Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Nama aku Manaf. Umur aku 20 tahun. Aku nak kongsi satu peristiwa di sekolah yang dah lama menggangu fikiran. Confession ni agak panjang, jadi kalau rasa benci tu maafkan aku. Sebelum tu, aku nak bagitau yang aku ni jenis ‘budak pandai’, aku jenis tak payah ulang kaji pun boleh score dalam exams yang penting fokus dalam kelas. Dulu, aku tak banyak masalah disiplin selain ponteng. Tidak, aku suka ponteng bukan sebab suka melepak, cuma aku mengalami tekanan emosi. Aku mengakui, aku dulu terlalu bodoh dan lemah dalam menangani emosi.
Masa PMR, aku tak datang sekolah hampir keseluruhan hari sebelum peperiksaan. 2 bulan sebelum exam, mak aku meninggal. Sebagai anak bongsu, memang aku sedih dan menyesal sebab selalu melawan cakap dia. Walaupun masa dia sakit tu aku sempat minta maaf, tapi bebanan dosa aku pada dia tetap terasa. Aku hanya mampu berdoa. Aku hanya menjawab ala kadar saja PMR, bagai malas nak hidup. Ya, aku masih ada bapa dan adik-beradik yang lain, tapi aku ini anak emak.
Aku hampir mengalami kemurungan, satu-satunya benda yang menghalang aku commit suicide adalah takut. Ya, takut pada Allah. Aku masih sedar, bunuh diri bukan penyelesaian. Aku masih perlu berhadapan siksa di akhirat. Jadi aku berjumpa doktor psikiatri. Sebelum aku masuk form 4, aku nekad lupakan semua perkara sebelum emak meninggal. Aku arahkan otak aku delete semua kenangan, semua peristiwa yang menyakitkan.
Form 4 aku semakin okay, peluang yang diberi pihak sekolah aku salah guna. Aku ulang semula, ponteng hampir 4 bulan. Akhirnya dibuang, tapi aku dibenarkan sambung semula di sekolah yang sama. Aku malu, aku nekad nak berubah. Aku ponteng hanya duduk dirumah saja, bukan melepak atau bersosial. Bukan tak pernah kena rotan, getah paip.. tapi aku jenis keras kepala. Biarlah sakit macam mana sekalipun, aku tetap takkan pergi sekolah. Sebabnya, aku sendiri tak tahu. Mujurlah ayah dan kakak tak pernah putus asa.
Perkara yang menggangu aku adalah keputusan SPM. Aku mendapat 9A daripada sepuluh subjek. Aku terkejut semasa nama aku diumumkan. Aku gembira tapi tak lama. Sebab aku aku effort banyak mana yang letak dalam SPM, macam mana aku jawab setiap jawapan. Aku hairan, sebab masa menjawab tu, aku taklah gembira kerana soalan senang, tapi tak lah sampai struggle gila-gila nak jawab. Cuma ada beberapa kertas yang aku lemah.
Aku mendapat 7A-, 2A, 1B+ & 1E. Ya, banyak A minus dan ada satu E. Matematik adalah musuh aku dari form 1 lagi. Jadi aku bersyukur lulus juga akhirnya walaupun terpaksa repeat. Aku ingin tekankan disini, aku bukanlah pelajar yang baik. Bukan tak pernah kutuk cikgu, bukan tak pernah bersembang masa cikgu mengajar, bukan tak pernah skip kelas tambahan, bukan tak pernah lawan cakap bapa, tapi apa yang melayakkan aku menerima keputusan sebegitu. Aku tahu rezeki dan aku menerimanya tapi aku masih pelik sehingga kini.
Kemudian datang, berkat. Orang kata tanda berkat ni, buat sikit dapat banyak. Memang kena dengan situasi aku, tapi apa benda yang membolehkan mendapat berkat dari cikgu?
Memang masa 2 bulan terakhir tu aku fokus untuk exam, kelas intensif cikgu buat tak pernah miss, kecuali kalau aku memang tak boleh datang walaupun aku kena balik naik bas. Ya, aku masih tak tahu naik moto sebab fobia dengan accident dulu. Aku banyak berkawan dengan kawan pandai dari kelas lain untuk menambah ilmu. Kadang-kadang stay sekolah sampai petang dengan kawan yang ada moto, tapi aku kena balik naik bas.
Trial aku 2A- sahaja. Ya, 2A minus saja dan ada G iaitu Math. Sebab aku sangat terkejut dengan result tu begitu juga cikgu-cikgu aku. Meniru? Soalan spot? itu luar daripada soalan sebab memang aku tak terlibat.
Aku juga tahu banyak A tak menjamin tahap intelek dan attitude seseorang. Aku juga tahu ini mungkin saja ujian dari Allah nak tengok sejauh mana aku leka. Tapi hati aku masih mencari jawapan. Mungkin ada orang boleh membantu diluar sana.
P/s Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Aku dah nak habis belajar Art disebuah IPTA. Kini lebih berkeyakinan dan hensem.
‘Kalau hari ini, seorang pun tidak memandang awak, pastikan SPM nanti 400 mata pandang awak’ – Pegawai JPN yang handle kes buang sekolah aku.
– Manaf
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit