Hikmah Disebalik Ujian

Salam..
Aku tertarik dengan artikal ‘hikmah yg sangat cantik’.. Ya.. Allah jadikan sesuatu bersebab. Ujian Allah bersebab. Dan pasti hikmah diatas setiap ujian tu sangat besar dan cantik.

Aku seorang isteri yg berkahwin dengan suami atas dasar suka sama suka.. Bahagia kami bertambah bila lahirnya seorang putera. Tapi, baru setahun umur anak kami, rumahtangga kami diuji. Suami aku curang. Aku kecewa. Sangat kecewa. Dalam ‘tempoh’ itu, kami hampir berpisah. Hati aku berkecai. Kadang aku bertanya, kenapa aku yg Allah uji?? Dan aku tau sebabnya.. Selama ni aku jauh dariNya.. Solat terabai, Quran jarang2 aku bukak.. Tapi diwaktu aku sedang kecewa, aku semakin dekat denganNya. Solat yang selalu terabai, aku penuhkan. Aku tambah lagi dengan amalam sunat.

Suamiku? Masih begitu. Masih asyik bercinta dengan miss J anak satu. Suamiku juga seorang yg sering mengabaikan perintahNya. Aku penah berfikir, aku tak kisah bercerai kerana dia jauh dari Allah. Solat tak pernah cukup 5 waktu. Berjemaah kat rumah? Tak pernah.. Ke masjid? Cuma solat jumaat je. So pada aku, dia bukan yg terbaik utk aku.

Aku bersyukur sebab punya keluarga yang sangat faham dan support aku. Bagi aku kata-kata semangat. Setiap kali solat, aku mintak pada Allah, gantikan setiap kesedihan aku dengan kebahagiaan. Aku mintak supaya aku kuat. Aku layan makan minumnya mcm biasa, tp hati aku seolah2 tak da lagi pd dia..

Setelah sekian lama aku menunggu, suatu hari, suami aku bgtau, dia penat mcm tu. Dia abaikan aku dan anak, sedangkan dgn missJ pun banyak pasang lelaki lain. So dia kata dia nekad utk berpisah dgn missJ tu dan balik pd keluarga..

Dan sekarang, dia suami paling baik pd aku. Solatnya cukup. Tambah lg dengan amalan2 sunat. Dia selalu berpuasa. Dan dia sangat rajin baca quran. Berjemaah? Ya dan boleh kata setiap hari. Dia jugak rajin ke masjid. Kalau aku merungut, dia yg bagi semangat. Kalau aku mengeluh barang mahal, dia cuma cakap, bukan manusia bagi kita rezeki, Allah yg tentukan.. So aku calm down. Kdg2 aku malu jugak pd dia. Lepas doa dan salam dia aku cepat2 bangun, tp dia tarik aku suruh baca quran dulu.

Pada semua diluar sana.. Kadang benda yg kita suka, belum tentu Allah suka. Dan benda yg kita benci, belum tentu Allah benci. Allah bagi ujian dan dugaan bersebab. Dan aku pasti, ini hikmah untuk aku. Yg penting, bersangka baik pd Allah..

Doakan aku dan suami, bahagia hingga ke syurga. Dan aku doakan kalian juga, yg penting sabar dan tabah dengan ujian Allah. Sama2 baiki diri. Allah rindu dengan rintihan kita padaNya. Merintihla, menangisla pdNya.

MissJ? Tah la.. Tak ambil tau dah pasal dia.. Aku doakan dia bahagia dgn org lain. Yg penting jangan bina masjid atas keruntuhan yg kau buat..

– Puan Tee

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *