Hikmah Disebalik Ujian

Assalamualaikum pembaca semua, saya Dahlia, yang pernah beberapa kali menulis di ruangan ini, ruangan favourite saya.

Antara confession yang pernah di tulis, (https://iiumc.com/gadis-miskin-yang-mahu-mengubah-diri-v/).

Saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya selepas beberapa orang memberitahu saya, mereka ikut jejak langkah apa yang saya telah buat.

Saya bukanlah contoh orang yang berjaya untuk dijadikan idola. Tetapi mungkin kisah saya boleh digunakan untuk mendapat idea bagaimana mencari kebahagiaan selepas ‘jatuh terduduk’ dengan sedikit usaha untuk menggembirakan orang lain.

Cerita ini khas buat mereka yang senasib dengan saya, tidak berjaya dalam career. Mungkin Allah mentakdirkan sesuatu yang lain untuk kita. Tak usah membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat, tapi jadilah orang hebat dengan cara kita sendiri.

Bangunlah, sapu air mata kalian. Mulakan merancang apa yang boleh dilakukan untuk mengubah nasib kita. Allah tidak mengubah nasib kita kalau kita sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya.

Jika jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah. Rahmat Allah itu terlalu luas. Jika cara A tidak berjaya masih ada cara B, C, D sampai Z.

Ketika baru hilang kerja, saya bersedih beberapa lama. Suatu hari, seorang kawan baik saya, Nora menghantar video ceramah ustazah Asma Harun tentang beramal dengan ayat 44 surah Ghafir untuk ketenangan jiwa dan penyelesaian masalah hidup.

Pada masa itu, saya terlalu buntu untuk mencari kerja. Iklan jawatan kosong seperti tidak menarik minat saya. Saya masih terkesan dengan peristiwa pahit di tempat kerja sebelum ni, membuatkan saya fobia dan tak mahu mencari kerja.

Selepas mengamalkan ayat ini beberapa minggu, saya mendapat ilham membuat projek amal menyediakan sarapan secara percuma kepada rakan2 kelas anak sedara saya.

Saya mulakan dengan memasak beberapa pax sarapan pagi kepada anak sedara saya dan kawan2nya seramai 4 orang. Anak sedara cakap, ada kawannya yang tiada duit untuk membeli makanan di kantin.

Menu seperti piza tuna, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan roti telur cheese menarik perhatian kawan2 yang lain, sampai berebut.

Untuk nampak menarik, saya balutkan sudu dan garfu berwarna warni dengan tisu yang diikat dengan riben, sebagai tanda keikhlasan dan kasih sayang kepada mereka.

Kata anak sedara, kawan2nya sayang nak buka ikatan riben, dibawa balik ke rumah sebagai kenangan. Saya dapat bayangkan bagaimana kanak2 ini rasa ia begitu istimewa kerana tiada siapa melayan mereka dengan istimewa.

Dengan sedikit hiasan, bukan murid2 sahaja terpikat, cikgu2 pun minta nak rasa bekalan yang dibawa. Malah dah banyak kali cikgu2 mendesak supaya menjualnya kepada mereka. Malangnya saya tidak berminat untuk menjual. Saya hanya mahu membuat kerja amal untuk kanak2.

Kawan2nya menunggu setiap hari jika ada menu yang dibawa. Ada rakannya yang sanggup menunggu di pintu pagar tolong bawa makanan agar dia jadi orang terawal dapat makanan.

Ada yang bersiap sedia dengan bekas kosong dari rumah. Masuk ke kelas terus tanya jika ada makanan. Tak nak tunggu waktu rehat jam 10, bimbang tak dapat makan kerana ramai berebut.

Saya ceritakan projek kecil saya ini kepada kawan baik saya dan mereka mahu memberikan sumbangan. Akhirnya saya beranikan diri membuat posting di fb saya sehingga menarik minat yang lain seorang demi seorang.

Saya ada menulis kisah permulaan saya lancarkan projek amal di confession sebelum ini. Pada masa itu, saya menggunakan dana sendiri, sedikit duit simpanan untuk membeli barang dapur, saya kongsi bersama anak2 angkat projek kecil saya.

Selepas membuat post di FB, hasilnya saya dapat penderma yang tak dikenali selepas beliau melihat posting2 masakan saya. Terima kasih John, kak Liza, kak Rohaizah dan Adib.

Kita tidak mengenali satu sama lain, tapi sumbangan kalian atas dasar percayakan saya, membantu melaksanakan impian kita bersama. Juga jutaan terima kasih kepada rakan saya Janna, Nora, Ina dan Alawiyah yang turut menderma. Sebanyak Rm540 telah berjaya dikumpul sehingga kini.

Pada awalnya, anak angkat projek ini seramai 5 orang, kemudian bertambah kepada 25 orang. Kata anak sedara lagi, budak kelas lain pun sudah mula mahu berbaik dengannya dan berniat mahu menempah ayam goreng kepci (kfc) hasil olahan resepi yang saya reka sendiri untuk menjimatkan kos.

Rupanya cerita ayam goreng kepci percuma telah tular ke kelas sebelah. Saya berjanji, saya akan mula mengedarkannya secara percuma kepada anak2 ini secara bergilir nanti. Harap2 selepas itu, ia akan tular juga ke kelas2 lain secara berperingkat.

Duit sumbangan RM540 tu sangat besar jumlah dan boleh memberi makan kepada ramai kanak2 tanpa mengira latar belakang. Samada mereka miskin atau kaya, pahalanya tetap jadi milik kita. Kata anak sedara, mereka paling gemar ayam goreng kepci dan nasi minyak.

Untuk menjadikan menu saya lain dari yang lain, saya berikan nama2 lucu seperti ayam goreng kepci cikebum cikebum.

Sebelum ini pernah beberapa kali saya menghubungi cikgu2 meminta murid2 miskin sekolah rendah sebagai anak angkat, tetapi dimaklumkan semua yang layak sudah diberi bantuan RMT, tiada yang tercicir.

Saya tidak putus asa, saya hubungi pula rakan minta dia tanyakan sedara yang jadi cikgu di sekolah menengah, tidak mendapat sambutan. Rakan saya tidak membalas mesej saya. Saya pula tidak mengenali mana2 cikgu di sekolah rendah dan menengah tersebut.

Saya hubungi pula cikgu sekolah tadika anak sedara sorang lagi dan akhirnya mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

Sedar akan peraturan dan SOP ketat pihak sekolah, saya hanya akan edarkan air kotak, kek atau roti yang dibeli sahaja. Demi amanah rakan2 penyumbang saya ini, saya akan memanjangkan sedekah kepada lebih ramai orang untuk menerima manfaat.

Projek sedekah biji benih yang saya lancarkan juga tetap berjalan seperti biasa bergantung kepada stok yang ada kami ada.

Kakak saya turut menyokong usaha saya dengan memberikan benih tanaman yang dia tanam. Cuma projek sedekah topeng muka berjahit untuk anak2 asnaf belum lagi saya mulakan. Agak terkejar2 banyak benda saya perlu lakukan.

Siapa sangka, impian nak buat projek amal sendiri seperti sukarelawan2 idola saya akhirnya terlaksana. Allah memakbulkannya ketika saya tidak mempunyai pekerjaan, tidak bergaji dan tidak punya banyak duit tapi punya banyak masa terluang dan juga idea2.

Hasil munajat disertakan dengan usaha, Allah hadirkan rakan2 yang memberikan sumbangan sehingga projek amal ini berkembang.

Saya bergerak seorang diri hasil sokongan moral adik beradik saya, kawan2 dan juga pembaca2 confession saya. Sungguh, terasa manisnya ‘memberi di kala sempit’.

Teringat cerita seorang kenalan, kenangan manis masa kecik bila ada orang sedekah makanan sedap2, dia rasa sangat gembira. Itulah yang saya mahu murid2 tersebut rasai.

Daripada jumlah 5 orang yang saya mulakan, kini bertambah kepada 97 orang murid sebagai anak angkat dalam tempoh sebulan lebih bagi projek sarapan percuma.

Untuk memperkenalkan projek amal saya kepada umum, saya menempah cop rubber stamp dan meletakkan tanda cop nama projek amal di bungkusan.

Saya meletakkan gambar cop projek amal di status whats app, seorang pegawai sebuah agensi yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini menawarkan bantuan jika saya perlukan bantuan makanan.

Selama ini, saya merantau dan berkhidmat kepada rakyat negeri lain. Sudah sampai masa saya berkhidmat untuk orang kampung saya sendiri.

Kalaulah kedua orang tua saya masih hidup, mesti mereka sangat gembira dengan apa yang saya lakukan ini, terutama arwah mak saya. Mak selalu bangga dengan saya, penyokong kuat saya.

Apa yang saya buat tidak dibalas dengan kemewahan di dunia (tiada balasan dapat duit 10x ganda selepas bersedekah seperti yang dikongsi oleh ramai orang), tetapi saya beroleh keseronokan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Saya selalu minta Allah simpankan balasan untuk saya ambil ‘di sana’ nanti.

Saya realisasikan juga minat saya yang suka menulis dengan menulis di fb saya, kemudian di iiumc. Confession ini adalah confession saya yang ke-9.

Ramai memberi komen yang positif dan menggalakkan saya serta mendoakan saya jadi penulis berjaya suatu hari nanti. Sebuah penulisan tentang zaman kanak2 bersama arwah orang tua saya bertajuk ‘Rumah usang’ mendapat respond positif rakan2 saya.

Untuk kalian yang saya tidak kenal tetapi memberikan semangat dan mendoakan saya, saya titipkan doa di setiap tahajud dan dhuha saya agar kita sama2 berjaya di dunia dan di akhirat.

Semoga Allah memakbulkan doa2 kalian, semoga Allah memudahkan urusan kalian dan semoga kita bertemu di jannah nanti, amin.

Pembaca sekalian, harap perkongsian saya ini dapat membantu memberi idea dan semangat untuk anda semua merealisasikan impian masing2. Janganlah bersedih dengan nasib diri.

Usah bandingkan diri kita dengan orang yang lebih berjaya tapi jadikan mereka sebagai semangat untuk kita berjaya seperti mereka.

Hidup ini ada pasang surutnya. Ada siang ada malam. Ada sedih dan ada gembiranya. Jadikan dugaan ini sebagai cabaran keluar dari zon selesa untuk terus melangkah.

Ingatlah, arang dan berlian datang daripada unsur yang sama iaitu karbon, tetapi mengapa berlian lebih berharga daripada arang?

Kerana proses dan tekanan melampau yang begitu lama menjadikan berlian permata berharga.

Yakinlah anda lah berlian itu! Ia mengambil masa untuk menjadi matang dan bernilai tinggi. There is no need to rush, the right things will come when its time.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *