Hikmah Perkara Yang Berlaku Di Palestin

Sebelum kawan saya yang non muslim ni pergi holiday dengan family, saya jumpa dia dan kami sembang2.

Sampai satu topik, saya cakap memasak bukan tanggungjawab isteri dalam Islam. Dia impressed.

Dia cakap “I like the idea”. Saya cakap tapi kita as a perempuan kadang ada empathy, kesian, jadi kita buat je sebab nak tolong husband.

Sebab benda yang Islam cakap, mak saya ajar saya dan semua adik2 lelaki saya masak dan kemas rumah.

Sebab apa? Saya je sorang pompuan. Sebab bila adik2 lelaki saya dah kahwin, kalau isteri tak pandai masak dan kemas dia boleh ajar. Dia macam, Wow!

Tau tak dia tanya apa lagi.. Pasal solat. Apa maksud bacaan yang kita baca setiap solat tu. Saya terangkan semua tu.. Kiranya dia banyak tanya pasal Islam.

Saya tak nak lah dia fikir pelik pasal Islam, saya cakap ada sorang cikgu sejarah india, lelaki… Dia buat kelas tambahan sejarah… Saya joinla..

Dia pernah cakap dalam kelas semua agama cantik, yang masalah tu manusia tu sendiri. Dia respect agama Islam selepas tengok satu dokumentari.

Masa saya jawab makna bacaan tu, saya cakap kita minta Tuhan guide kita (tunjukilah kami jalan yang lurus) sebab kita manusia, tak sempurna.

Kita minta Tuhan guide kita jadi orang yang lebih baik. Kita akan buat kesilapan. Manusia. Dia cakap tula, masalah yang jadi salah manusia… Contohnya pencemaran alam.

Dia non muslim, orang malaysia… Bukan dari negara luar… Benda ni mengingatkan saya supaya jaga imej islam.

Ya, saya tak warak, tak alim. Susah untuk istiqamah pakai tudung tutup dada. Tapi itu cabaran yang perlu kita tempuh.

Impian saya nak sambung belajar di USA…. Saya selalu fikir saya kena tunjukkan contoh baik supaya Islam tak dibenci.

Bila kawan saya yang non muslim tanya soalan macam tu, saya teringat. Bukan di negara barat je… Dekat malaysia ni pun kita kena tunjukkan contoh yang baik kepada non muslim.

Inilah hikmah peristiwa yang berlaku di Palestin. Ramai yang mengkaji Islam. Islam is beautiful.

Saya ada sembang dengan kawan2 online saya pasal ni…. Baru saya tahu, rupanya memberi zuriat pun bukan tanggungjawab isteri. Sebab yang boleh bagi tu hanya Allah.

Tapi, ramai salah faham. Ada yang niat sebenar nak anak sebab tak nak orang tanya.

Saya belum kahwin lagi.. Pernah merasa jaga adik masa saya sekolah menengah dulu. Memang susah. Anak bukan rezeki je, tapi tanggungjawab.

Kawan online saya cakap, takde anak pun rezeki jugak. Sekurang-kurangnya kurang amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kalau kita renung-renungkan, Islam ni cantik. Agama ni sempurna. Memang tenteram dan aman jika kita faham betul2. Macam pasal zuriat dan memasak. Sama juga dengan bab-bab lain.

Apapun, peristiwa ni mengingatkan saya supaya cuba menjadi muslimah yang baik dan sentiasa jaga imej agama. Susah, tapi cuba.

Teringin jugak nak jadi seperti Saidatina Asma’ binti Abu Bakar. Lemah lembut tetapi ada masa berani ala-ala komando.

– Najma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *