Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada team IIUM Confessions mengizinkan tulisan ini disiarkan.
Alhamdulillah hari ini, setelah sekian lama, hati ini dihadirkan rasa untuk mengarang lagi. Tajuk yang aku pilih hari ini adalah ‘Hijrah’. Sebenarnya perkataan ‘Hijrah’ ini telah lama bermain dalam fikiran. Setiap kali tahun baru aku berazam untuk hijrah menjadi insan yang lebih baik. Dan setiap kali itu jugalah aku melihat hijrah aku tahun ini masih lagi tidak mencapai tahap seperti yang aku inginkan. Aku rasakan aku sudah sepenuh hati berazam untuk hijrah sepenuhnya, dimanakah silapnya? Adakah dalam pelaksanaan aku kurang disiplin atau adakah aku salah dalam memahami konsep hijrah itu sendiri, lantas langkah pelaksanaan yang aku ambil menyimpang dan menyukarkan hijrah itu.
Aku melihat bagaimana artis boleh hijrah dengan baik sekali dan sangat istiqamah. Aku mula follow satu-satu artis ini, contohnya yang paling suka tengok, Erma Hasmie, Heliza Helmi, Diana Amir, Yat Hamzah, dan ramai lagi.
Mereka boleh hijrah dan istiqamah kenapa tidak aku?
Tahun ini aku mula semula episod hijrahku. Aku mula dengan bertanya pada diri.
Sejauh mana aku faham konsep hijrah?
Kenapa hendak hijrah?
Mahu hijrah apa?
Bagaimana mahu hijrah?
Aku ingin mulakan tulisan kali ini dengan lirik sebuah lagu yang telah menyentuh hati, merawat semula hati ini dan menyuntikkan kembali semangat hijrah:
Ya Maulan ~ Sabyan
Dengan kasih mu Ya Rabbi
Berkahi hidup ini
Dengan cinta mu Ya rabbi
Damaikan mati ini
Saat salah ku melangkah
Gelap hati penuh dosa
Beriku jalan ku berarah
TemuiMu di Syurga
Terima sembah sujudku
Terimalah doaku
Terima sembah sujudku
Izinkan ku bertaubat
Alhamdulillah..alhamdulillah..
Di sana aku rasai kemanisan iman dan indahnya tawakal pada Allah SWT, dan nikmatnya hidup bertuhan. Saat diri kita sendiri tidak mengerti apa yang kita inginkan, saat diri kita sendiri tidak lagi tahu hendak kemana, Allah SWT Yang Maha Tahu menunjukkan kita jalanNya, membawa kita ke jalanNya, memperbaiki seluruh kehidupan kita. Hebatnya Allah SWT dan indahNya hidup bertuhan. Ya, sebab inilah aku ingin hijrah, aku ingin sentiasa dekat denganNya. Hijrah ini seharusnya hijrah keranaNya, untuk medekatkan diri padaNya, bukan kerana kelebihan-kelebihan dunia. Aku takut nanti saat aku lalai lagi, aku kembali melanggar perintahNya dan kembali kufur pada nikmatNya. Aku harus istiqamah dalam hijrah ini. Kita ini hambaNya, Hari Akhirat itu benar, Syurga itu mahal dan AzabNya tidak tertanggung. Diri ini hanya akan selamat bila menjalani hidup bertuhankan Allah SWT dan mempaksikan seluruh hidup ini pada Al Quran dan Sunnah Nabi SAW.
Kita sedia maklum dengan hakikat ini, tapi adakah kita faham dengan sebenarnya apa yang dimaksudkan hidup bertuhan? Kita lafaz kalimah syahadah, tapi adakah kita faham dan hidup dengan kalimah itu? Aku mahu hijrahkan hati ini agar lebih memahami Islam yang sebenarnya, menjalani hidup berlandaskan Quran dan sunnah. Ada satu persoalan yang sering bermain di fikiran yang akhirnya terjawab juga setelah aku terbaca post by Yasmin Mogahed. Kita sering berdepan dengan dilemma ini, dimana kita ingin mempertahankan agama kita tetapi tidak tahu bagaimana hendak mencorakkan kehidupan dunia agar berputar dalam paksi ini. Dan bagaimana kita menterjemah ajaran Islam itu dalam kehidupan seharian.
Kita telah lihat extremist agama (terlalu taksub pada agama hingga meninggalkan tugas-tugas hakiki dan tidak berusaha memperbaiki kehidupan dunia kerana katanya ini semua dunia, tapi bukankah Islam mengajar, bertebaranlah dimuka bumi mencari rezeki), kita juga lihat insan-insan bertopengkan agama (penunggang agama yang mengambil keuntungan menggunakan agama tetapi tidak bertindak mengikut landasan agama), dan kita lihat insan-insan melupakan agama (terlalu mementingkan dunia).
Aku ingin hijrah untuk menjadi insan yang dunianya berpaksikan ajaran Islam sebenar. Berjaya di dunia dan akhirat? I like this quote ‘We are not going to find spirituality by trying to bypass out humanness, but rather by flourishing inside it. That means feeling our emotion and using them to get closer to Allah’. This how we should live sebagai insan bertuhan.
Setelah kita berusaha sehabis baik dalam kehidupan seharian kita, we should also admit our weaknessess and seeking Allah help dan bertawakal padaNya. We are only taking care of the actions (usaha) and let the outcome be in Allah’s hand.
Bagaimana pelaksanaan hijrah? Aku fikir hijrahku kali ini harus bermula dengan memahami dan menyemaikan hakikat hidup bertuhankan Allah SWT dahulu dan berazam untuk jadi hambaNya yang lebih baik setiap hari. Kerana setiap kali matahari terbit adalah satu peluang baru untuk kita mencorak diri menjadi yang lebih baik. Setiap hari adalah lembaran baru. Jika hari semalam aku gagal dalam hijrah ku, esok hari aku akan mula lagi. Belajarlah dari Matahari, tak peduli seberapa banyak dia tergelincir, tak peduli berapa kali dia tenggelam, dia tetap akan terbit di pagi hari dan kembali menyinar.
Satu doa yang aku baru mula amalkan setiap kali lepas solat Isyak sebelum masuk tidur: ‘Ya Rabbi ampunkan segala dosa-dosaku hari ni, ampunkan aku, masih tidak sempurna ibadahku padaMu hari ini, izinkan aku untuk jadi hambaMu yang lebih baik esok hari’. InshaaAllah, kita akan jadi semangat utuk bangun solat subuh dan mulakan hari esok.
Renew hijrah setiap hari, instead setiap tahun. Aku terbaca post Heliza Helmi ‘Duhai hati, jika terdetik di hati saat ini untuk berubah, saat itu juga kau harus bertindak! Bertangguh-tangguh hanya akan menjadikan peganganmu makin rapuh’.
Bila hati terdetik untuk berubah, itu tanda Allah SWT sedang mengetuk pintu hati, menghadirkan hidayah pada kita. Kerana hidayah itu mahal, kita kena sentiasa pelihara hidayah ini, takut tahun depan hidayah ini tidak datang lagi pada kita. Baru-baru ni dengar pengisian dari Syeikh Habib Ali Zaenal tentang ‘hidayah’. Hidayah ini ada banyak peringkat. Pertama Allah SWT beri hidayah supaya kita dapat bezakan yang baik dan buruk. Dan bila kita pelihara hidayah ini, di tambah lagi hidayah tahap kedua, di beri pula hidayah untuk kita kekal berbuat kebaikan dan tetap di jalan kebaikan. Dan bila kita pelihara hidayah ini, di tambah lagi hidayah tahap ketiga, di beri pula hidayah untuk kita memilih berbuat yang lebih baik saat kita cukup dengan berbuat baik sahaja, tapi kita pilih untuk buat yang lebih baik dari itu. Baru aku mengerti maksud hidayah itu. Setiap manusia di beri hidayah, ada peringkat-peringkat hidayah, cuma tergantung pada insan itu, memilih untuk mengikut dan memelihara hidayah itu atau mengabaikannya. Jadi, jangan jadikan ‘hidayah xsampai lagi’ sebagai alasan untuk tidak berbuat kebaikan dan kekal pada jalan itu.
Jom mulakan dengan perbaiki waktu solat kita, bacaan solat kita, memahami Quran dan Sunnah dan mengamalkannya.
Macam mana korang Hijrah dan kekal istiqamah??
Sekian untuk coretan kali ini. Doakan saya untuk terus istiqamah dalam kembara hijrah ini, InshaaAllah.
Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini terlalu banyak dosa, terlalu banyak janji padaMu yang aku dustakan. Namun setiap kali aku menyimpang jauh dariMu, pasti Engkau pimpin semula tangan kecil ini untuk kembali sujud padaMu.
Ya Allah, saat engkau hadirkan kemanisan iman dalam hati ini, kekalkan lah rasa ini.
Ya Allah, saat engkau hadirkan rasa takut padaMu dalam diri ini, janganlah engkau cabut rasa ini.
Ya Allah, saat engkau lahirkan kebergantungan penuh padaMu dalam hati ini, tetapkanlah rasa ini.
Kerana aku takut untuk berada jauh dariMu dan mengulangi lagi silap ku yang lalu.
Aku takut aku kufur pada nikmatMu, aku takut jadi insan yang sombong merasa serba tahu melebihiMu, aku takut menjadi insan yang riak pada kelebihan pinjaman dariMu.
Terima kasih Ya Allah kerana memelihara aku dan beri peluang untuk aku merasai kemanisan iman, menggetarkan hati ini pada kekuasaanMu, dan memahamkan aku erti tawakal yang sebenarnya padaMu.
Sekian.
– Insan berTuhan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit