Hilang

Bismillahirahmaniirahim

Aku tak happy dengan keadaan aku sekarang, dengan situasi aku sekarang. Orang selalu amik mudah dengan apa yang aku rasa sebab orang akan cakap “Ala takpee, lama-lama dia akan okay!”

Sebab tanggapan orang-orang sekeliling aku macam ni lah yang buat aku macam nie. “ya, aku akan okay!” but bila banyak benda dan perkara yang berlaku dan hampir semua orang cakap “Ala takpee, lama-lama dia akan okay!”, akhirnya aku sendiri yang makan diri

Dulu aku seorang yang sangat ceria. Aku sangat havoc dan happy go lucky. Semua orang suka nak berkawan dengan aku. Dan aku mengaku ramai cakap aku ni seorang yang baik. Aku selau ada dengan mereka bila mereka memerlukan aku. Aku selalu ada dengan mereka bila mereka perlukan teman berborak. Ya, itu aku. Masa tu aku hanya fikir “one day they will be there for me too”

But guess what? None of them are here with me when I’m down. Ya, sekarang ni aku tengah down sangat-sangat. Aku tak tahu sejak bila lagi tapi aku sedar yang lately ni aku asyik nak marah-marah, kurang sabar dan sedap-sedap je nak kutuk orang lain especially kalau tengah drive. Dalam masa yang sama, keyakinan diri aku jadi sangat rendah kalau nak dibandingkan dengan dulu, aku sangat yakin dengan diri sendiri tapi hari ni, tak. Aku dah jadi sangat-sangat pendiam, aku dah jarang dan malas nak bercakap. Sebab what’s the point you talked when there’s nobody to listen? Or worst no one want to understand?

Family aku. Aku ada ramai adik-beradik dan aku anak kedua sebab yang sulung dah meninggal. Aku selalu fikir yang dengan bagi ibubapa aku duit setiap kali lepas gaji, diorang akan gembira dan sayangkan aku lebih tapi sebenarnya. Aku selalu jadi mangsa keadaan bilamana ibubapa aku bergaduh atau tak puas hati. Aku sabar tapi lama-lama, aku jadi makan hati sebab bila aku ceritakan pada adik-beradik aku, seorang pun tak faham. Mereka akan cakap “kau ni mengarut je lah!” Semua adik-beradik aku akan fikir aku ni yang jahat dan anak kurang ajar. Bila aku cuba untuk mogok, mereka akan macam “jangan mengada-ngadalah!” atau ya, “Ala takpee, lama-lama dia akan okay!” Apa yang mampu aku buat? Orang amik mudah dengan apa yang aku rasa

Kawan-kawan. Di sebabkan dengan sifat aku yang ceria tue, aku memang ada ramai kawan sebab masa tu aku fikir “make many friends are you can ” Kawan-kawan dari sekolah, kawan-kawan dari U dan kawan-kawan dari tempat kerja. Memang ramai dan mostly aku masih contact dengan mereka melalui sosial media. Tapi bila aku dah besar ni, aku rasa macam mengarut je semua nie. Its better to have a small group of your friends who are high in quality then have a big circle of friends who ends up turns nothing. Bila susah, aku ditinggalkan. Bila senang, aku diperlukan.

Banyak sebenarnya peristiwa dengan kawan-kawan yang buat aku makan hati. Terlalu banyak. Bila aku cuba untuk bercakap, aku tak rasa siapa pun akan sudi mendengar dan memahami. Ada di antara mereka yang main-main dengan perasaan dan apa yang aku rasa. Bila aku bersuara tentang hal ni, mereka akan cakap “kau ni overthinkinglah!” Aku macam terdiam. Salah ke aku nak expresskan apa yang aku rasa? Salah ke aku nak cakap yang aku tak suka dan tak gemar? Habis tu, kalau aku tak happy, takkan aku nak duduk diam je? Bila aku mogok, mereka akan “Ala takpee, lama-lama dia akan okay!”

Lama-kelamaan, aku jadi pendiam lagi. Sebab aku rasa tak ada sape nak dengar aku cakap. Ibubapa aku macam makin jauh dengan aku, kawan-kawan pun ada tak ada je. Masa ni aku baru sedar, tak ada guna ramai kawan. Maka, aku akan buat apa? Diam dan diamkan diri. Malas nak bercakap. Sebab orang amik mudah tentang apa yang aku rasa.

Cinta. Aku pernah beberapa kali jatuh cinta dan couple tapi putus di tengah jalan. Silap aku sendiri, bila bercinta aku akan betul-betul sayang. Tapi bila hanya sebelah pihak sahaja yang begini, akhirnya akan terlerai juga. Sepanjang tempoh aku single, ada juga aku sukakan pada seseorang tapi macam aku cakap di awal tadi, aku dah hilang keyakinan diri sendiri. Aku pendam perasaan aku sahaja sampailah orang yang aku minat tu dah ada pengganti aku.

Kenapa pengganti? Sebab sebelum dia jumpa dengan pengganti aku, aku lah orang yang selalu teman dia ke mana sahaja. Aku lah orang yang selalu ada dengan dia bila dia susah. Aku lah yang selalu ada dan yang akan dia call kalau ada apa-apa sahaja. Kini, senyap. Dia dah bahagia dengan orang tu. Dengar katanya nak berkahwin dah dan ya, aku yang dulu ada dengan dia ketika susah dan senang, dia lupakan terus. Hilang terus dari radar. Sedih tapi aku sendiri tak tahu nak buat macam mana. Ini bukan pertama kali kerana dah banyak kali perkara yang sama berlaku cuma kali ini, aku rasa lebih elok aku undurkan diri. Part yang ni terlalu banyak peristiwa dan perkara yang terjadi antara aku dan dia, cuma aku malas nak ceritakan lebih terperinci sebab nanti jadi panjang.

Bila mana kau terlalu baik dengan orang, selalu bercakap “tak apa”, maka ini lah jadinya. Orang ambil mudah pasal kau, orang tak kisah apa yang kau rasa dan no one will care about you. Itulah aku. Jangan jadi macam aku. Sekarang ni, aku dah jadi pendiam, malas nak cakap banyak. Dari dulu aku seorang yang havoc, gila-gila dan happy go lucky, aku kini lebih seronok kalau seorang diri. Aku pernah karaoke seorang diri, tengok wayang seorang diri, main bowling seorang diri. Kadang-kadang aku akan drive kereta entah ke mana seorang diri, hanya untuk hilangkan serabut aku. Kadang-kadang aku pernah menangis dalam kereta seorang diri, dalam tandas apatah lagi. Kau akan rasa tak happy dengan keadaan kau sebab kau tahu ni sebenarnya bukan kau. Kau tak minta lebih pun dari orang. Hanya perhatian dan kasih sayang sahaja. Tapi sebab semua orang “Ala takpee, lama-lama dia akan okay!”, aku nak buat macam mana? Silap besar betul aku sebab dulu aku tunjukkan pada semua orang yang aku okay tapi sebenarnya tak

Dan sejak dua tiga minggu ni, aku banyak baca pasal depressed dan sakit mental. Aku tak tahu nak cakap atau mengaku tapi serba sedikit petanda tu ada dengan aku. Aku sedih sebab ini bukan diri aku. Aku sedih sebab aku tahu aku tak happy. Aku tak tahu nak buat macam mana. Tolong aku. Aku sangat keliru dan lost sangat ni. Tolonglah bagi nasihat. Aku tahu ni semua dugaan yang Allah swt bagi sebab Dia rindukan aku. Aku nak sangat balik pada Dia dan betulkan semuanya. Aku nak jadi diri aku yang dulu-dulu. Aku tahu aku salah. Aku hilang dalam dunia ni. Tolong aku.

– Annoy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit