High Taste Tapi Bukan T20

Hai, saya Naura (bukan nama sebenar), seorang penjawat awam dari selatan tanah air.. dah berkahwin dengan Afif (bukan nama sebenar) dari sebuah negeri di pantai timur, dan dikurniakan seorang anak.

Semasa bercinta semua nampak indah kan? Hehe.. tapi jangan lupe, once dah kahwin, kita kena terima suami, dan keluarga dia seadanya..

Mama dan abah (keluarga mertua), dah berpencen dan suamiku merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik..

Dan aku juga anak sulung, walid dan umiku jugak sudah berpencen. Keluarga kami agak senang alhamdulillah, cuma daripada kecil memang walidku tidak mendedahkan kami kepada segala jenis kemewahan..

Bukan tidak mampu, tapi beringat apa adanya.. kasut, handbag, yang branded2 tu, aku tak pernah didedahkan dengan species2 macam tu, tahu pun daripada kawan2 di zaman universiti..

Baju kurung hadiah daripada ibuku waktu tu harga RM105 aku pakai dah 5 tahun tu pun aku rasa mahal dah.

Berlainan dengan keluarga mertua aku, boleh dikatakan high taste? Beli kereta mahal, jam branded, handbag branded, thermomix pun adaa.. baju pun daripada jenama2 yang aku tak pernah dengar.

Tapi yang menjadi masalah, mereka bukanlah dari golongan T20, semua dibeli menggunakan kad kredit or ansuran bank..

Dan masalah paling besar, apabila suamiku yang dipertanggungjawabkan untuk membayar kesemua hutang2 bulanan family dia..

Dan dia tak pernah mengaku kepada family dia yang kami ni pun hidup cukup2 makan sebab family dia macam, “semua anak-anak kena balas balik jasa mak ayah yang membesarkan dari kecik”..

Saya bukan nak memburukkan suami, tapi dah beberapa bulan ni saya yang bayar rumah sewa, bil api, bil air, taska anak, sebab duit gaji dia berhabis untuk kelurga dia..

Kadang2 saya sedih, simpan duit untuk reward diri sendiri penat bekerja, tapi suami pinjam tak pulang2 kan pun duit.. abah dia pulak ada beli mesin penapis udara baru, (kami pun takde yang tu kat rumah)..

Apabila mintak nak staycation kat hotel2, mesti suami saya buat muka.. saya sedih sebab saya pun penat bekerja, jaga anak.. nak rehat sekali sekala.. tapi suami all out untuk family dia je.

Kadang2 tu saya pernah je tak cukup duit, pinjam duit umi saya.. nak tunggu hujung bulan pun sesak, zaman sekarang barang2 dapur pun mahal.. sedih sebab suami selalu cakap takde duit.. tapi tak pernah mengaku dia takde duit kat family dia..

Bulan2 pun hantar duit utk parents dia, tapi saya? Barang2 dapur pun kadang2 saya bayar duit sendiri.. saya diam je sebab tahu how devoted he is to his family.. tapi tu la, macam terlebih..

Saya tak faham mentaliti orang sekarang, kalau tak mampu tak payahlah beli kan?

Contoh macam handbag or kasut branded ke.. penapis air coway contohnye, boleh je nak pilih yang murah and functioning well untuk seisi keluarga, tapi family dia mesti nak yang paling mahal (so bulan2 mestilah bayar tinggi)

Adik beradik dia emas di tangan tak yah cerita.. saya on the other hand, ade satu je, itu pun cincin kawin.. (jam mama siap bersalut emas) kalau mampu beli emas, kenapa tak bayar sendiri hutang2 bulanan?

Kenapa suami saya susah nak mengaku yang family commitment dah banyak, tak mampu untuk bayarkan untuk keluarga?

Kenapa anak je yang kena faham parents? Parents tak boleh ke faham kesusahan anak? Kenapa kene beli barang2 high end sedangkan tak mampu? Kenapa sanggup berhutang? Nak tunjuk dekat siapa sebenarnya?

Saya dah penat.. tolonglah berikan jawapan kepada persoalan2 saya.. Terima kasih semua.

– Naura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *