Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku eiya (bukan nama sebenar). Aku nak share hikmah atau kelebihan menjaga orang tua yang dapat aku lihat dan rasa.
Firstly, bukan aku yang jaga orang tua tapi ibu bapa aku, mereka yang menjaga nenek aku yang sudah uzur dan tidak mampu berjalan. Jaga orang tua ni yang aku dapat lihat sangat mencabar. Walaupun parent aku tak jaga nenek aku setiap masa, tapi mereka akan ambil nenek aku bila aku cuti sem. Nenek aku akan bergilir-gilir duduk rumah anak-anaknya. Memang, jaga orang tua ni sangat mencabar. Aku yang setakat jaga gitu-gitu je pun kadang-kadang hilang sabar sebabkan hal-hal yang tertentu. Tapi aku respect parent aku, mereka cuba sabar dan cuba bagi yang terbaik.
Mak aku, walau tu mak mertua dia tapi dia jaga berak, kencing nenek aku. Bapak aku pulak, layan nenek aku macam layan anak-anak dia. Maksudnya, full of love. Waktu aku tengok bapak aku suapkan nenek aku, lap muka dia, aku tersentuh. Aku rasa nak nangis. Sangat sweet. Tapi macam aku cakap, jaga orang tu ni kena sabar. Selagi kita mampu kita sabar sebab mereka ni kembali ke fasa kanak-kanak. Macam mana kita boleh sayang kanak-kanak macam tu la kita sayang orang tua.
So, hikmah yang aku dapat lihat bila parent aku jaga nenek aku, rezeki mencurah-curah. Subhanallah. Tetamu yang datang mesti bawak buah tangan, bukan biasa-biasa tapi luar biasa. Aku ingatkan itu hanya adab menziarahi sahaja, tapi aku yakin ni hikmah menjaga orang tua. Kedua, masya allah, lepas raya ni kami dapat tempahan katering boleh dikatakan setiap minggu. Dan aku yakin ini juga hikmah menjaga orang tua.
Aku masih muda. Dan aku tak tahu macam mana perjalanan hidup aku nanti. Aku sentiasa berdoa agar kebaikan yang ibu bapa aku tunjukkan kepada kami, akan dapat kami balas dengan lebih baik. Doakan semoga kami dapat menjadi anak-anak yang dapat menjaga kedua orang tua kami saat mereka tidak berdaya. Kadang-kadang ujian setiap orang lain, dan aku berharap masing-masing dapat berbakti kepada orang tua. Hilangnya ibu bapa tiada ganti. Doakan agar kedua ibu bapa kita sentiasa dilimpahi rahmat dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Kepada yang mengenali diri ini, mohon maaf andai ada tersalah bicara yang mampu mengguris hati. Doakan akan kita sama-sama dapat berubah menjadi lebih baik.
– Ieya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit