Hilang Mood Raya

Salam Ramadan semua. Confession sekadar nak meluah ringan sahaja. Aku paling suka ramadan sebab aku boleh jaga potion makan tapi aku seram bila fikir raya.

Aku seram raya sebab duit raya anak2 buah aku kena bagi RM50 seorang x 10 anak buah. Bukan nak berkira tapi gaji pun cukup2 makan.

Duit raya RM50 ni macam tradisi family kecil aku sebab masa aku kecil, kakak sulong aku berjaya kerja hebat. Dia yang start duit raya RM50 ni. Jadi, menurun ke anak2 buah dan aku yang bongsu ni.

Semua kakak2 aku dah kahwin dan ada anak2. Aku sorang je single.

Biasa la orang single ni dianggap tiada komitmen, makan pun makan pasir je, baju pula kutip di pokok, minum guna air sungai, bil2 rumah bayar pakai daun dan sebagainya.

Pernah sekali tahun tu, aku bagi RM10 duit raya kepada anak2 buah aku, sampai raya seterusnya aku kena sindir dan bahan.

Tiap kali aku beli baju, beli makanan, beli kasut kerja, beli bra, beli spender, servis kereta, etc kena ungkit pasal duit raya anak2 buah aku.

Tak habis tu, mereka mengungkit zaman kecil2 aku pernah dapat duit raya RM50 dari mereka (sebab mereka lagi tua dan jarak umur 20-25 tahun dengan aku).

Kakak2 aku ni duduk negeri lain2 semua.

Tiap kali aku beli apa2 kakak2 akan tahu sebab aku duduk dengan mak aku. Mak aku la yang tukang cerita.

Aku bukan tak halang, aku cuba tapi mak aku sekarang dalam keadaan kadang2 nazak. Sakit. Kadang2 ok balik. Lepastu sakit balik.

Doktor cakap sakit tua dan ada nyanyuk sikit. Aku pesan jangan cerita semua benda kat kakak2, esoknya kakak call mak dah lupa apa aku pesan.

Mereka ingat aku duduk rumah mak ni free2 je kot.

Aku yang bayar bill astro mak (mak berkeras nak astro), bil internet rumah, bil air, bil api, cukai rumah, baiki sinki sumbat, beli itu ini. Makanan basah / kering pun semua aku tanggung.

Aku tak berkira pun dengan mak aku, cuma aku sedih bila bab duit raya tu jadi bahan sindiran.

Padahal, setiap kali aku bayar apa2 bil rumah, aku letak dalam group family sebab tak nak bagi resit hilang dan senang cari.

Tapi semua kakak2 aku buat buta dan masih anggap aku single dan tiada komitmen.

Ada juga yang kata kalau single pun takde duit, apatah lagi yg berkahwin ni. So? Bukan tugas aku nak bagi duit raya lebih2 kat anak kau sebab kau tak cukup duit?

Aku tak pernah minta pun duit raya RM50 masa aku kecil2. Mereka yang nak bagi dengan rela sambil bermegah kerja elok. Aku tumpang gembira sahaja zaman tu.

Mungkin ni raya terakhir aku kot dengan keluarga ni. Mak aku nampak nazak dah sikit (maaf mak). Lps mak dah takde, aku nak keluar dari rumah ni dan tak nak dah jumpa kakak2 dan keluarga mereka lagi.

Aku ni jenis terasa gila kalau kena bahan dengan keluarga sebab aku sayang mereka. Dan bab mengungkit duit raya aku zaman kecil2 dulu pun aku terasa sakit sangat.

Aku tak kisah orang luar cakap apa, tapi bila keluarga sendiri bahan aku, aku sakit sangat2 dan tak mampu nak lawan pun.

Hmmm. Hilang mood raya dan aku harap ramadan kali ni panjang sikit…

– Dira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. buat bodoh je sis, rm10 tu actually bnyak dh sisdgn ekonomi sekarang yg keras. lepas ni kalau kene sindir sis reply je “nasib la aku nk bagi”. yg kene teruskan kehidupan lepas ni sis jugak bukan kakak2 sis. yg nk kene hadap susah hidup sis jugak, jgn peduli dan fokus balik raya utk sambut dgn mak sis je. aku tkleh la yg jenis tk bersyukur ni lg family sndri mmg direct je aku sound.

  2. Sepatutnya bil-bil rumah dan makan minum awak n mak minta tolongla dgn adik beradik yg lain, sbb awk jaga mak diorang jugak.. pasal duit raya tu, bagila ‘seikhlas hati’ dan semampu awk.. terangkn kpd mrk yang awak juga bnyak “commitments” dan perlu fikirkn tentang diri awk juga, kata jer yg awk perlu mnyimpan dt utk kawen nt, w/pon perkara tu belom tentu lagi, jgn samakn diri mrk dgn awk, mse dlu mrk mngkin bgi kpd awk seorang sbb yg plg kecil mse tu, skrg kna bgi kpd ank2 sedara yg mngkin ramai jugak bilangan nya.., bila awk dah ‘bersuara’, mngkin diorang akn ‘bukak mata’, krn selama ni awk ‘diam’ dan akur shj.. wallahu a’lam

  3. Saya paling tak suka orang duk sindir dan tetapkan nilai duit raya. kena ikut kemampuan la. dah macam wajib pula kena bagi. siapa la yang mulakan tradisi mengarut ni

  4. sekarang ada sampul raya yang tulis macam macam tu.

    kau buat yang tulis, ucu pokai, maaf cuma RM10. Lagi Rm40 mintak bapak masing²

  5. Cakap je kat dorang, korang bagi rm50 kat aku sorang, ak rm50 kt anak2 korang berapa ramai 10 orang. Skrang ekonomi meruncing dan ak yg bayar bil2 dalam rumah ni, so duit raya anak2 buah kena kurang. Nk complain silakan, bulan2 sila bayar duit makan, bil rumah jugak. Buat pekak je sis. Sis jgn terasa hati sgt, nanti lg tenang. Biar je dia mgata.

    • seronoknya mem’bodo’ kan orang.. member tu tengah serabut duit takcukup, nak mengadu, ko pergi bodo kan dia. bulan2 puasa ni bawa la istighfar sikit.

      dah kalau gaji 2k pun.. 500 sewa, 500 kereta, 500 beli brg dapur, bil api bil air (belum tentu cukup 500), lagi 500 lebih nak buat bagi duit raya semua? tu baru anak anak buah dia. nenek dia macam mana? mak dia takkan takdapat duit raya sama banyak dengan cucu? taktahu la mana otak yang fikir semuaorang gaji 10k macam dia. dia gaji 10k pun merungut gaji takcukup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *