Hikmah dan Petunjuk

Assalamualaikum buat semua pembaca. Juga terima kasih buat admin jika confession ini disiarkan. Aku pecahkan kepada dua bahagia cerita kali ini. Hikmah & Petunjuk.

1. Akhir tahun lepas, aku decide untuk setle down dengan A. Everything were fine sampai lah dia tinggalkan aku sebulan selepas aku dah pergi booking katering pelamin segala bagai. Bab frust menonggeng tu satu hal lah, dah lah tu first time rasa betapa seronoknya nak mendirikan rumahtangga.

Tapi, untuk apa yang aku dah book tu mcm mana pulak kan. Masa tu katering aku dah book RM 1000 dan bridal RM 500. Mula2 aku start dgn katering dulu. Aku try mintak refund (which impossible untuk dapat balik), tapi hasil pembincangan berakhir dengan tempoh sah laku agreement & package tu adalah 2 tahun dari tarikh majlis. Tarikh majlis aku sepatutnya 26oct ni. I know, korang nak ckp kenapa mcm awal sgt aku buat preparation. Selalu kan 6month before or maybe less. Entahlah masa tu jiwa seronok nak kawin tu bergelora sangat. Bridal pun sama dengan katering tadi, cuma dia lebih sikit timbang rasa which is bila2 je aku kawin, contact je dia balik. Pakej tetap sama.

And apart from sedih sasau bagai kena tinggal tu, hikmah nya aku baru dapat sekarang hampir setahun masa berlalu. Semalam (Sabtu), aku di invited dalam satu group wasap. “Customer MI….”. Aku rasa korang pun tahu apa MI tu stand for. Sebelum ni MI dah viral sekejap bila dia porak peranda majlis orang dengan kek pengantin ada lalat, dengan lauk pauk yang x sama dengan apa yang dijanjikan dan paling worse sampai basi.

Long to short, this caterer merangkap wedding planner yang aku anggap sungguh masyur dalam 2-3 tahun kebelakangan ini dengan penampilan NH dan MS membuatkan marketing strategies diorang berhasil disamping menawarkan pakej yang pada aku tidak terlalu murah dan terlalu mahal. Group tu di wujudkan oleh bekas2 staf MI yang dipecat 24jam dan seluruh MI satu Malaysia diarah tutup serta merta oleh management diorang. So, gegar lah group tu dengan beribu msg dalam sehari cuba untuk mendapatkan penjelasan.

Setakat hari ni, hampir 60 pasangan dari southern region sudah memaklumkan kerugian masing2 yang keseluruhannya mencecah ratusan ribu. Ada yang majlis nya minggu hadapan dan dah buat full payment. Ofcourse langkah yang diambil adalah report polis dan pergi tribunal. Tapi, korang pun maklum, sekalipun CEO MI tu kena tangkap masuk lokap berapa lama sangat lah dia dekat dalam tu dan semestinya dia x kan mampu nak bayar semua duit bakal2 pengantin yang aku rasa hampir 1 juta ringgit untuk seluruh Malaysia.

Bagi aku, semua ni hikmah untuk aku sebab kalau lah aku masih bersama A,mungkin sekarang sasau & stress,aku lebih parah dari putus cinta sebab kau cuma tinggal 2-3 minggu je lagi nak ke hari majlis dan apa yang kau nak bagi orang makan (sebab tentu2 kau dah xda duit spare yang banyak untuk hire caterer baru, bila duit yang ada kau dah bagi dekat si tak guna tu~~~unless personal loan lah). Despite, kau tetap hilang RM1000.

Walaupun aku terselamat dari bencana ni, tapi aku tetap simpati dekat bakal pengantin yang dah berhabis berbelas ribu dekat MI. So aku mohon kalau ada mana2 caterer yang boleh menawarkan harga berpatutan untuk bantu bakal pengantin yang teranaiya ni, drop lah korang punya fb ke kan. Mungkin boleh jadi platform untuk bakal pengantin contact korang. Bantulah. Aku yakin, yang makan duit haram ni ada bahagian dia nanti. Dan untuk yang membantu ada balasan yang tak ternilai dari Allah swt.

2. Habis bab hikmah tadi, aku nak masuk bab petunjuk. Beberapa hari ni, aku memang rasa Allah tu sayang sangat dekat aku. Aku macam orang lain jugak yang putus cinta, doa untuk bertemu pasangan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan. Walaupun aku dah putus cinta yang agak teruk jugak tahun lepas, tapi tetap aku tak patah semangat nak usaha. Pada aku jodoh ni adalah sesuatu yang kau kena usaha, doa dan tawakal. Salah satu takda, tak kemana lah. So, aku bertemu lah dengan si F.

Sepanjang kami berkawan, aku jarang sangat spent masa keluar lama2 dengan dia. Adalah dalam 1-2 jam. Max pun 3 jam. Dalam berkawan dengan dia, aku masih doa yang sama, semoga jodoh aku seorang yang boleh imamkan solat aku, seorang yang boleh pimpin aku kejalan yang lebih baik. Aku sendiri sekarang cuba untuk memperbaiki diri agar apa yang aku doa tu selari dengan apa yang aku buat. Tak guna jugak kau doa nak suami jaga agama sedangkan kau solat pun celup-celup. So, long to short lagi, aku plan lah nak keluar dengan F pergi mall, sekalian aku memang nak pergi beli barang. Ajak F keluar lepas zohor. Pung pang pung pang, setle beli barang semua, asar pun tiba.

Aku hari tu memang tak boleh solat ceritanya, so kami pun keluar mall konon nak pegi makan sebelum masing2 balik rumah. Jadi, dalam kereta aku tegur “awak tak nak singgah solat dulu ke, dah pukul berapa ni, nanti nak makan lagi.” Sebenarnya aku nak tegur dari dalam mall tu lagi, tapi aku sahaja nak tengok rentak dia. Persoalan aku tadi dia diamkan. Selang 5 min, aku bagi ayat penyata terus. “Kalau awak nak berhenti solat dulu, boleh je kita singgah mana2 masjid”. Balasan jawapan dia tu sungguh tak kusangka. Sorry guys, aku tak dapat nak mention apa jawapan dia, sebab aku tak nak sampai dia dituduh penunggang agama. Bukan nak defensed dia, tapi biar aku je simpan sendiri bab tu.

So, masa tu aku memang rasa tak best gila. Dari sayang yang nak berputik, terus rasa “Ya-Allah, apa semua ni?”. Kami teruskan jugak makan, balik rumah masa tu dah lepas hampir pukul 8. So, aku x expect dia akan bekejar nak solat sedangkan masjid ada tepi jalan pun tak nak behenti lagi kan kalau kau dah balik dan dah longlai atas katil sebab kepenatan. (Kenapa sebab aku berani cakap? Sebab dia text aku elok je lepas balik tu, dan tak stop sampai lah maghrib habis).

Puas aku fikir dan timbal balik, aku rasa seperti pendosa bila aku dah doa nak suami yang seperti ciri diatas, dan bila Allah tu tunjukkan sikap dia yang terang-terang tiada ciri tersebut, tapi aku tetap menerima dan menafikan apa yang Allah sedang cuba sampaikan. Jadi, aku ambil keputusan untuk call dia malam tu. Bab solat ni, aku tak tau nak berkias macam mana, tapi still aku kena tanya dan bincang supaya aku lebih clear dengan gerak hati aku. So, aku tanya je direct pasal solat ni dengan dia. Dan again, dia punya ego tu sampai bab solat pun dia tak rasa benda tu satu yang harus dipaksa kalau kau rasa berat nak buat. Jadi, cukup dengan jawapan yang dia beri malam tu, buat aku rasa F tak kan dapat jadi imam aku, dan tak mungkin dia akan berubah dan mampu mendengar teguran aku bila dah kawin nanti (judgement aku ni adalah berdasarkan jawapan dia yang dah dua kali dia bagi dalam bab solat ni).

So, finally aku decide putuskan hubungan kami. Aku rasa, aku patut dengar gerak hati aku, dan aku yakin ketika itu, Allah sedang memakbukan doa aku dan sedang membantu aku.

Aku bersyukur, disaat kekurangan aku dan kekhilafan aku sebagai manusia dalam menjalankan perintahnya, Allah masih setia ada bersama mendengar setiap doa aku dan menghulurkan detik rasa yang membawa kepada jawapan setiap persoalan. Aku berharap, dengan hadiah hikmah & petunjuk ini dapat menjadi kan aku manusia yang bersyukur dan dahagakan bantuanNya. Doakan aku bertemu dan dapat mengakhiri zaman bujang aku dengan lelaki seperti yang aku doakan. Amin.

– HambaMu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *