Assalamualaikum, aku seorang wanita berumur 20an. Berlatar belakangkan keluarga broken.
Aku cuba bangkit hidup sendiri.. Dan dengan rezeki kerja yang mampu sara hidup aku sendiri, aku berjaya memilik kereta sendiri.
Sehinggalah 10 tahun lepas aku kenal dengan seorang lelaki ni.
Pengenalan kami biasa saja macam orang lain, dia baik boleh menerima background family aku seadanya.
Dia siap bagi hope dekat aku iaitu, in future akan bina keluarga yang sayang menyayangi antara satu sama lain dengan aku.
Sehinggalah tahun lepas, kami telah berkahwin.
Seminggu sebelum berkahwin aku telah terjumpa laman web lucah yang dia tengok di telefonnya. Dia berjanji akan berubah.
Punca aku tekad untuk terima dia, yelah persiapan pun dah buat. Hari penting lagi seminggu je.
5 bulan selepas berkahwin lagi sekali aku terjumpa video lucah yang dia tengok di telefonnya. Alasan yang dia bagi adalah sebab kami pjj.
Yes kami pjj selepas kahwin. So dia merayu minta maaf, berjanji dan bersumpah akan berubah tinggalkan semua tu. Sama, aku masih memaafkan dan menerima.
Baru baru ni, aku terjumpa lagi video lucah dalam telefonnya.
Untuk pengetahuan korang, kami dalam process untuk tinggal sekali sekarang. Rumah dah ada cuma aku masih terikat bekerja jadi bulan depan baru aku pindah stay sekali. Tapi setiap weekend aku akan jumpa dia.
Lepas kejadian baru baru ni aku jadi hilang arah, hilang hope semua tu. Dia satu satunya orang yang bagi aku hope untuk teruskan hidup supaya akan ada future family yang jauh lebih baik dari sebelum ni.
Tapi kalau dia macam ni, aku sendiri tak tahu apa patut aku buat. Dia bertanggungjawab, nafkah, rajin solat dan baik perwatakannya. Cuma alasan dia bagi layan video tu sebab aku jauh.
Kali ketiga kantoi ni dia just minta maaf. Aku as wife tak tahu apa patut aku buat.
Aku nak proceed hubungan ni sebab aku sayang tapi aku sendiri takut untuk berdepan dengan dugaan akan datang.
Boleh bagi pendapat tak kalau korang dekat tempat aku apa korang akan buat? Sebab aku dah buntu dah hilang arah.
Makin aku diam, aku tak tenang. Aku rasa macam nak lari hilang dari dunia ni.
– ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pasal tu dalam islam dah larang jaga pandangan.
Tak perlu nak sewa tape atau cd apa bagai
Semua sekarang di hujung jari ja
Jaga solat
Puasa
Tapi bab ni duduk sorang2 tetap kalah dgn bisikan syaitan
Tak rasa bersalah ka
Tak rasa berdosa ka
Sampai dah jadi perkara biasa
Tapi nak kita hormat dan percaya kat depa???
Layan porn
Sampai mati agaknya!
Suami awak sayangkan awak cuma dia ketagihan tu. Kadang dia x nak jadi gatal, tapi dia ketagihan . Teori ketagihan ni banyak. Kalau suami awak ikhlas minta maaf, saya rasa eloklah awak bantu dia hadapi masalah dia.
Ouh ya lagi satu kalau di rumah, jangan lupa berhias ya. Sebab kalau dia tgk perempuan di luar atau di fon lawa, dia akan lebih tertarik
Bantu dia sis bagi hilang rasa ketagih. Setiap hari sis kena kerap kacau suami, call, video call, ws setiap masa sampai dia tak ada langsung masa terluang. Bagi dia buat hobi yg dia suka, ajak dia workout ke main game ke apa saja la.
Bila dh duduk bersama lagi mudah nak kacau…byk benda boleh buat sama2😉
Fhm sgt perasaan sis bila terkantoi tu rasa kecewa sgt. Mungkin suami tu pun tgh struggle byk dugaan kt luar, lagi2 bila jauh ngn isteri.
Bykkan berdoa sis semoga Allah jaga dia, jaga hubungan kalian.
Yang ramai2 buat emoji gelak ni mesti geng2 lelaki layan porn. Korang beria suruh perempuan tutup aurat bagai, tapi dalam phone penuh gambar/video perempuan xde baju. Munafik.