Hijrah

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau share kisah aku. Do hope admin do not disclose confessor’s profile. Aku tertarik dengan confession dengan tajuk Surat Cinta daripada Allah, (https://iiumc.com/surat-cinta-daripada-allah/) . Benda ni pun reflect dalam kehidupan aku. Maaf confession ni sangat panjang. Siapa yang sudi je boleh baca. Sebab aku cerita serba sedikit kisah perhijrahan aku. Would like to emphasize it is just an ordinary story, but it might helps for those who are still finding way to hijrah.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang hidupkan agama. Masa kecik, setiap hari solat Maghrib dan Isyak akan berjemaah dengan keluarga. Adik beradik semua Alhamdulillah dari awal2 darjah persekolahan dah khatam Al Quran, rajin masuk pertandingan mengaji, khat, tulisan jawi and won competitions. Dari segi akademik, masa sekolah rendah kami boleh dikategorikan agak cemerlang juga, cikgu2 sekolah biasa kenal anak2 Rahim (nama samaran ayah).

Tapi dari pemakaian, kami hanya biasa2 je. Bukan alim bertutup walau pun arwah ayah seorang agak alim (arwah meninggal masa aku dah habis SPM). Tingkatan 1 pun aku masih tak pakai tudung. Kalau pergi rumah sedara mara jauh2 baru pakai. Dekat2 taman, pergi kedai, tak pakai pun. Akak aku pun ada yang free hair, pakai tudung lambat masa dah umur 20an.

Menginjak ke sekolah menengah, bila anak2 semua dah semakin membesar, dah mula liat solat jemaah. Arwah ayah kadang2 kalau tak berjemaah dekat rumah, dia akan ke masjid atau surau. Setiap waktu solat begitulah rutin harian. Dari segi pergaulan aku dengan kawan2, aku jenis yang boleh masuk dengan semua orang. Dari situ aku jadi seorang yang agak nakal, pemakaian aku macam budak nakal, tapi aku bukan la buat benda2 tak sepatutnya. Cuma terikut2 dengan gaya kawan2. Akademik masih on the track.

Kita selalu dengar iman itu tidak dapat diwarisi. Ya, memang betul. Macam dalam family aku, walaupun arwah ayah aku orang yang jaga agama, tapi anak2 takda pun yang ikut. Ada juga adik beradik yang ada masalah. Yang ni agak privasi untuk cerita. Benda ni berterusan sampai dah masuk matrikulasi dan universiti. Aku bukan lah orang yang sangat menjaga aurat, solat pun hujung waktu kadang terbabas, baca Al Quran jarang sekali.

Dekat universiti, aku dapat sorang roommate yang pakai tudung labuh. Masa tu, aku fikir alamak dapat roommate ustazah la pulak. Haha. Tapi dia jenis gila2. Roommate aku yang lain jenis biasa2 tapi jadi kebiasaan lepas Maghrib most of the time kitorang akan mengaji. Satu perubahan baik. Aku pun bukan canggung sebab dah biasa dalam family yang more to Islamic practice.

Masuk tahun ke 2, aku pindah ke rumah sewa. Roommate yang tudung labuh tu dah duduk dengan orang lain. Tapi Alhamdulillah aku dapat housemate yang baik2 semuanya, dorang tu roommate aku jugak masa dekat hostel dan ada jugak dari bilik lain. Walaupun perangai nokharom gila masuk air, tapi benda wajib solat tu kitorang tak tinggal la.

Ok berbalik dengan confessor yang aku tertarik cerita dia tu, sama jugak jadi dekat aku, walaupun aku dah mula towards positive way, tapi ada masa aku rasa kosong sangat hidup. Sebelum ni aku mengaji tapi tak baca meaning. Then, aku mula baca maksud, ya Allah kenapa aku rasa semua ayat dalam Al Quran deep sangat, banyak kisah2 tauladan, life hereafter, benda2 jadi keliling kita semua captured just in one holy book. I think I don’t need to further explain because everyone knows its wisdom content. Tapi disebabkan first time baca terjemahan, aku amazed sangat. Bermula dari amalan aku baca Al Quran dengan terjemahan setiap hari, it changed me to new perceptions.

Aku mula attract dekat orang2 yang pakai bertutup, aku tengok youtube kisah2 inspirasi Diana Amir, Farah Asyikin, dan rakan artis lain macamana public figure ni mula dapat hidayah Allah. Aku jadi terkesan sangat. Sedikit sebanyak, aku jadi malu bila keluar rumah pakai seluar baju ketat singkat, dan tak pakai stokin. Serta merta jadi macam janggal dan ada orang perhati.

Bila hati rasa macam tak tenteram, lepas solat aku doa sungguh2, mintak Allah berikan aku petunjuk dan Hidayah, jadikan aku hambaNya yang memilih jalan yang diredhaiNya. Setiap hari doa benda sama. Lepas tu, aku mula banyak tengok dan baca kisah perjuangan Rasulullah, saat2 kewafatan, etc. Masa tu rasa macam teruknya aku tak ingat dekat Rasulullah tapi baginda tak pernah lupa dekat umatnya, sedih sangat sampai menangis aku sorang2 tengah malam. Malu jugak lah esok pagi housemate cakap asal mata bengkak. Masa tu aku tipu sikit cakap teringat arwah ayah.

Berbalik pada doa aku tu, ada waktu aku nangis teruk sebab aku betul2 mintak Allah beri aku jalan. Aku nak berubah. Tapi masa tu aku banyak fikir orang sekeliling dan benda2 tak sepatutnya. Family aku yang bukan jenis bertudung labuh; pakaian aku yang berlambak tak ikut syariah ni aku nak buat apa, pakaian yang aku nak convert kepada lebih menutup aurat pun takda, tapi nak keluar rumah dah rasa serba salah pakai semua rasa tak kena. Sebenarnya, masa ni Allah dah mula jentik hati aku untuk tahu dosa tak tutup aurat dengan sempurna.

Aku memang ada sorang housemate yang agak alim, jadi aku cakap nak pinjam tudung dia bidang 50, 60 buat pergi kelas. Dia pun terkejut, tak expect agaknya aku yang kononnya jenis bergaya up-to-date ala hijabista tiba2 nak pakai labuh2. Tapi of course dia happy sangat dan kitorang ada la share cerita masing2 macamana boleh start nak berubah. Stokin dan handsock yang dulu aku rasa geli, rimas, hodoh nak pakai pun masa tu aku dah jinak2 nak pakai. Perasaan masa tu? Rasa tenang. Dah tak fikir lain, tapi fikir redha Allah.

Lepas seminggu dua tu, bermulalah aku cuti sem nak balik rumah. Risau jugak penerimaan family. Dulu dekat rumah, walaupun hakikat pakai tudung dekat luar, tapi dalam rumah bila raya sedara mara datang pun tak pakai tudung, ipar datang rumah tak kisah pakai seluar pendek. Jadi, bila hari aku balik tu, adik beradik aku terkejut but they just kept silent. Dorang cakap sesama sendiri tengok aku dah berubah. Tapi impaknya Alhamdulillah adik aku sorang tu pun berubah jugak.

Dalam family dia paling baik2, tapi bila tengok akak dia yang bukan baikk mana ni berubah terkesan la dekat dia. Mak aku pulak awal2 tu cakap aku ni sekarang dah pakai tudung macam alas meja ke. Haha. Mak aku not agreed nor disagreed, but she was okay then. Start daripada tu, akak2 dan adik aku dah pakai tudung bila ipar datang rumah. Alhamdulillah for the positive vibes.

Dalam masa sama, aku mula topup solat2 tambahan (sunat) yang mana dulu aku tak pernah sekali pun buat. Walaupun arwah ayah orang yang memang solat malam setiap hari, tapi takda sorang pun anak2 dia yang ikut. Pernah aku solat Isyak pukul 3,4 pagi, arwah ayah aku ternampak. Dia pun macam suka la. Serba salah jugak padahal aku bukan buat solat tahajud pun. Untuk part ni, aku doa sungguh2 jugak mintak Allah beri aku kemanisan beribadah, jadikan hambaNya ringan dan sentiasa dipermudahkan untuk beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah. Syukur juga Dia memang betul2 ringankan dan jadikan rutin (eg: solat Dhuha).

Sekarang dah 4 tahun dari kisah penghijrahan aku yang Allah telah atur sebaiknya untuk jadi asbab perubahan dalam family aku; dan sedara mara aku Alhamdulillah sekarang ramai yang dah semakin peka dengan tuntutan Allah. Kalau arwah ayah masih ada, mungkin dia happy jugak tengok anak2 dah semakin mendekatkan diri dengan Tuhan, walaupun mungkin baru sedikit perubahan. Aku cuma nak tekankan, walaupun kita dah struggle and succeed dalam penghijrahan, do not stop the effort. Sebab yang paling utama adalah istiqamah. Ini yang sangat susah dan penuh ujian. Memang senang untuk tergelincir, sebab godaan Iblis sentiasa ada untuk sesatkan manusia dan jauhkan dari ikut perintah Allah.

Few tips untuk yang teragak2 untuk berhijrah, either disebabkan kurang confident atau fikir orang sekeliling, cuba fulfill fundamental things first;

1. Solat mesti cukupkan 5 waktu. Bila dah cukup dan konsisten, try awalkan solat setiap waktu.

2. Cuba hidupkan Al Quran setiap hari dengan baca dan fahami terjemahan.

3. Untuk doa atau mohon hajat, perlu doa bersungguh-sungguh dan letak details hajat tu.

4. Bergaul dengan kawan yang baik2. Yang ni bukan tak bagi kawan dengan orang yang tak berapa OK, boleh tapi dengan keadaan kau yang in the midst of hijrah which still in fragile mode, you should temporarily mingle yourself with ‘good’ friends. Kadang dorang mungkin ada yang saja nak ajak kau pegi majlis ilmu, usrah ke, etc. Ini function tips 4.

Aku rasa dengan pegang dulu 4 basic ni insyaAllah Allah mudahkan jalan kau untuk berubah ke arah lebih baik dan bila dah letak sepenuh kebergantungan pada Dia, kau dah takkan fikir deep sangat tentang orang sekeliling. Kita akan fikir nak cari redha Allah je. Selamat mencuba ya!

Sebelum tu, sebenarnya aku ada persoalan, tapi dah panjang sangat post ni. Aku sebenarnya pun perlukan nasihat orang yang lebih berpengalaman macamana nak kekal istiqomah. Sebab aku pun mudah terleka jugak. Kesibukan kerja setiap hari buatkan aku pun terlepas amalan2 yang dulu aku rajin buat sekarang dah susah nak cari masa buat. Jujur bukan senang nak istiqomah. Banyak faktor boleh mendorong untuk kita jauh dari Allah.

Mohon advise dari semua untuk bagi tips. Thanks.

– Nuna

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *