Hilang Arah

Assalamu’alaikum, aku guna nama samaran je.. Gematria.. sebab aku layan slipknot, hahaha.

Ok sebelum aku nak kongsi apa aku rasa sekarang… biar aku bagi intro supaya nanti korang tak la tertanya-tanya kenapa aku jadi macam ni.

Aku asal Johor, ada 5 adik beradik.. adik bongsu dah meninggal. Tinggal 4 orang. Aku anak ke-3. Aku dibesarkan dalam keluarga yang abang sulong ada masalah pergaulan pada zaman remaja.

Maksud masalah pergaulan ni dia silap berkawan la senang citer.

Disebabkan masalah ni, aku jadi tempat untuk dilepaskan geram, tak kira la samada memang salah aku ataupun tidak.

Lagi satu badan aku ni tak kuat sangat masa kecik-kecik dulu. Ada je masalah contohnya alergi.

Nak diceritakan punya kerap aku ni jadi tempat dilepaskan geram… masa tu sekolah rendah… pernah terfikir nak lari dari rumah.. nak t1kam diri pun ada… sebab bila aku stress, sakit hati, marah..

Takde tempat aku nak luahkan sebab parents aku nk kena hadap abang sulong aku yang selalu buat masalah masa zaman remaja dia.

Dia pernah follow skinhead, bertindik kat telinga, senang citer ni zaman darah muda dia la…

Ini sampaikan kalau abang aku mengamuk.. parents aku mampu diam je.. masa sekolah rendah dulu pun aku pernah kena tumbuk hanya disebabkan aku tengok koleksi kaset dia je..

Bila benda berlarutan, sampai ke zaman remaja dan dewasa, aku ada masalah untuk meluahkan perasaan.. ada masa jadi panas baran tak tentu pasal… mudah hilang fokus…

Kalau fokus tu terlalu fokus sampai tak hirau keadaan sekeliling…ada masalah kat sekolah biasanya aku simpan sorang je…

Aku sambung diploma kat UITM Arau.. dan masa sem 2.. aku dapat result yang teruk masa tu… GPA 1.92 je.. aku bagitau parents, tapi tak de apa2 respon… marah pun tak.. sedih pun takde…

Mungkin sebab dah biasa hadap abang aku yang slalu buat masalah.. so aku hadap je lah sorang-sorang… sambung degree pun Alhamdulillah result jauh lagi baik.. dapat CGPA 3.48…. 3 kali dapat Dean’s List.

Bila masuk zaman kerja ni pun ada masalah yang aku sendiri timbulkan.. ye lah.. kalau dah aku dibesarkan macam tu.. self esteem tu memang kurang… tak sensitif dengan perasaan orang pun ye….

Bab selalu hilang fokus ni pun slalu jugak… pastu dengan selalu cakap sorang-sorang… termasuk time mandi atau buang air..

Dan banyak la dosa dan aib aku dah buat masa tu yang aku simpan je sorang-sorang (sebab aku dah bertaubat tak nak buat dah)..

Pernah kena scam 2, 3 kali (lebih kurang macam love scam la macam tu)… belum lagi masalah dengan bos…. banyak masalah sebenarnya…

Pastu aku kahwin dengan kawan sekelas aku.. takde bercinta dulu pun.. terus direct je tanya sudi ke tak..

Dan lepas aku kawen, perangai aku yang masih tak hilang sampai sekarang iaitu selalu hilang fokus, kadang2 cepat sentap, kurang sensitif dan perasaan orang termasuk wife aku…

Self confidence pun kurang… cakap sorang2 tu pun masih ada…. apa aku buat macam beli apa2 untuk diri sendiri pun tak gitau wife… duit tinggal sikit pun aku diam tak bagitau..

Benda2 macam ni masih berlaku.. seolah-olah aku macam ada masalah trust pun ya jugak ni..

Aku terfikir… aku ada masalah mental ke? Perlu ke aku buat ujian psikiatri ni?

Aku buntu, hilang arah, sedih dan marah dengan diri sendiri pun ada.. macam2 perasaan sekarang… aku ingat bila dah kawen ni boleh jadi lagi baik.. tapi macam sama je..

Aku selalu kena marah sebab tak jadi suami yang baik.. aku ada jugak tolong2 hal rumah.. bukan tak buat langsung…

Lagi satu aku ni susah nak marah luahkan perasaan, payah nak berterus terang termasuk bila ada benda yang aku tak suka wife aku buat…

Tapi kalau aku yang buat salah… wife aku terus marah je takde simpan-simpan… sampai menangis pun ada…

Aku jadi serba salah, pastu tak tau nak pujuk macam mana.. banyak diam… kalau dia marah semahu-mahunya pun nampak macam aku takde perasaan… tapi dalam hati ni macam2 rasa ada…

So korang.. apa aku perlu buat sekarang? Aku sayang wife dan anak-anak…

– Gematria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *