Hikmah Kuarantin

Alhamdulillah. Syukur masih diberikan nyawa. Sebelum itu izinkan saya bahasakan diri dengan aku. Lebih selesa.

Setelah bergelut dengan pelbagai prosedur untuk travel pulang bekerja semasa PKP ini. Akhirnya, aku dalam fasa kuarantin sambil work from home.

Tiada yang lain aku inginkan. Sekarang masa dengan diri sendiri.

Aku dah tak peduli dengan dunia luar. Ada orang cakap bosan la kuarantin. Bagi aku tidak. Aku syukur. Alhamdulillah.

Banyak yang cadangkan layan Netflix dan sebagainya. Kemudahan ada tapi aku tak memilih untuk itu. Harap aku istiqamah.

Kuarantin bagi ruang aku berfikir dan betulkan hidup. Aku ada terbaca kisah Rasulullah SAW. Baginda beruzlah atau mengasingkan diri di Gua Hira’ di Bukit Al-Nur. Allah.

Banyak yang aku belajar. Sebelum ini sibuk dengan hal dunia. Solat cukup dan baca al-quran. Tapi masih runsing. Gelisah memikirkan dunia.

Aku banyak menangis dalam fasa kuarantin ni. Bukan sedih ingatkan manusia. Tapi fikirkan yang aku kejar selama ini. Sebenarnya dalam diam aku sangat lalai. Aku sebenarnya sakit.

Pada waktu pagi aku akan bangun awal buat solat sunat dan sebagainya. Alhamdulillah, Allah gerakkan. Aku sudah tidak tidur semula. Aku rasa buang masa kalau tidur semula.

Masa dirasakan cepat sangat berlalu. Banyak aku mahu buat. Kalau dulu aku akan tidur balik. Jarang sangat berjaga.

Aku banyak luangkan masa untuk mendengar ceramah-ceramah, Banyak program agama tersedia. Di dalam televisyen, Youtube dan media sosial. Banyak ilmu yang aku belum tahu.

Terima kasih kepada insan-insan yang tak jemu membuat video dan program seperti ini. Besar ganjaran pahala kalian. Aku dah mula unfollow page-page yang tidak berfaedah.

Pada waktu malam aku akan baca sirah Nabi Muhammad SAW. Kita kata cinta tapi tak kenal dan hayati perjuangan. Sayangkah kita.

Bila baca buku ni teringat zaman sekolah rendah dulu. Ustazah cerita sama. Rindu ustazah. Moga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Alhamdulillah, aku dah semakin kenal dan faham perjuangan Nabi Muhammad SAW. Doakan aku dapat mimpi bertemu Rasullullah SAW. Subhanallah. Ini agaknya rasa jatuh cinta yang sebenarnya.

Aku nak beli lagi buku para nabi dan rasul berdasarkan Al-Quran. Hari tu dah jumpa berat pula nak bawa. Bila baca Al-Quran banyak kisah-kisah para Nabi.

Jadi bila baca kita akan lebih faham apa yang diceritakan. Indah sirah para Nabi dan Rasul ini. Ya Allah,dah 29 Tahun. Sekarang baru rasa nikmat.

Aku mula fahami rukun-rukun dalam solat. Maksud bacaan. Cara ambil wudhuk yang betul supaya lebih khusyuk dalam solat. Wudhuk bukan sahaja menyucikan anggota zahir. Bahkan rohani kita.

Aku akan ulang ambik wudhuk kalau rasa fikiran melayang. Macam mana ya mahu terangkan. Aku ringkaskan lah masa ambil wudhuk. Tiba-tiba dah siap. Tah masa ambil itu fikir perkara lain.

Selain itu, aku cuba faham dan hafal wirid-wirid selepas solat. Doakan aku boleh hafal dengan tersusun. Walaupun sekarang tunggang terbalik. Moga lebih baik.

Sekarang baru aku faham. Kenapa orang cakap solat itu dapat merehatkan diri.

Panjang pula menulis. Akhir sekali. Apa yang aku perasan aku kena semak balik Rukun Iman dan Rukun Islam. Banyak yang perlu dibetulkan dan dihadam. Bukan sekadar baca dan hafal di mulut.

Banyak sangat misi aku ini. Aku harap sempat buat semua sebelum menutup mata. Doakan aku. Terus istiqamah.

Tak hanyut lagi. Baik bukan sekadar baik. Bahkan lebih baik dari sebelumnya. Aku nak masuk syurga. Semoga Covid-19 ini lenyap tidak lama lagi. Terima kasih admin jika siarkan penulisan ini.

– Pengejar Syurga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *