Assalamualaikum. This confession aku nak share untuk writer Mental Koyak-Diana. Terima kasih admin kalau siarkan.
Aku pernah beberapa kali confess dekat sini dan semuanya admin siarkan. Aku pernah share something positive macam nasihat camtu sebab masa tu aku tengah down dan aku nak pulihkan semangat aku. Aku juga pernah share direct je masalah aku dan ramai bagi kata-kata semangat. Yang negatif pun ada tapi aku maafkan je la. Tapi setiap confession lain-lain nama. Haha. Naik segan pulak kalau asyik naik nama sendiri.
To Diana, apa pun masalah yang awak tengah hadapi sekarang, jangan pernah lari daripada Allah. Allah nak dekat dengan awak tapi awak pulak lari dari Dia. Huhu. Pernah dengar tak, Allah letakkan kita dalam kesusahan sebab Allah nak kita dekat dengan Dia. Cliche. Selalu sangat dengar ayat ni kadang sampai jiwa kita pun tak rasa apa dah. Tapi yes mana ada Allah tu nak kejam dengan hambaNya. Kesusahan yang Dia beri tu, tak lain tak bukan Dia nak bagi kita seribu lagi kebaikan.
Kadang kita rasa Allah ni tak adil. Kenapa nak letakkan kita dalam suatu kesusahan tu. Sedangkan dah banyak kali kita minta jalan keluar. Tetap dia hadirkan lagi kesusahan yang lain. Sampailah satu masa bila kita penat, kita berpaling dari Allah. Semuanya tak make sense. Benda kecik pun kita akan besarkan. Mulalah masa ni hati akan cepat koyak dan iman akan teruji dengan attitude manusia, buat apa pun semua dah tak menjadi.
Aku pernah stress sangat, suatu malam tu lepas solat, masa berdoa tu aku jadi sangat-sangat emosi. Aku berdoa kepada Allah dalam keadaan marah. Sejadah yang menjadi saksi aku bersujud kepada Allah, aku renyukkan aku campak. Aku menangis gila-gila punya. Sampai bengkak mata. Esoknya aku kena handle explorace. Mata tak boleh celik pagi tu. Sembab. Kawan-kawan aku ingat aku tak cukup tidur. Anehnya aku tak nampak pun tang mana yang Allah tu kejam dengan aku. Aku rasa aku yang kejam dengan Allah. Aku serba salah. Allah tetap bagi aku senyum walaupun semalam tu aku mengamuk marahkan Dia.
Bila hubungan dengan Allah dah terjaga(even tak sepenuhnya), you need to find someone yang boleh mendengar. Tak semestinya someone tu yang kita kenal. Luahkan dekat stranger pun boleh. Aku tahu kadang kita rasa there is no point pun nak luahkan dekat manusia. Sebab takde siapa yang akan faham apa yang kita rasa. Tapi, cuba fikir dari side positif. Orang yang nak dengar luahan kita tu boleh jadi dia adalah perantara antara kita dan Allah. Allah hantar seseorang tu untuk meringankan beban yang kita rasa. Dan selebihnya, diri sendiri yang perlu settlekan. Jangan ingat bila kita luahkan dekat seseorang, masalah kita akan hilang. Orang lain cuma meringankan. Awak yang kena tolong diri awak sendiri.
Aku sebenarnya masih dalam beban yang sama. Dah dekat setahun juga aku menganggur. Setiap hari doa yang sama tak pernah berhenti. Malah semakin hari semakin panjang doa aku. Dulu aku pernah berkurung dalam bilik langsung tak cakap dengan sape pun. Dalam 2 hingga 3 bulan juga aku hidup dalam dunia aku seorang. Keluar dari rumah apatah lagi memang tak langsung la. Bangun tidur dalam keadaan lesu. Tak tahu nak buat apa. Pernah aku tidur je sepanjang hari sebab aku rasa bila bangun takde benda pun yang aku boleh buat jadi buat apa nak bangun kan. Rasa useless. Tak berbaloi hidup masa tu. Minta kerja semua tak dapat. Kawan or family call/mesej aku ignore. Aku tengok je fon aku tanpa perasaan.
Bayangkan jiran-jiran pun tak tahu aku ada dekat rumah. Bila terjumpa sebab kadang diorang terjah masuk je rumah terkejut aku ada, soalan diorang ‘Eh bila balik? Cuti sem ke?’. Haha masa ni lagilah aku down. Padahal dah lama dah aku graduate. Aku tak wujud. Aku rasa parents aku pun malu nak cakap pasal aku dekat kawan-kawan diorang. And masa ni juga aku ada krisis dengan parents aku. Aku tak tunaikan permintaan parents aku nak aku sambung belajar peringkat master. Aku rasa maybe tu juga balasan sebab apa aku tak dapat kerja lagi sampai sekarang. Aku hampakan parents aku.
Aku ada niat nak sambung master. Siapa yang taknak bahagiakan parents kan? Tapi aku tak tahu lagi passion aku ke arah apa. Memanglah orang cakap buat je apa-apa dulu nanti passion tu kita akan nampak. Tapi macam mana aku nak sambung master sedangkan aku tak tahu bidang apa yang aku nak pilih. Bidang ijazah aku dulu sangat tak berkembang dekat Malaysia. Matlamat aku nak cari passion aku dengan bekerja.
Ada hikmahnya kenapa confession Diana naik dekat timeline aku dan aku tergerak hati nak baca. Allah nak aku sentiasa bersangka baik denganNya. Aku baru je persoalkan masalah aku. Aku merantau ke bandar dalam keadaan aku jobless. Dah lah jobless lagi macam mana pulak nak bayar sewa rumah dan bil. Tapi aku masih boleh makan kenyang. Ada orang yang aku boleh mengadu. Ada parents yang mendoakan aku. Aku pun baru je selesai ambil lesen kereta. Aku gagal test jpj sekali dan kali kedua aku minta sungguh-sungguh dengan Allah aku nak lulus sebab taknak menyusahkan ayah aku dan alhamdulillah smooth je aku drive. Aku takde masalah cinta even crush tolak cinta aku tapi takpe you will be fine kerana kumbang bukan seekor. Lagipun matlamat aku bukan nak kejar cinta buat masa sekarang tapi nak cari passion aku. Dan nak buat parents aku happy macam dulu.
Esok aku nak berjalan cari kerja. Aku harap ada rezeki aku. Aku mengharap kerja berkaitan customer service je sekarang ni. Mohon doa dari semua.
Diana, you deserve a better life. Pulihkan semangat awak. Wake up. Selesaikan sikit-sikit apa yang terbeban di fikiran awak. You need to do something. Tengok video/drama/movie yang membina. Aku selalu tengok vlog Aida Azlin dekat youtube. Selalu tengok drama korea/cina/taiwan/english then aku akan semangat nak jadi macam heroin dalam drama tu. Ada character yang kita boleh jadikan contoh, macam semangat diorang nak capai matlamat or prinsip hidup.
Last, tak semestinya hidup kita ni akan sentiasa nampak hebat. Perjalanan hidup tak akan sentiasa lurus kadang-kadang ada simpang ada selekoh ada lopak. Setiap hari setiap nafas baru yang Allah beri tu adalah peluang untuk kita ubah dan perbaiki apa yang kurang semalam. Bukan Allah tak sayang. Bukan Allah tak adil. Cuma kita yang belum nampak hikmah yang masih tersembunyi tu.
Dah habis. Bye! Maaf panjang sangat membebel.
– S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit