Kenapa setiap kali ada perkara buruk terjadi, aku akan salahkan diri aku?
Contohnya. Anak aku gaduh dengan anak jiran. Walau aku dah larang tapi anakku tak mahu ikut.
Kesudahannya? Gaduh. Dan aku akan salahkan diri aku. Kenapa aku tak buat begitu. Kenapa aku tak buat begini.
Kenapa aku yang perlu cukupkan keperluan keluarga? Sedangkan aku seorang wanita. Apa apa expenses keluarga, aku yang perah otak fikir bagaimana nak bayar segala payment on time.
Husband? Dia relax ja. Tak kisah. Online bank pun tak reti guna. Grab, foodpanda, apa apa online apps mana dia reti guna.
Kenapa aku yang kena always fikir, anak anak perlu hiburan. Anak anak perlu leisure time. Jadi mari bercuti. Kenapa always aku? Kenapa juga always aku yang akan kena keluar duit? Sedangkan aku isteri.
Kenapa bila anak aku disahkan autism, orang salahkan aku? Masa mengandung tak makan berkhasiat.
Family kami takda yang ada autism, mesti dari belah isteri. Mesti mak tak bagi anak makan berkhasiat. Mesti mak tak bagi perhatian pada anak.
Kenapa aku juga harus kerja ubtuk cukupkan keperluan keluarga? Kenapa aku kena buat part time business untuk cukupkan segala expenses yang kurang?
Kenapa aku yang kena perah otak bila duit gaji tak cukup untuk bayar expenses bulanan?
Kenapa aku yang kena fikir, saving masa depan anak anak? Kenapa tak ketua keluarga? Sepatutnya dia provider of the family kan?
Kenapa aku yang kena fikir segala rawatan anak? Kenapa tak bagi aku seorang suami yang fungsinya tolong sama2 berfikir?
Kenapa diberi aku suami yang “ok if you think that treatment is the best, i follow, but u pay first, ive no money, lari budget”.
Kenapa dsri kecil, aku bukan fav mana mana orang? Baik mak ayah saudara mara. Kenapa kakak abang adik perempuan aku selalu ditaja oleh pakcik makcik atuk nenek?
Kenapa dari kecik, duit raya aku mesti kurang dsri kakak abang dan adik perempuan? Kata yang kecik dapat banyak, yang tua dapat sikit.
Tapi dekat adik beradik aku tak diapplykan konsep tu?
Kenapa aku lahir sebagai perempuan? Sedangkan Kau tau ayah aku nak anak lelaki lagi?
Kenapa bagi aku rasa jadi anak kesayangan lepas tu dipinggirkan sampai hubungan aku dan adik tak baik langsung sampai sekarang?
Kenapa adik beradik aku cantik handsome. Kenapa aku gelap menjijikan?
Kenapa setelah segala pengorbanan aku telah semua takdir aku ni.
Aku diberi sakit kritikal yang memerlukan aku duduk di hospital setiap bulan untuk jangka masa waktu yang lama? Dan juga terpaksa hadap segala rawatan yang menyakitkan?
Kalau korang ingat aku menyalahkan orang sekeliling, silap. Aku sebenarnya menyalahkan takdir.
Apa guna aku solat 5 waktu, apa guna aku bersedekah. Apa guna aku hadap hidup yang menyakitkan ni. In the end tak ada apa yang aku dapat?
Apa susah sangat jadi orang Islam. Mati kena seksa kubur. Mati masuk neraka. Nak masuk syurga? Entah dapat ke tidak. Tapi hidup?
Diseksa sebegini rupa.
Di saat sekarang. Kalau diberi pilihan duit atau bahagia. Aku akan pilih duit. Dengan duit aku boleh rawat penyakit aku segera. Dengan duit aku boleh cari rawatan anak yang berkesan.
Dengan duit aku boleh cukupkan keperluan anak. Dengan duit aku boleh cari pembantu yang boleh bantu aku jaga anak. Dengan duit aku boleh bayar guru ajar anak.
Mak tak guna? Nak harap orang lain buatkan semua? Aku buat dah semua tu. Tapi apa aku dapat? Sakit kritikal.
Duit makin surut. Sakit pun kena kerja. Anak terabai sebab kena masuk hospital kerap. Husband tak berfungsi as ketua keluarga.
Apa guna lagi aku jadi orang Islam.. Orang kafir pun kaya jugak.. kawan aku tak solat. Elok je bahagia..
Tolong. Aku perlukan bantuan.. aku taknak mati dalam keadaan kecewa. Aku lahir Islam. Kenapa Allah bagi aku “sakit” macam ni? Aku dah tak ada rasa.
– Kucing (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit