Hijrah Geng Skaters

Assalamualaikum dan holla.
Umur aku masuk tahun ni 21 tahun. Citer ni biasa2 jer. Memandangkan aku xde buat apa2, Saja aku nak kongsikan cerita aku dekat korang semua.

Baiklah, aku nak ceritakan mengenai seorang sahabat aku ni yang di mana dia telah membawa aku ke pangkal jalan. Ke jalan yang lurus la senang citer. Ya, aku tahu dulu aku tak berada di jalan lurus even ada dua kaki yg kukuh. Kaki aku ni mengada-ngada nak sangat ikut kata nafsu pergi ke jalan yang salah. Aku kenalkan diri aku dulu yer.

Aku merupakan seorang anak tunggal kepada mak dan ayah. Dan aku merupakan seorang bekas budak skate. Kalau nak citer aku yang dulu, orang tak akan percaya yang aku dulu adalah aku yang sekarang. Aku pernah pergi clubbing masa aku bawah umur lagi. Tapi teguk arak aku x pernah. Aku mula kenal dengan dunia skate waktu umur aku 12 tahun. Abang sedara aku yang kenalkan pada aku. Daripada aku tak tahu ape2 pasal skate, aku jadi kepada tahu. Setakat jatuh, luka, patah tangan semua tu aku dah pernah rasa.

Macam yang korang tahu, budak2 skate ni ramai orang pandang sebelah mata. Nak2 lagi golongan perempuan yang mcm aku ni. Iyala… aku tahu aku bnyk dosa dulu. Pakaian seksi. Bergaul tanpa ada sedikit batasan antara lelaki dan perempuan. Selama aku jadi budak skate dulu, aku and budak2 lain dh banyak kali kena cemuh dengan masyarakat kat luar sana. Macam2 kata kesat kitorang kena hadam dan telan masa tu. Kalau ikutkan hati masa tu memang aku nak tibai juga masyarakat yg pandai mencemuh ni. Bagi aku, kenapa pandai mencemuh tetapi sikit pun tak mahu bantu budak2 macam kami? Kami digelar budak jalanan dan budak rosak akhlak ketika itu. Sungguh sedih masa tu. Huhuhu.

Nak diringkaskan cerita, lepas SPM, aku dapat tawaran ke Maktab Perguruan di Bentong Pahang. ( mak aku yang hantar aku kat sini. Sbb dia tengok aku selalu lepak tanpa melakukan apa2 untuk masa depan aku) dan Aku terpaksa tinggalkan dunia skate aku untuk sementara waktu. Nah, disini la bermulanya aku berkenalan dengan seorang hamba Allah ni yang aku gelarkan dia sahabat.

Sahabat aku ni asal dia dari Pasir Mas,Kelantan. Wajah dia lembut. Pakai tudung labuh. Sopan santun. Putih melepak. Aku rasa dia ada keturunan siam. Rasanya la.. sbb dia pon xde la nak citer pasal family dia sangat. Sahabat aku ni, dia jenis lepak habis dengan aku dan semua orang. Dia berkawan dengan semua orang. Tak kisah orang tu dari ceruk mana sekalipun, dia tetap akan kawan. Contohnya macam aku laa…

Sahabat aku ni dia suka berdakwah. Cara dia dakwah tu tersangatlah halus. Penuh dengan lemah lembut. Haish, aku tak pandai nak citer mcm mana dalam ni. Tapi, yang pasti dia tersangat baik. Dia la yang membawa aku daripada pakaian x cukup benang ke pakaian yang cukup benang. Tutup habis. (Terpaksa korbankan duit untuk belu baju lengan panjang, skirt labuh). Daripada aku tak bertudung, terus aku pakai tudung. Even tudung tu xde la mcm dia. Labuh. Bidang 60. Aku pakai asalkan tutup rambut dah la kan? (Masa tu pikiran kolot) aku nak berubah ni pon mengambil masa yang agak lama sebenarnya. Pernah la juga aku marah sahabat aku ni. Jangan nak menyibuk hal orang. Dosa sendiri2 la. Kubur masing2. Masa tu aku tinggikan suara dekat dia. Tapi dia buat releks dia je. Takde nak sentap ke apa. Lepas tu dia boleh balas, memang la kubur masing2. Tapi dengan dosa kau tu nanti, kau akan ganggu jiran2 kau yang dalam kubur tu nanti! Pergh! Selamba habis dia balas. Dia tak pernah putus asa nak ajak aku ke jalan yang baik weh.. Aku ni je buta, tak nampak! Buta buta butaaaaa!!

Dan alhamdulillah, bila kena sound dengan dia tu, hati aku ni dah boleh trima nak pakai tudung. Daripada bawal ke shawl. Dia ada puji aku cantik bila bertudung. Pergh, siapa tak kembang weh bila orang puji kau cantik? Hahaha.

Tapi itu la, langit tak selalunya cerah. Awal tahun 2016, aku dapat tahu yang sahabat aku ni ada barah otak stage 4. Korang rasa apa yang aku rasa masa tu? Aku lemah weh. Lemah! Aku menangis bagai orang gila depan dia. Stage 4! Stage 4!! Aku membebel dekat dia kenapa kau tak buat rawatan lebih awal lagi blablablabla… dia hanya senyum dan senyum. Aku tak tahu mana dia dapat kekuatan yang maha hebat tu semua. Dia tahu dia nak mati. Tapi dia boleh senyum.

“Kun fa ya kun.”
Aku tergamam. Mata yang merah ni pandang dia. Hingus yang basah meleleh tidak aku hiraukan.
“Dunia hanya sementara, Sya. Akhirat yang kekal abadi. Aku nak masuk syurga. Kalau boleh aku nak masuk syurga dengan kau sekali.” Dia senyum.
Senyuman yang akan aku rindu sampai bila2.

Pada 5 Ramadhan, Allah telah menjemput sahabat aku. Allah lebih sayangkan sahabat aku berbanding kitorang. Betul la kan.. orang baik Allah sayang. Itu yang Allah ambil dulu. Orang jahat, bukan Allah tak sayang… cuma Allah bagi peluang untuk kita bertaubat. Macam aku..

Sebelum sahabat aku meninggal, dia ada bagi aku sesuatu bungkusan yang sudah dibalut. Dia kata bukak masa dia dah takde nanti. Waktu tu aku ingat dia bergurau. Aku pon x buka hingga ke sudah. Tapi, lepas dia pergi tu hati aku terdetik nak bukak bungkusan yang dibagi oleh arwah.

Aku bukak. Ada surat.
Kain warna hitam. Aku sentuh. Lembut. Bila aku bukak lipatan kain tu, barulah aku tahu yang dibagi adalah tudung bawal bidang 60. Aku cuba pakai dan menghadap cermin. Aku rasa lain bila pakai tudung ni. Sejuk, aman, tenang.. arwah kata dia suka lihat aku pakai tudung labuh. Nampak lagi cantik. Arwah kata kalau suka dengan tudung ni boleh la beli secara online dekat sana.

Dan sekarang sudah 2 bulan arwah pergi. Aku pon dah mula tinggalkan dunia skate aku. Kawan2 yang lain dok tanya pasal aku kenapa tiba2 nak keluar dari dunia skate. Aku cerita dari A sampai Z. Mulai sekarang aku tekad yang aku betul2 nak berubah. Aku pon nak masuk syurga. Aku nak jumpa dengan sahabat aku. Dan aku doakan untuk rakan2 skate aku yang lain. Semoga hidayah Allah bersama kamu semua.

-Bekas Skaters.

– Bekas Skaters

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit