Assalamualaikum readers. Nama samaran ialah Nur, 28, single dan sekarang bekerja dia private sector. Dulu Mak ayah aku agak susah berkerja di ladang sawit dan sekarang hidup lebih stabil berbanding zaman dulu.
Permulaan rezeki aku yang aku sedar bila aku dimurahkan rezeki mendapat keputusan cemerlang UPSR dan aku dimasukkan ke sekolah yang agak pandai. Tapi hidup dikalangan anak-anak golongan elite tidaklah mudah. Terasa amatlah kecil dunia kita yang hidup amat sederhana.
Tetapi Alhamdulillah aku tidak pernah lupakan asal usul aku. Seterusnya aku berjaya mendapat straight A PMR dan malangnya SPM aku tidak beberapa cemerlang tapi Alhamdulillah. Aku amat bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Seterusnya aku memasuki matrikulasi dan aku berjaya mendapatkan CGPA 4.00 yang melayakkan aku mendapat biasiswa kerajaan untuk menyambung degree.
Pada zaman degree, boleh dikatakan ia zaman kejatuhan aku. Course aku merupakan course antara yang agak susah. Waktu tu agak down la jugak dengan depressed semua tetapi Alhamdulillah, aku berjaya grad dengan pointer yang agak rendah la jugak dan penah sekali dean list tapi itu pun waktu final year.
Bila masuk zaman kerja, aku mula terasa rezeki agak sempit buat aku. Aku penah menganggur 6 bulan sebelum dapat kerja. Aku kerja sebagai kerani sahaja waktu tu. Aku tak kisah sangat asalkan aku ade keje yang boleh buat aku balas jaga mak ayah aku tambahan aku graduate tiada hutang. Then after a few months, aku dapat kerja di perantauan jauh dari parent tapi position lower than my qualification.
Aku bersyukur sangat berkat doa mak ayah aku dapat pekerjaan tapi position tu shift pattern. Mak aku pesan keja la dulu mana zaman sekarang susah dapat kerja. Memandangkan shift pattern so income salary memang agak stabil. Waktu ni aku hanya buat saving untuk beli kereta, rumah dan bagi pada mak ayah aku sebab aku pergi kerja naik motor dan menyewa.
Di tempat kerja juga aku mengalami stress dan depressed. Lumrah di alam pekerjaan. So, bila shift pattern ni, dia rehat tidak sama dengan orang kerja normal working hours, rehat shift lebih awal. Aku jenis payah tidur time break, makan pun kejap je. So aku ambik time ni pergi surau untuk solat dhuha sambil tu nak cuci muka. Dhuha ialah salah satu cara menarik rezeki dan merupakan bayaran hutang kita kepada Allah.
Aku cuba buat sebab hati aku tergerak nak buat. Aku kerja nak hampir 2 tahun disitu dan aku nak sangat dapat keje lain waktu tu sebab aku dah tak larat shift ni. Setiap hari aku buat dhuha bila boleh solat. Aku buat dengan ikhlas, maksudnya bukan semata aku teringin nak dapat kerja lain tetapi aku bersyukur dengan nikmat yang Allah telah beri pada aku tanpa aku sedar dan alpa. Aku harap yang aku tak pernah kecewa dengan apa yang Allah aturkan untuk aku.
Selain solat dhuha, aku ade juga beli makan kucing untuk beri pada kucing liar. Selalu kucing liar ni dia akan lari bila nampak manusia. Aku nak dekat dia terus lari. So aku cari port diorang selalu lepak iaitu tepi tong sampah. Aku tuang makanan atas plastik lepastu pergi. Kucing bila nampak kita pergi baru la diorang makan. Pernah la aku mengintai tengok makan ke tak. Rupanya banyak juga kucing datang.
Selalu aku buat waktu malam tetapi waktu siang tak buat sebab kucing hilang mana entah lerr mungkin sebab panas kot. At first aku malu buat macam tu sebab penah terserempak dengan pakcik makcik yang buang sampah juga. Hati aku tetiba jadi berbelah antara riak ke ikhlas sampai aku terjumpa pepatah ni.
“Malu dalam melakukan kebaikan adalah sebenar- benarnya riak “.
Contoh kau nak pergi masjid solat tarawih, kau malu jalan pergi ke masjid sebab takut orang tengok kau acah alim berkopiah tapi hakikatnya kau sedang riak dengan Allah. Allah beri jalan kebaikan untuk kau lakukan tetapi kau sombong dengan Allah disebabkan pandangan manusia. Penah je aku istifar bila hati timbul perasan ujub riak dalam hati, tetapi percayalah Allah lebih mengenal hati kau. Mintalah doa kepada agar hindar sifat riak ujub dalam hati setiap kali lepas solat.
Then aku ada buat sedekah bila singgah dimana-mana masjid. Aku suka solat singgah masjid luar bila masuk waktu. Aku sedekah niat ikhlas untuk bayar api dan air kita guna dan sumbangan untuk majlis ilmu di situ kelak. Aku lebih banyakkan sedekah dibulan Ramadhan. Pada waktu malam, aku boleh dikatakan selalu juga membaca Al Waqiah dan Al Mulk. Rasanya semua orang sudah tahu kelebihan surah ini. Selalu la kita amalkan
Beberapa bulan kemudian, aku nekad hantar notis resign pada majikan aku tanpa ada backup job atau tawaran lain. Waktu itu, tawakal aku tinggi dan aku yakin dengan rezeki Allah. Allah Maha Berkuasa, akhirnya aku dapat kerja lain ketika tender resign berbaki sebulan lagi. Sujud syukur aku ketika itu. Aku yakin rezeki Allah itu seluas langitnya.
Kerja baru aku ini merupakan normal working hours. Aku cuba teruskan solat dhuha, surah Al-Mulk dan Al-Waqiah dan aku tambah lagi satu surah iaitu Yaasin buat arwah Mak aku yang pergi pada dua bulan lepas. Arwah Mak pergi dalam waktu yang tidak aku sangka. Sungguh ajal maut itu rahsia Allah.
Aku sempat ajar Mak mengucap dan memandikan dan mengkafankan jenazah arwah Mak. Waktu itu, pandangan aku kosong dan kelam. Satu- satu orang yang aku paling aku sayang pergi tinggalkan aku. Aku totally lost dan rasa macam dunia ini kosong tapi aku cuba bangun. Bangun untuk mengalas amanah Arwah Mak iaitu mengantikan tempat arwah mak untuk menunaikan Umrah.
Percaturan hidup yang Allah buat untuk aku penuh hikmah. Allah ambil orang yang aku sayang dan dia memberi peluang untuk aku pergi ke tanah suci Allah untuk menunaikan umrah hujung bulan ini. Aku ingat aku sudah hilang segalanya tapi rupanya aku lupa yang aku masih ade Allah. Dia yang menciptakan aku dari tanah dan mengembalikan aku kepada tanah jua nanti. Alhamdulillah. Bila difikirkan, peluang menjejak kaki ke tanah suci tidak semua manusia dapat.
Bahkan ade yang meninggal tanpa sempat melihat mercu yang menjadi arah kiblat bagi seluruh umat Islam iaitu Kaabah. Mungkin ini rezeki Allah yang ingin berikan kepada aku dulu. Allah genggam semua doa kita, lalu dilepaskan satu persatu pada masa dan waktu yang sesuai. Diusia aku yang masih belum mempunyai keluarga aku sendiri tak tahu diantara jodoh dan ajal yang mana dahulu datang menyapa aku nanti. Tetapi aku berharap ketika aku meninggal, ada doa anak soleh yang mendoakan aku kelak.
Tolong doakan aku dipermudahkan urusan dan ibadah umrah disana. Teruskan amalan yang menarik rezeki dan teruskan berbuat baik walaupun kau hilang segalannya. Jika kau tidak dapat didunia, mungkin diakhirat sudah sebuah gunung dan taman kau bina berkat pahala dari apa yang kau buat didunia. Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum w.b.t.
Nukilan Nur.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit