagi terkejut ye lah first time masuk tempat orang kaya macam ni.

Qila keluarkan satu baju yang bagi aku sangat cantik. Sape2 yang pakai baju tu confirm nampak vogue gile. Dia dandan kasi cantik2 (perasan uhuk) sebelum pergi ke main occasion mlm tu. “Nak pergi sana kena dandan cantik2”, qila kata kat aku. Dah habis bersiap tu, kitaorang gerak. Kali ni sekali lagi aku terkejut. Masa nk dtg kondo tu qila bawak myvi je tapi malam tu, kereta sport weh. Kereta sport ape dirahsiakan. Ni yang buat adrenalin aku naik ni. Best gile woi naik kereta sport. Huhu, maafkan aku yang kuno ini. Tapi aku tertanya tanya kenapa dia sanggup “berlakon” jadi orang lain, sewa rumah lain sementara dia ada rumah yang jauh lebih baik daripada tu, bab kereta pun. Ape motif dia? Tapi tulah setiap kali aku tanya dia kenapa dia sewa rumah sekali ngan kitaorang dia akan cakap, “trust me, you don’t wanna know why”.

Akhirnya dah sampai ke destinasi yang dituju. Kau tau tempat ape? Tu lah club house. (nama sebenar dirahsiakan). Tempat pertemuan anak2 vvip kat ibu negara ni. Vvip kat sini termasuk anak2 pegawai atasan kerajaan, businessman, politician, dan sebagainya. Dengan kata lain, tempat segala “cable”. Kenapa aku kata macam tu? Jap nnti aku explain. Sebelum ni, aku tak tau pun wujud tempat macam ni. Nak masuk tempat ni kena ade access card. Macam aku malam tu aku guna access card qila. Tu pun kena explain satu2 kat bodyguard kat situ. Ketat tak ketatnye sistem keselamatan kat situ. Serious bila aku masuk dlm tempat tu aku macam terkejut. Banyak mata yang memandang aku. Mungkin sbb aku “muka baru” kot ataupun diorang sekali tengok pun dah tau yang aku ni tak setaraf diorang.

Qila jalan depan aku jumpa ngan kawan2 dia yang lain. Ni part menarik nih, semua dlm tu speaking. Qila pun tetiba speaking London weh. Siot arr. Tapi bila bercakap ngan aku dia cakap Melayu pulak. Somehow, aku rasa defeated lah pulak. Heh, aku pun pandai speaking lah. Ape yang menarik pasal kawan2 Qila ni ialah diorang pun berasal dari keluarga yang berpengaruh. Hah, sebelum org buat spekulasi pelik2, “club house” ni takde jual arak, setakat air biasa tu adelah, juice yang sangat sedap, makanan sikit, sbb macam yang aku cakap tadi ni tempat segala cable. Tempat diorang discuss kerja. Nnti aku explain satu2.

Sekarang ni aku nak cakap pasal kawan2 Qila nih. Jujur aku cakap, kawan2 lelaki dia memang handsome sangat. Malam tu aku ade kenal beberapa orang, yang pertama Lukman, org kat situ panggil dia Luk. Luk ni dari politician family jugak. Macam qila lah jugak. Antara yang berpengaruh jugak dlm kerajaan. Jenis huha2 takde malu sikit pun. Friendly terlebih sikit mamat ni. Yg kedua, aku tak ingat nama dia ape yang aku tau nama dia ade perkataan Nik. Aku letak nama Nik je lah. Nik ni pakai spec mata. English speaking, sekali cakap accent Australia tuh keluar haa kau. Tapi dia paham kot noh kalau org cakap ngan dia kot bm sbb aku ade tersasul cakap ngan dia kot bm. Duhh sape suruh handsome sangat. Nik ni dari keluarga yang ada business secara besar besaran. Eksport mengeksport gtuh. Detail aku takleh kasi tau la. Last sekali, Johan. Orang panggil dia Jo takpun John. Curlass nya nama. Johan ni pakwe Qila. Sama background dengan Qila. Ade lagi beberapa orang yang lain tapi aku lupa lah pulak. Tapi yang pasti semua yang ada dlm bilik tu, malam tu, berasal dari background yang kau takleh main2.

Tadi kan aku ada cakap pasal “cable” kan. Haa meh sini aku nak cerita. Kenapa aku panggil tempat segala cable? Cuba kau tgk background kawan2 Qila yang aku tulis kat atas tu, ada yang dari kerajaan, business background. Dan sudah pastinya semuanya sudah “dibackup” oleh orang yang berkuasa. Kalau kau nk start business, senang gile kalau kau ade dua kuasa ni. Bagi yang dari politician family perlukan support dari well known businessman begitu jugak dari background business perlukan support dari orang besar kerajaan supaya jalan tu “clear”. Support system ni pulak bukan sorang dua je, tapi ramai.

Dalam bilik malam tu, ade banyak anak politician, businessman. Pilih je mana satu kau nk bekerjasama. Dan setiap yang bekerjasama tu akan dpt equal share. Setiap business yang dibuat memang akan berjaya. Aku boleh kata 90% akan berjaya. Haaa tgk the power of cable. Lagi sekali aku nak ingatkan yang golongan ni bukan hanya kaya tapi berasal dari family yang sangat berpengaruh sbb tu “cable” diorang sangat mahal. Kalau family kau hanya kaya tapi tak cukup berpengaruh jgn harap kau boleh join business dengan gang2 ni. Macam mana aku tau semua ni? Lol, kan aku stay dengan diorang. Diorang lah yang cerita semua ni. Bagus diorang ni, tak sombong langsung walaupun golongan high society. Tapi aku tak nafikan ade yang sound aku setepek sbb lepak sekali ngan gang2 diorang. Sound lah, lagi kau sound lagi aku nk buat.

Bila aku fikir balik kan, memang best lepak ngan golongan kaya yang educated ni. Pemikiran diorang sangatlah berlainan. Tapi ade risiko dia, golongan yang macam ni sering kali jadi target penjenayah. Aku rasa sbb tu jugaklah Qila berlakon jadi org lain siap sewa rumah lain lagi. Bila bercakap pasal ni teringat pulak kes dimana berbelas ahli politik diancam diugut bunuh kalau mereka still pergi persidangan parlimen. So diorang ramai2 berkumpul kat sebuah hotel dari pagi sampai petang. Habis sidang parlimen petang tu baru diorang report polis. Sape ingat kes ni? Tv3 report kot. Sbb kes ni high profile dan polis kena pastikan semua ahli politik dan ahli keluarga masing2 selamat kes ni disiasat secara rahsia. Tapi aku tak nafikan perempuan memang suka golongan yang ada duit ni. Well, atas orang2 lah. Kau suka duit kau kena terima lah kekurangan kebebasan.

Malam tu, habis agak lewat, aku dah agak mengantuk. Tgk jam dah hampir pukul 1 pagi. Lama gila diorang discuss. Diorang tak discuss depan aku eh, tapi ade satu bilik khas. Tinggallah aku seorang kat satu tempat duduk ni. Kalau dalam drama pantang duduk sorang confirm kena mengorat punya haha, tapi in real life no bro, no, a big no. Aku rasa aku dah cukup lawa dah malam tu tapi hampeh takde sorang pun yang mengorat aku. Kalau tak, boleh acah2 dalam drama kan jumpa anak org kaya pastu kawin bahagia selamanya hahaha.

Mimpi disiang hari je lah kak oi. Yang ade cuma Luk je lah. Merapu sikit mamat ni cakap. Huha huha non stop. Dalam hati aku dah kata “kesian mamat ni kaya smart tapi tingtong sikit”. Tapi bila Luk masuk dlm bilik tempat Qila dan beberapa org lain tgh discuss kerja berubah terus riak wajah dia. Boleh serious pulak eh. Mungkin sbb diorang tgh serious discuss tentang kerja. Macam aku cakap dah keberapa kali ntah, setiap org ade peranan penting dan kena guna kuasa yang diorang ade untuk pastikan jalan tu “clear”. Sbbnye ni bukan business biasa.

Akhirnya selesai gaklah diorang discuss kerja. Otw nk keluar dari clubhouse tu aku ade terdengar org cakap macam B**** market. Something like that lah. Haa jangan main2 ngan telinga aku ni. Telinga lintah ni ni. Weh korang buat kerja halal ke tak ni. Setahu aku kat situ tu kan emm.. Masa nak balik tu Qila berpecah ngan gang2 dia yang lain. Yang lain Qila kata ade “meeting” lain. Sambil senyum dia kata kat aku, hmmm wallahualam lah meeting ape tu kan. Otw balik tu Qila pesan kat aku supaya jangan cerita kat sape2 hal ni. Ape yang aku dengar dan tengok, just keep quiet. Tapi entahlah aku rasa nk share la pulak. Haha. Tapi korang tak tau pun kan clubhouse tu kat mana kan. Susah sikit nk jumpa, tapi kalau bebetul cari memang ade.

Sekian lah cerita aku. Panjang gile kan aku tau, tu yang aku stop tu. Ikutkan hati ade bnyak lagi aku nak cerita, macam2 yang jadi sepanjang aku berkawan dengan gang2 high society ni. Malam tu bukan pertemuan terakhir aku ngan diorang. Tapi setakat ni je lah nnti korang bosan lak. Aku pun dah 6 bulan tak jumpa Qila. Contact thru phone je lah kadang2. Adios!

– Liza bukan nama sebenarku

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *