Hikmah Yang Ditunggukan

Nama saya Snakes. Berusia 20-an dan baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira 5 bulan yang lalu.

Saya cuma ingin meminta pendapat dan semangat dari warga IIUM Confession yang pernah mengalami nasib seperti saya.

Suami saya gemar bermain jud! online. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?

Perkara ini sudah saya ketahui sejak kami bercinta, saya dah berhasrat untuk tinggalkan dia sebelum berkahwin, tetapi dia berjanji untuk meninggalkan semua itu setelah bernikah. Tetapi janji hanya tinggal janji.

Saya akui silap saya kerana tidak bertegas tentang hal itu.

Sebelum kami berkahwin, saya sering berdoa andai dia boleh berubah dan kami memang berjodoh moga urusan pernikahan kami berjalan lancar.

Jadi saya tak pasti hikmah apa yang Allah sedang siapkan untuk saya.

Adakah ini satu ujian untuk saya menjadi isteri yang sabar dan taat?

Buat masa sekarang saya hanya mampu berdoa agar Allah lembutkan hati suami saya untuk berubah dan tinggalkan semua game online tersebut.

Saya cuma boleh luah di sini kerana pasti orang tidak mengenali saya.

Saya tak mampu untuk berkongsi dengan keluarga kerana fikirkan aib suami.

Di mata keluarga dia memang suami yang baik kerana sering mengimamkan solat jemaah dan sering membantu buat kerja rumah.

Cuma dia hanya ketagih kepada jud! online. Dia akan bermain 2/3 kali dalam seminggu.

– Snakes (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *