Untuk part I, (https://iiumc.com/hikmah-disebalik-ujian-3/).
Assalamualaikum semua, saya Dahlia. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya sebelum ini.
Sengaja saya bagi clue identiti saya bagi memenuhi permintaan mereka yang ingin mengenali. Saya beranikan diri dedah identiti selepas mendapat alamat baik menerusi mimpi2. Betullah alamat yang saya dapat, banyak berita baik yang saya dapat selepas itu.
Gara2 confession tersebut dan identiti terdedah, dalam masa beberapa hari, ada 500 lebih orang add saya di facebook. Mereka mesej bagi kata2 semangat dan ramai yang minta no akaun demi menyokong usaha saya selepas melihat posting2 saya.
Hasilnya jumlah derma meningkat. Alhamdulillah rezeki daripada Allah, menghantar dermawan untuk berkongsi rezeki dengan kanak2.
Saya ingat lagi 2 bulan lepas, saya masak sarapan pagi kepada anak sedara saya, kawan2nya terliur. Saya memasak untuk kawan baiknya, 1 kelas pulak terliur. Akhirnya saya masak untuk 1 kelas. Lepas 1 kelas, kelas lain pulak berharap, saya masak juga untuk kelas lain.
Sekarang, saya edar minuman kotak berperisa coklat kepada murid tadika setiap minggu menggunakan duit sumbangan. Budak2 tadika pun dah tahu bila saya datang, ada minuman kotak coklat untuk mereka hari itu.
Kemudian, saya lanjutkan pula kepada darjah 1 dan ke kelas2 lain nanti secara berperingkat.Teringat zaman saya sekolah rendah dulu, suka sangat tiap kali dapat air kotak coklat percuma.
Bayangkanlah seorang penganggur, mana mungkin mampu nak memberi makan kepada ramai orang.
Saya ada duit untuk belanja keperluan sendiri, simpanan hasil jimat cermat semasa bekerja dan hasil pengeluaran duit KWSP, I Lestari. Tetapi saya tidak mampu untuk menyediakan makanan kepada murid yang ramai.
Saya terfikir untuk membuat posting di fb, mane lah tahu jika ada yang berminat untuk menyumbang, bolehlah share membeli bahan2 untuk saya memasak dan menjamu mereka.
Walaupun saya sendiri rasa serba salah, bimbang jadi riak dan tidak mendapat pahala kerana mewar2kan kerja amal. Bersedekah secara sembunyi kan lagi afdhal.
Setiap kali membuat posting, saya selalu berniat, ‘aku buat ni bukan untuk meminta pujian mahupun penghargaan manusia. Aku cuma mahu mencari duit untuk menggembirakan anak2 kecil ini. Bukankah Nabi menyuruh berbuat baik dan menggembirakan kanak2?
Hasil confession tersebut beserta kerajinan membuat posting di fb, bukan saje menarik perhatian orang perseorangan untuk menderma,
Tetapi juga pengurusan syarikat produk makanan jenama Bon Chef untuk memberi penghargaan atas usaha saya dengan menghadiahkan produk2 makanan keluaran mereka selepas melihat posting Ayam Goreng Kepci Cikebum Cikebum.
Saya memasak Ayam Goreng Kepci tersebut menggunakan Tepung Ayam Goreng Serbaguna keluaran mereka. Saya edar kepada 2 buah kelas dan juga rumah anak yatim.
Saya akan menggunakan produk tersebut untuk memasak menu2 untuk kerja amal pada masa akan datang hasil sumbangan yang diberi oleh syarikat tersebut.
Kerana kata2 semangat dan juga derma yang saya dapat, saya beranikan diri membuat appointment dengan Guru Besar sekolah untuk minta izin menyalurkan bantuan minuman dan makanan secara percuma kepada semua murid.
Ini untuk menjadikan semua murid sekolah ini anak angkat projek kami.
Tidak timbul isu dengan kantin sekolah kerana saya memasak untuk jumlah yang sedikit saje. Itu pun 2 kali seminggu. Makanan pun sekadar mengalas perut, jika nak kenyang mereka perlu membeli di kantin juga.
Saya juga mewar2kan kepada guru kami akan support 1 atau 2 menu sekiranya murid2 mahu buat jamuan di kelas nanti.
Guru Besar memaklumkan bahawa pihaknya berbesar hati jika dapat bantuan dari segi kewangan berupa duit poket kepada murid2 miskin supaya mereka boleh membeli apa saja yang mereka mahu.
Selain memohon jika saya boleh dapatkan bantuan derma untuk membina sebuah padang sekolah. Kata Guru Besar, sekolah ini satu2nya sekolah di Daerah B yang tidak mempunyai padang untuk murid2 bermain.
Tanah untuk padang permainan sudah ada, hanya peruntukan untuk menyodok tanah, merata dan membina padang sahaja diperlukan.
Kami sedar, padang permainan bukanlah keperluan asas seperti makanan tetapi ia penting untuk proses perkembangan psikomotor dan kognitif kanak2.
Kata Guru Besar, pertandingan sukan juga adalah satu daya tarikan untuk membuat murid2 hadir ke sekolah.
Buktinya, apabila hari sukan dan sebagainya, kedatangan murid2 seratus peratus penuh. Semua sihat dan tidak sakit, hihihihi.
Satu motivasi untuk menarik murid2 hadir ke sekolah. Saya kira ia satu inisiatif yang bagus.
Dari dulu saya selalu terfikir, tidak penatkah sukarelawan2 yang selalu saya follow di fb. Belum termasuk kecaman2 yang diterima daripada haters.
Kadang2 saya risau perkara yang sama berlaku kepada saya. Syukur setakat ni, feedback yang saya dapat semuanya positif.
Jika ingin serius seperti mereka kelak, saya kena belajar berhati kering seperti mereka. Banyak dugaan bakal menguji keikhlasan dan menggugat istiqamah.
Kalau bukan kerana minat dan mencari redha Allah, sudah lama saya berhenti. Berhenti kerana penat. Memasak dan mengagih bantuan bukanlah kerja mudah.
Rumah saya bersepah kerana stok makanan dan pembungkusan. Selalu tidur lewat untuk sediakan bahan2 pada waktu malam dan bangun awal pagi untuk memasak.
Rumah saya ada masalah banyak semut, dengan masalah bekalan air bersih, terpaksa mengangkut air dari rumah kakak2 saya atau membeli air bersih di tempat lain untuk memasak.
Saya tidak mahu ambil mudah faktor kebersihan dan safety food. Kerana itu, saya ambil langkah selamat mendapatkan suntikan typhoid menggunakan duit sendiri. Saya sudah ada sijil Food Handling, so tiada masalah.
Saya sediakan ruang penyimpanan barang di bilik. Saya berjimat untuk beli rak buat meletakkan barang2 dan buat cop tagging pembungkusan. Anak2 sedara saya yang kecil tu selalu tolong saya proses tagging cop di plastik pembungkus.
Saya bawa mereka berdua tiap kali hantar makanan ke rumah anak yatim untuk latih jadi sukarelawan. Mudah2an bila dewasa kelak, mereka minat untuk jadi sukarelawan.
Saya puji mereka bagus sebab rajin tolong. Saya cakap Allah sayang orang buat baik dan mereka akan dapat pahala apabila berbuat baik kepada orang lain.
Saya tandakan setiap duit masuk, daripada siapa dan asingkan dalam beg khas supaya tidak bercampur aduk dengan duit saya. Memandangkan jumlah derma makin meningkat, saya perlu cari jalan untuk kembangkan lagi projek ni supaya memberi manfaat kepada ramai orang.
Permintaan Guru Besar untuk duit poket kepada murid2 miskin satu idea yang bagus. Tugas saya akan jadi lebih mudah.
Serahkan kepada Guru Besar, kemudian guru kelas akan agihkan kepada murid2 yang layak. Saya tidak perlu memasak dengan banyak disebabkan masalah kekurangan peralatan, masalah air bersih dan manpower.
Saya nampak cara ini akan menguntungkan semua pihak. Penderma dapat pahala hasil sumbangan, murid2 dapat duit poket dan boleh beli makanan yang dia nak.
Pembelian oleh murid2 akan bantu jana pendapatan kepada kantin dan juga penduduk setempat yang banyak berniaga di tepi2 jalan seperti ayam goreng, air minuman, waffle dan makanan lain yang semuanya berharga RM1.
Hasil sumbangan orang ramai, saya mula kembangkan kepada rumah anak yatim. Memandangkan saya ada masalah memasak dengan jumlah yang banyak, saya buat tempahan daripada saudara terdekat dan jiran tetangga yang terdiri daripada surirumah.
Ini bertujuan untuk bantu golongan surirumah mencari duit poket. Saya hanya pilih di kalangan surirumah atau ibu tunggal untuk bantu tingkatkan ekonomi mereka. Kebanyakan mereka adalah golongan miskin dan sederhana.
Seorang jiran saya menjual sebungkus laksam berharga RM1, bila dia letak di kedai, tuan kedai ambik untung 20sen, jadi 80sen lagi adalah harga bahan mentah dan keuntungan yang ntah berapa nilainya.
Kata kakak saya, jiran saya ni selalu beli barang dapur secara berhutang. Mungkin dia betul2 terdesak dan kekurangan wang belanja kerana untung yang tidak seberapa. Sangat kasihan. Saya rasa patut bantu golongan sebegini untuk tingkatkan pendapatan mereka.
Dulu, masa bekerja, saya akan bagi duit poket setiap bulan kepada adik ipar saya. Adik lelaki saya cuma kerja kampung, adik ipar pula tidak bekerja, bimbang tak cukup duit belanja.
Saya sedih bila membaca keluhan2 menantu perempuan dalam iiumc. Saya tidak mahu adik ipar saya rasa tersisih.
Sebab tu saya bagi duit poket setiap bulan dan hadiahkan seutas rantai emas. Supaya dia gembira jadi menantu dan ahli keluarga kami. Adik ipar saya sangat baik. Rajin dan pandai masak.
Jadi untuk bantu dia cari duit tambahan beli barang dapur, saya tempah makanan untuk rumah anak yatim dengan adik ipar kerana saya sudah tidak mampu memberi elaun bulanan seperti dulu.
Untuk projek sedekah biji benih, tiba2 ada kenalan fb (rasanya di kalangan pembaca iiumc) mahu sponsor sampul surat siap bersetem dan sticker tagging.
Alhamdulillah. Saya boleh gunakan duit saya untuk beli biji benih sayur2an untuk variasikan benih2 untuk diderma. Syukur sangat urusan dipermudah.
Ada beberapa orang kenalan, kawan dan pembaca yang komen mereka cemburu dengan apa yang saya buat. Mereka mahu buat kerja amal tapi banyak halangan yang dihadapi.
Mereka kata saya bertuah diberi peluang untuk berbuat kebajikan yang bukan semua orang mampu buat meskipun berduit.
Impian saya ini bermula hanya dengan angan2 zaman sekolah. Saya sendiri tidak sangka akhirnya direalisasikan. Teruslah berdoa diberi kesempatan. Allah akan memakbulkan bila tiba masa yang sesuai, yang kita sendiri tidak pernah jangka.
Pengalaman saya sendiri, hanya termakbul ketika saya bergelar ‘penganggur’. Nampak agak mustahil bukan?
Tapi bagi Allah, tiada yang mustahil. Dia akan aturkan dengan cara yang mudah. Yang kita takkan sangka bagaimana bentuk pertolongan yang akan diberi. Tetaplah semat di dalam hati untuk terus membantu orang dan berbuat baik kepada makhluk Allah.
Rajinkan diri bangun untuk tahajud mohon Allah murahkan rezeki dan permudah urusan. Apa2 saje urusan kita, niatkan untuk beribadah. Andai kata kita meninggal ketika itu, kita meninggal dalam keadaan beribadah, beroleh husnul khotimah Insya Allah.
Kepada yang berminat membuat kerja amal, mulakanlah walau sekecil2 usaha yang anda mampu mengikut minat masing2. Saya suka memasak dan bercucuk tanam, jadi saya gunakan minat saya ini untuk memberi faedah kepada orang lain.
Janganlah rasa rendah diri bandingkan diri anda dengan sukarelawan2 yang punya nama besar. Saya yakin mereka juga bermula dari usaha kecil.
Saya tidaklah berangan2 mahu jadi sehebat mereka. Cukuplah dengan apa yang saya buat ini, selebihnya biarlah Allah tentukan nasib saya. Dapat buat seperti sekarang pun sudah cukup baik.
Saya mengajak anda yang berminat, mulakanlah di komuniti masing2. Buatlah mengikut cara anda sendiri, tidak perlu ikut cara orang.
Saya suka kata2 ahli falsafah Cina, Confucius ‘ “A journey of a thousand miles begins with a single step’. Ada banyak cara untuk berjaya dan berbuat baik, mulakan dengan satu langkah pertama. If you want change the world, start with your self.
Walaupun saya cuma seorang penganggur, saya tak mahu menyusahkan orang. Mengharap dan meminta2.
Saya mahu jadi rakyat yang baik, yang berguna kepada masyarakat. Sebab saya yakin, setiap manusia ada misi atau tugas masing2 dihantar ke dunia ini. Inilah tanggungjawab saya.
Kini, saya sudah nampak hikmah di sebalik ujian kehilangan kerja. If you didn’t get what you wanted, maybe you got what you needed instead. Itulah yang saya lakukan. Saya dapat kepuasan dan kebahagiaan dengan membahagiakan orang lain.
Terima kasih kepada pembaca semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession2 saya. Kerana jasa admin, pembaca2 yang berjaya mencari saya akhirnya jadi penyumbang projek ini sehingga berkembang.
Saya doakan, anda semua diberi ganjaran menjadi penyebab dan penyebar kebaikan. Jazakallahu khairan kathira.
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit