Hijrah Seorang LGBT

Asssalamualaikum semua. First of all, nak ucapkan terima kasih pada admin kalau aku punya confessions di siarkan. Btw, korang baca sampai habis okay. Maaf kalau membosankan.

Nama aku Adam. Kalau orang tengok aku dari segi luaran mereka akan pandang aku sebagai seorang budak yang baik dan sopan santun. Aku tak pernah tinggal solat, kalau tinggal aku akan Qada’. Tetapi kisah gelap ku hanya Allah SWT sahaja tahu.

Aku lahir tahun 1998 umur masih muda orang kata masih budak mentah lagi, tapi entah mentah atau tidak. Tinggi aku cuma 180 (cm) , kulit hitam hitam manis. Okay, cukup tentang fizikal aku, melebih pula rasa.. hahahaha. Kenapa aku bagi tahu semua ni? Sebabnya fizikal macam ni laa orang Gay suka. Lagi lagi kau kulit putih.. so be careful

Apa yang aku nak luahkan dekat sini, aku adalah salah seorang golongan LGBT, aku seorang Gay/Homosex. Terjebak dengan aktiviti ni masa Sekolah Menengah, umur 16tahun, memang muda sangat. Mulanya terjebak sebab rakan sebaya mula mula gurau tiba tiba perasaan suka timbul. Long short story, umur cecah 18 aku dah start buat sex dengan lelaki, bila bosan aku cari, sampaikan Bulan Ramadhan pun aku cari mereka yang Gay.

Tipu kalau aku tak rasa serba salah. Tipu kalau aku tak takut dengan Allah. Aku takut sangat kalau Allah ambil nyawa aku masa aku buat apa yang Allah murka. Fyi, sampaikan ada Cina gay cakap dengan aku, “agama you tak kasi buat macam inikan? Tak apa ke you buat ini?” Then aku jawab “please don’t talk about religion” . SubhanAllah berdosa betul aku rasa sekarang.

Pernah juga aku terlintas dekat akal ni “Alaa Allah kan maha Pengampun, Lepas buat dosa Taubat laa ” betapa tidak bersyukurnya aku dengan Allah. Back to story, umur 18 aku dah mula active dengan activity Gay setiap bulan aku akan buat Sex dengan Cina or Melayu. Hujung tahun 2017 Allah duga aku dengan sakit, memang sangat sakit sampaikan banyak aktiviti outdoor aku tak boleh buat. Aku mempersoalkan dekat Allah kenapa dia bagi aku sakit ni. Malangnya aku sombong aku teruskan juga dengan seronok. Nampak tak, betapa Ego and sombongnya diri ni dengan Maha Pencipta.

Tahun 2018 aku ada tengok 1 video dekat page Cocombee. Tajuk dia “Allah Uji sebab Allah sayang”, aku dengar video tu, aku tertarik dengan Vid tu sebab tajuk dia related dengan diri aku, Aku sakit sebab Allah Uji. Aku tertarik dengan ayat dalam Vid tu “Allah Uji sebab Allah NAK dengar suara kita, Allah dah lama tak dengar suara kita merintih padaNya. Allah rindu NAK dengar suara kita memohon padaNya” . Aku terdiam sejenak, rupanya Allah sayangkan aku, Dia rindu kan hambanya. Tapi aku sombong dengan Allah aku Ego dengan Maha Pencipta.

Selepas dari tu, aku dah mula Mengaji / Solat Sunat / Puasa Sunat / Solat Berjemaah. Btw, aku nak buat semua tu. Sangat sangat susah, mengambil masa yang lama. Bukan Hari ini kau tersentak esok kau berubah. Tak!! Hijrah itu sangat penuh dengan cabaran, orang pandai cakap tapi diorang tak tahu. Kadang kadang Ada juga terfikir nak buat aktiviti Gay balik, tapi aku kena paksa diri aku untuk STOP DOING THIS. Btw Doakan aku ya Sahabat sekalian supaya terus kuat semangat.

Kesimpulannya, dekat sini,

1) Mananya yang ada azam yang nak berubah tu.. kuatkan semangat. Kena PAKSA diri kita untuk berubah. Kalau kita berdoa tapi tak ada action benda tak akan jadi. Kau mesti bertindak.

2) Jangan pernah putus semangat dengan Allah. Sebabnya Allah tak pernah putus asa dengan kita. Allah sayang sangat dengan kita. Boleh baca confessions dekat sini, (https://iiumc.com/solat-3/) lepas baca, muhasabah diri.

3) Ingat masa depan. Ingat Akhirat. Kau nak mati dalam buat dosa? Ingat Allah sayang sangat dekat Kita. Tapi kita sahaja yang tidak sedar dan sombong.

Korang yang ada anak or husband please! Check phone diorang mana tahu ada Apps Gay. Okeylah, sekian sahaja dari aku. Maaf andai tersilap kata. Assalamualaikum.

– Adam

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *