Bila banyak terbaca kisah highway jeli gerik yang teruk dan banyak berlaku kemalangan, tentang haiwan liar di situ,
Dan banyak terbaca berkenaan orang hilang dijumpai selepas berminggu-minggu akibat kemalangan, saya teringat pengalaman saya melalui jalan tersebut beberapa bulan lepas.
Kami satu keluarga ke Kelantan atas urusan majlis perkahwinan saudara. Kami bertolak selepas balik dari kerja dan tiba di jalan grik-jeli dalam lebih kurang pukul 8 malam.
Tiba di satu lokasi kami ternampak satu kereta Kancil terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan. Di sebelah kanan jalan ada gaung, agak dalam. Ada satu pasangan berdiri disamping kereta.
Saya berhentikan kereta sekadar untuk bertanya khabar. Kelihatan pasangan warga emas dalam umur lewat 70an disisi kereta.
Saya bagi salam. “Apa hal ni pakcik?” tanya saya.
“Terbabas sikit, masuk parit” jawabnya.
“Pakcik dari mana nak kemana waktu-waktu macam ni ada kat kawasan ni”, tanya saya.
“Dari Taiping nak ke kelantan” jawabnya.
“Jauh tu pakcik memandu, kenapa tak naik bas je, lagi senang” tanya saya.
“Alaaa… pakcik ni mana pernah naik bas. Biasa ulang alik ke kelantan pergi rumah anak.
Pakcik dah dekat 80 tahun tapi pakcik boleh je memandu kadang tiap minggu ke thailand. Kadang pukul 2 pagi pun kalau pakcik rasa nak datang, pakcik datang je, dah biasa” Jawabnya..
“Anak pakcik tau ke tak ni” tanya saya lagi.
Tadi niatnya nak ke cameron highland, tak niat nak ke kelantan pun. Tapi arah ke sana hujan lebat. Pakcik tukar haluan ke kelantan.
Tadi sampai sini pakcik bagitau anak dia la kami sampai kelantan, itu yang terbabas, pakcik bukannya nampak tu, sebelah mata je nampak sebelah lagi tak nampak.
“Anak pakcik dah dalam perjalanan datang sini la tu” jawab isterinya lagi.
“Makcik pakcik ok ke” tanya saya lagi.
“Kami takde apa-apa. Kereta je teruk sikit tu. Makcik dah biasa dah. Dah 3,4 kali dah kereta pakcik terbabas.” Jawab isterinya lagi.
Allahu, mengucap saya dalam hati. Dalam umur begini dalam waktu begini, di tempat begini bawak kereta dengan tak nampak sambil main telefon… kenapa anak anak tak tegur. Kenapa anak anak tak tolong hantarkan?
Pada masa kejadian kawasan tu setiap hari hujan dan jalan basah. Dan masa tu juga kecoh pasal gajah mengganggu kenderaan di kawasan tu.
Saya cuba tinjau kereta dia kot boleh tolong. Tapi kereta tu rosak teruk, tak daya kami nak tolong tolak sebab dah terperosok ke dalam parit.
“Saya nak tolong keluarkan kereta ni tak boleh ni, teruk ke dalam parit. Nak tumpangkan pakcik makcik pun tak boleh, kereta kami penuh.”
“Takpa kejap lagi anak pakcik sampai la tu”.
Dalam hati, nasib baik terbabas ke kiri, kalau terbabas ke kanan masuk gaung tak siapa pun tahu.
Saya bagi salam dan beredar, sambil catat nombor kenderaan. Esoknya saya cuba semak saman, tu dia… ada berbelas saman tak bayar!
Sedikit pesan dari saya, tolonglah nasihatkan mak ayah kita, jangan la bawak kenderaan jauh. Bahaya sendiri dan bahaya orang lain.
Seeloknya anak tolonglah hantar mak ayah ke mana-mana lebih selamat.
– MAN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit