Assalamualaikum. Nama aku Adam sebelum ni aku pernah buat confession yang bertajuk “Hijrah Seorang LGBT” (https://iiumc.com/hijrah-seorang-lgbt/), dan telah pun disiarkan. Terima Kasih kepada Admin.
Sebenarnya aku buat confession ni, nak komen/ nasihat sedikit pada confessor, tapi sebelum aku teruskan aku nak nasihat terlebih dahulu Netizen Malaysia yang berasakan dirinya bagus atau terlebih alim disisi Allah SWT.
1. Wahai Netizen memang Allah sudah tetapkan lelaki mesti dengan perempuan/ perempuan dengan lelaki. Tapi kami golongan sonsang ni, diberi ujian/ dugaan olehNya dengan perasaan sonsang. Ujian kita semua berlainan, Ujian kita tak sama. Allah Uji sebab Allah sayang, Allah tahu kita mampu melawannya. Allah jentik sikit ja hati kita ni.
2. Aku tak menyokong perbuatan sonsang ni, aku menolak sama sekali, sebabnya berdosa besar dan dilaknat. Jadinya Netizen tolong jangan comment diruangan comment yang anda jijik/ mencaci confessor yg meluahkan masalah nafsu sonsang mereka. Ingat dunia ni bulat ya. Jangan sampai dalam keturunan tuan/ puan akan ada golongan ini. Bagi sahaja nasihat dan kata semangat beserta doa.
Okay Done pada Netizen.
Pada confessor, aku juga merupakan seorang Gay/ PLU sejak umur 16 tahun, saban tahun aku telah bergiat aktif sehingga tahun 2018 (fyi aku sekarang umur 21). Aku telah mula melakukan seks yang berat masa umur 17.
Dalam 3 bulan mesti saya cari lu***g untuk lepaskan nafsu, memang aku seorang yang bermasalah tetapi keluarga aku merupakan keluarga yang menerapkan ilmu agama. Aku bukan kurang didikan agama, mungkin aku kurang Kasih sayang dan mudah terjebak dengan orang sekeliling. Benda semua ni, bukan benda yang aku nak banggakan. Sebab benda ni jijik, Allah pandang hina.
Memang aku rasa malu dan jijik dengan perbuatan ni bila kenangkan balik. Tapi nak buat macam mana benda dah jadi. Keep moving on dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Korang fikir aku tak takut ke masuk neraka or mati masa tengah buat benda jijik.
Balik kepada confessor, cuba kau muhasabah diri, pergi tempat yang tak ramai orang, paling senang Masjid. Kau kenangkan balik apa telah kau capai dari zaman kejatuhan hingga zaman kegemilangan kau yang mana kau sudah mempunyai kerja yang bagus. Cuba fikir sejenak… adakah kau tak berasa malu dengan Allah Yang telah berikan kau kesenangan dan hidup yang mewah. Kau tak rasa malu ke?? Aku nak kau fikir ja confessor muhasabah diri, kau fikir dalam dalam.
Memang senang kau nak tinggalkan maksiat tu, tapi kau nak istiqomah adalah perkara yang paling susah. Tapi nak buat macam mana, benda dah terang lagi bersuluh memang Gay benda yang HARAM. So kau kena kuat and ada Azam yang tinggi kau kena paksa diri kau untuk berubah demi masa depan kau sendiri. Kau memang kena paksa diri, kalau tak paksa memang tak akan jadi sampai bila bila. Kau fikir Hidayah tu, minta terus dapat ke?? So kau kena Muhasabah dan Paksa diri.
Kau dah paksa dan Muhasabah diri. Benda lain yang kau kena buat adalah Doa dan Solat Taubat yang bersungguh. Dalam doa tu kau kena yakin dengan Allah, yang Allah akan bantu kau untuk berubah, Allah cuma nak dengar suara kau berdoa Dia rindu rintihan Taubat dari Hambanya. Kena sentiasa bersangka baik dengan Allah and keep yourself busy.
Kalau kau doa dan Solat Taubat, tapi kau jatuh dipertengahan jalan, ingat wahai confessor langit tidak selalu cerah, jatuh bangun itu sudah pasti, tapi kau jangan pernah berputus asa, kau kena teruskan perjuangan kau untuk menjadi Hamba yang kuat dan beriman. Teruskan berdoa dan bertaubat selagi masih ada masa, teruskan perjuangan kau.
Buat masa ini pun aku ada jatuh bangunnya, aku masih dalam proses untuk berubah kepada yang lebih baik. Kau kena yakin yang kau boleh berubah, kena percaya dengan kuasa Allah. Dia cuma nak kita ada dekat dengan dia, jangan lalai dengan keseronokan dunia. Allah rindu akan kau punya doa, Allah nak dengar. Doa bersungguh sungguh.
Aku doakan kau supaya terus dapat kuatkan diri dan berubah. Ramadhan cuma berbaki beberapa hari sahaja lagi, rebut peluang ini sebaik mungkin. Mana tahu doakan kau di makbulkan oleh Allah, siapa tahukan? Semuanya kuasa Allah. Kuncinya kau kena yakin dengan kuasa Allah.
Yang benar, Adam. Netizen belajar jangan mengecam.
– Adam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit