Hilang

Assalamualaikum dan hai.

Kisah ini sekadar luahan. Moga menjadi iktibar. Nama yang digunakan semuanya “samaran’ .

Dalam masa saya dan suami membesarkan anak2, Yaya paling mencabar. Tiada yang tahu ‘struggle’ kami melainkan Allah swt.

Semuanya masih segar dalam ingatan. Tak pernah bercerita pada sesiapa. Anak2 yang lain … ada yang tahu, ada yang tidak. Kalau tahu pun, tidaklah secara detail.

Semasa tahun dua, Yaya bawa pulang kad laporan. Dapat nombor dua dalam kelas katanya.

Saya perhati betul2, ada kesan padam. Markah pun tak la hebat. Saya tekan2 tanya, akhirnya dia mengaku padam. Dari nombor 12 jadi 2. Saya tak rotan dia. Nasihat elok2 sahaja.

Sepanjang sekolah rendah, pencapaian Yaya sangat sederhana. Yaya kata nak duduk asrama. Abang dia kat SBP. Saya carikan sekolah agama berbayar. UPSR Yaya tidak cemerlang. Mana mungkin dapat SBP.

Setiap minggu kami lawat dia bawa makanan. Satu hari saya dipanggil pengetua.

Dia kata …’tolong keluarkan Yaya sebab dia bermasalah. Waktu kelas, dia suka ke tandas. Dia suka selongkar barang2 kawan. Dia ambil. Ada sekali tu, kantoi barang kawan ada dalam beg nak balik kampung Yaya’.

Luluh hati saya. Air mata mengalir deras. Pengetua kata, kalau Yaya dibuang sekolah nanti nama tak elok. Lebih baik kami yang keluarkan.

Lagi sekali Yaya dinasihati. Kononnya guna psikologi. Kami tak rotan dia. Tak siapa tahu cerita sebenar Yaya. Sedara mara tanya, kami kata dia tak minat dok asrama.

Di sekolah harian, Yaya masih bemasalah. Suka keluar kelas… alasan ke tandas. PK HEM sekolah Yaya cerita sendiri… dia tu sahabat saya.

Malunya hanya Allah yang tahu.

Satu hari Yaya tak balik rumah dari sekolah sesi petang. Kami bertanya kawan2 dia. Ada yang kata dia ikut kawan perempuan balik rumah.

Esok paginya baru kami mencari.

Puas masuk kampung. Akhirnya kami temui. Budak tu tinggal dengan nenek.

Dahla rumah tu uzur … kelambu pun masih bergantung seolah tak pernah dibukak. Baunya menusuk hidung. Kami bawa Yaya pulang. Dia janji tak buat lagi.

Semasa di tingkatan tiga, Yaya buat masalah baru. Dia ada boyfriend. Patutlah selalu keluar. Motor ayah dia jadi mangsa.

Pernah sekali Yaya tak balik. Berkeliling kampung lagi kami mencari. Adik Yaya kata mungkin dia tidor rumah kawan baik dia Nita. Kami ke rumah Nita dan ada motor di situ. Diam2, suami saya bawak motor tu balik.

Esoknya Nita hantar Yaya pulang. Tanpa rasa bersalah, Yaya terus masuk bilik. Puas nasihat. Yaya janji tak buat lagi.

Bab tinggalkan rumah ni usah cerita. Berkali2 … tetapi kami tak pernah repot polis. Sebab kami tahu Yaya akan bermalam di rumah Nita.

Ibu bapa Nita pun dah anggap Yaya macam anak mereka.

Semasa tingkatan lima, suami saya ditukarkan ke KL. Pertukaran saya juga diuruskan. Kami fikir bila Yaya berjauhan dengan BF, masalah akan selesai.

Rupanya tidak. HP kami dua2 guna prepaid, baru top up dua hari dah habis. Yaya punya kerja. HP dia jangan ceritalah. Duit dalam wallet selalu hilang.. tak banyak, dalam sepuluh atau dua puluh. Mungkin dia beli prepaid.

Yaya tukar sekolah berhampiran rumah, nak ambil SPM. Belum sempat SPM, dia hilang lagi. Kami tahu dia ke rumah Nita naik bas. Nak jumpa BF yang tinggal dekat rumah Nita.

Kami hanya mampu berdoa tak kira siang malam. Bangun tengah malam berdoa sambil menangis. Anak2 yang lain hanya tahu yang Yaya ke rumah Nita.

Sebulan kemudian, ibu Nita telefon. Dia suruh kami datang ambil Yaya. Diorang pun bimbang sebab Yaya suka keluar dengan BF.

Bertolak lah kami ke utara. Cari hotel untuk tinggalkan anak2 lain. Kami terus kerumah BF. Ibu BF bagi tahu yang BF baru dapat kerja di KL tinggal rumah abang dia.

Lagilah saya bimbang. Bila kami bercerita tentang Yaya yang sanggup naik bas ke rumah Nita, ibu BF terkejut. Ayah BF janji akan panggil dia pulang ke kampung.

Kemudiannya kami terus ke rumah Nita, ambil Yaya. Esoknya kami pulang semula ke KL.

Yaya tak ambil SPM. Dia kata nak kerja kedai makan di Puchong. Saya izinkan. Kalau tak bagi pun dia pergi juga. Kami hantar dia ke rumah sewa. Tokey kedai yang sewakan.

Tak lama lepas tu, Yaya kenalkan Din kepada saya. Suami saya tak ada rumah masa tu. Saya pesan kat Din… ‘kawan elok2. Jaga nama baik keluarga’. Dia angguk.

Sebenarnya Din tinggal di belakang rumah kami. Menyewa dengan kawan2 sekerja.

Beberapa bulan kemudian, Yaya hilang lagi. Kami dapat tahu Din dah bertukar ikut company ke negeri A. Yaya pulak kerja di kedai makan di kilang. Mungkin nak dekat dengan Din.

Kami tahu pergerakan Yaya tapi tak bagi tahu dia. Doa kami yang tak pernah putus, barangkali. Jadi kemana pun Yaya pergi, akan ada orang yang bagi tahu. Kami serahkan segalanya kepada Allah.

Tiga bulan kemudian, Yaya pulang bersama Din. Kata Din, Yaya nak duduk dengan kami dan tidak akan menghilang lagi.

Kami terima Yaya. Maafkan dia.

Tak lama kemudian, Yaya menghilang lagi. Ada orang bagi tahu dia masih di KL. Kami dua2 kerja. Sibuk dengan urusan rumahtangga.

Sekali lagi kami serah pada Allah. Tangisan kami hanya Allah yang tahu. Di sepertiga malam kami merintih lagi.

Bila cuti sekolah, kami pulang ke kampung jenguk abah. Satu malam saya dapat panggilan dari Man. Entah siapalah pulak… Dia kata Yaya pengsan di gerai makan. Mujur dia ada.

Man bawa Yaya ke klinik. Dia cuma letih sangat. Saya minta Man hantar Yaya balik rumah esoknya sebab kami akan pulang ke KL.

Kami boleh terima Man kalau dia betul2 nak halalkan Yaya walau pun hanya pekerja bengkel kereta.

Tahun yang sama kami dapat panggilan haji. Anak2 lain kami boleh uruskan… Yaya bagaimana?

Kami pun cadangkan supaya Yaya mohon kerja di taska yang sediakan tempat tinggal. Dua bulan pertama semuanya berjalan baik. Yaya suka budak2. Lagi pun masih di KL juga.

Beberapa minggu sebelum berangkat ke Mekah, tuan punya taska telefon. Katanya bill telefon Yaya mencecah RM800.

Macam mana dia tahu… cikgu2 taska boleh guna telefon talian tetap dengan syarat catat setiap nombor yang dipanggil. Dari situ boleh la semak bila bill sampai.

Kalau Yaya tak bayar, dia nak repot polis. Malas nak serabutkan fikiran, sayalah bayar. Yaya masih boleh terus kerja. Hal tersebut tidak berulang sebab kami bagi amaran betul2 kali ini.

Agak2 siapa yang Yaya selalu telefon tu… bukan Man yer tapi Zul yang katanya teman lelaki dia.

Dipendekkan cerita, Yaya berhenti kerja sebaik kami balik dari Mekah. Saya suruh dia duduk rumah sahaja. Dua tahun berlalu bila satu hari kami diperkenalkan dengan Zul.

Bekerja dengan company biasa… kata orang kerja kasar. Alhamdulillah jodoh Yaya sampai. Kami menerima Zul setelah mengenali keluarganya yang tinggal jauh.

Kami tak letak hantaran tetapi keluarga Zul bagi 5k. Semuanya terus masuk akaun Yaya untuk dia mulakan hidup baru.

Untuk kenduri kahwin, suami saya bayarkan catering dan khemah. Saya bayarkan baju pengantin, pelamin, goodies dan barang2 hantaran.

Yaya hanya siapkan diri.

Dapat duit salam kaut pun saya bagi Yaya separuh dan Zul separuh. Pada saya, jodoh mereka dah sampai pun saya bersyukur sangat.

Kami juga bawa Yaya dan Zul honeymoon ke luar negara. Sebenarnya rutin kami travel ke luar negara tiap tahun. Ada rezeki lebih, dapatlah travel dua kali setahun.

Lepas kawin, Yaya duduk rumah sewa. Kami belikan kereta buat Yaya. Zul cuma ada motor sahaja. Saya bayarkan downpayment dan bulanan Zul bayar.

Lagi pun dua anak yang lain, kami belikan kereta sewaktu mereka di tahun akhir. Apa salahnya kami bantu Yaya juga.

Kehidupan Yaya ada pasang surutnya. Bila ada masalah kewangan, saya masih membantunya. Kami lupakan kisah2 lama.

Yaya berniaga kecil2an. Cukup untuk membantu keluarga kecilnya. Alhamdulillah berkat doa kami yang tak pernah putus, kehidupan Yaya semakin baik dan bahagia. Mampu beli sebuah lagi kereta.

Baru2 ini, Yaya HILANG lagi. Bukan Yaya pergi mana2 pun. Dia masih bahagia dengan keluarga dia. Cuma dia kata tak nak balik jumpa kami lagi. Ada “sebab” katanya …

Kami tak mahu tahu walau apa pun sebabnya. Simpan lah Yaya. Kami dah redho segalanya. Siapalah kami untuk menidakkan takdir..

Tak apalah Yaya, jika itu yang terbaik. Mungkin kali ini kami perlu lepaskan Yaya. Dia pun dah empat series… dah cukup dewasa untuk buat keputusan.

Kalau dulu Yaya hilang, kami susah hati. Makannya apa… tidurnya di mana… selamatkah dia… dan macam2 lagi jenis kerisauan yang berserabut di kepala. Kini, tidak lagi.

Sebenarnya adalah salah faham Yaya dengan adik2.. mungkin juga dengan kami.

Entahlah…. kami pun tak faham punca sebenar. Dari status2 whatsapp, Yaya kecil hati dan tuduh kami pilih kasih. Kami lebihkan adik2 dia katanya.

Rasanya ada sessi kata mengata di media sosial. Saya tak tahu sangat sebab saya tak ada akaun media sosial. FB pun suami yang punya. Haha…

Yaya tak pernah sedar… kalau kami pilih kasih, sebenarnya Yaya lah yang TERPILIH bukan anak2 lain.

Saat ini, kami rasa cukuplah tugas mendidik Yaya. Namun sebagai ibu bapa, kami masih terus mendoakan kebahagiaan Yaya sekeluarga.

Yaya dah ada anak2, suami dan bisness sendiri.

Begitu juga kami. Pencen bulanan lebih 9k, simpanan pula lebih 300k, kami tak perlukan duit Yaya.

Yang kami perlukan hanyalah Allah … moga Dia berikan rezeki sihat supaya kami boleh teruskan minat untuk menjelajah dunia. Setakat ini sudah 42 buah negara yang kami jejaki.

Ada satu doa yang baru saya dapat dari ustazah J….

“Ya Allah, permudahkanlah urusan hari tua kami. Permudahkan lah urusan kematian kami supaya kami tidak menyusahkan sesiapa nanti.

Supaya tiada orang yang merasa benci atau jemu menjaga kami. Perkenankanlah Ya Allah doa2 kami. Aamiin 3x YRA”.

Sejak itu, doa ini menjadi amalan selepas solat.

Ustazah Dr Nik Salida dalam rancangan TMJ yang saya dengar baru2 ini ada berkata :

“ADIL itu tidak bermakna memberi SAMA rata tetapi memberi BETUL pada tempatnya”…. dan itulah yang kami lakukan.

Dr Redza pula ada menulis di FB nya….

“Ibu2… berhentilah mengkritik diri sendiri dengan mengakui diri itu gagal. Cukuplah jika ibu sudah buat macam2 untuk keluarga. Sudah menjaga semuanya dengan baik sehingga terlupa untuk menjaga orang yang paling penting iaitu diri sendiri”

Kata2 tersebut membuatkan hati saya kembali tenang dan bersemangat. Terus kami serbu showroom… cari latest model. Hah gittuuuu….

Salam ramadhan.

Ikhlas dari :

– IbuYaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit