Assalamualaikum
Terima kasih kerana siarkan kisah ini.
Cerita mengenai kawan yang hijab mata terbuka untuk melihat alam ghaib.
Saya ni bekas student salah sebuah Universiti tempatan. Nak di jadikan cerita roomate saya ni mata dia boleh melihat alam ghaib kira hijab dia terbuka la. Mula-mula sebilik dengan dia, dia tidak bagitau yang hijab dia terbuka dan boleh nampak macam-macam hantu setan jin. Selama sebulan juga saya tak tahu. Pada awal pagi subuh masa tu dalam pukul 630, saya tersedar dari tido sebab terdengar suara rakan sebilik saya halau dan marah dekat seseorang.saya terus tanya dia dah kenapa marah-marah ni. Gaduh dengan boyfriend ke apa. Slumber dia cakap yang dia marah sebab ada hantu duduk dekat badan saya. Masa tu memang dah naik bulu roma dah. Jgn kata tengkuk bulu2 badan pon dok sama naik. Haishhh… dak x sedap nak tido balik dah.
Lepas sahaja solat, terus saya tanya dia, dia ada masalah mata ke sampai boleh nampak macam-macam, masa tu memang tak tahu la pasal hijab-hijab ni. Masa tu la member dok story panjang lebar tentang hijab. Dia boleh nampak la. Tp kadang-kadang je hijab dia terbuka. Bila datang hijab dia terbuka time tu la kaki dia akan kejang dan lenguh. Itu apa yang dia cakap la.
Nak jadi kes masa tengah balik hostel boleh pulak dia tunjuk kat tepi tiang gol ada makhluk tengah bergayut dekat tiang gol tu. Siap kira lagi ada berapa. Time tu hanya Allah je tau perasaan camne. Boleh kene darah tinggi, lemah jantung kencing manis siap pakej lagi seram dia. Masa tu dah macam-macam ayat baca kira kalau masuk hafazan confirm champion. Huhuhu..
Ada kes lagi time tu blok ada buat bacaan yassin. Elok je pelajar-pelajar tengah yassin boleh pulak seorang pelajar junior perempuan dok histeria bagai. Siap senyum marah menangis mengilai. Tengah pelajar perempuan senior tengah rawat pelajar junior tu, slumber je dia datang dekat perempuan tu dengan penuh marah, siap boleh borak-borak dengan makhluk tu. Dah selesai halau makhluk tu baru la pelajar junior tu elok balik. Lepas habis bacaan yassin member cerita la ada 3 makluk duduk dalam badan perempuan dia. Rasa nak sepak je roomate time tu. Dah kenapa cerita time nak tido. Terus malam tu x boleh tido.huhuhu…
Kalau nak cerita memang panjang dan tak akan habis punya. 3tahun bersama dia kira dah biasa la dengar-dengar cerita dia tentang makluk2 ni. Nasib la 3tahun tu dengan roomate xada muncul depan2 makhluk tu. Kalau x mungkin dah icu time tu jugak.huhu.
Ok la terima kasih kerana sudi mendengar cerita ni. Harap2 roomate aku tu dah tutup hijab mata dia. Sebab dah lost contact dengan dia.
Yang benar
X-romate ~ambta~
– Member yang seram~nbsa~
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit