Hilang Sebelum Kehilangan

Hai semua, Assalamualaikum. Aku Kismis, umur 30 an, seorang isteri dan dah ada kerjaya sendiri. Lama aku nak cerita kat sini, banyak kali tulis lepas tu aku padam. Harini baru aku ada kekuatan sikit.

Aku dah kahwin dengan suami aku, Gajus lebih 5 tahun dah. Gajus ni crush aku dulu, tapi tak pernah aku bagitahu dia. Tup2 berkahwinlah kami selepas dia ajak. Tak bercinta mana pun. Ngam2 bertunang sebelum dia posting ke negeri di Borneo. Berkahwin pulak 6 bulan selepas tu.

Kami bahagia jer, bahagia sangat. Gajus tak culas segala galanya. Kami PJJ kadang2 jer, sebab kerja aku flexible jadi aku boleh ke negeri dia 2 minggu dalam masa sebulan macam tu. Kiranya 2 minggu negeri dia, 2 minggu tu aku tinggal sorang di rumah aku kat Semenanjung. Aku tak boleh pindah Borneo terus atas tuntutan kerja.

Sebelum tidur kami borak2, kalau PJJ sleep call tu biasa. Semua benda aku cerita kat dia, dia pun semua benda cerita kat aku. Sampaikan gosip2 kat tempat dia mengajar semua aku tahu. Happy kan. Sampailah satu masa tu Gajus cerita ada seorang guru wanita baru posting di sekolah dia.

Btw, sekolah dorang ni boleh dikatakan pedalaman juga, kawasan pantai. Murid tak ramai sebab keluar masuk. Aku suka ikut Gajus pergi sekolah dia dan jumpa anak murid dia, kadang tu ada rezeki lebih atau ada kawan2 aku yang nak meyumbang aku bantu salurkan. Jadi kebanyakkan cikgu2 kat sana kenal dah aku.

Berkenaan guru wanita yang baru posting tu rupanya guru tu jiran suami aku masa dia kecik. Aku namakan, Bunga. Bunga ni memang ayu dan sangat lincah.

Masa mula2 aku jumpa dia aku akui dia sangat ayu dan periang. Walaupun Bunga baru lagi, tapi macam2 program dia dah handle. Bunga aktif juga dengan kerja2 kesukarelawan, kadang tu dari satu kampung pengairan ke satu kampung Bunga datang dengan group NGO dia.

Aku adore dengan Bunga. Gajus pun selalu cerita pasal Bunga, adalah aku mengusik dia mentang2lah Bunga tu lawa asyik cerita jer. Pastu Gajus potong cakap aku, dia kata acik kantin sekolah dia pun dia selalu cerita kat aku.

Okey finee, aku pun suka jer mendengar and aku pun dah berkawan dengan Bunga tapi gitu gitu jer sebab aku dah jarang balik. Aku dah makin sibuk dengan kenaikkan pangkat aku, dan tak dapat dah stay 2 minggu mcm awal2 kahwin dulu.

Satu hari tu masa cuti panjang, kami balik kampung Gajus. Gajus pun ceritalah perihal Bunga bekas jiran dorang tu, mak mertua aku punyalah terkejut terus nangis weh. Nangis yang semua tergamam. Lepas dah reda, baru mak mertua aku cerita kisah Bunga ni. Ibu bapa Bunga meninggal dalam kemalangan, Bunga ni anak tunggal.

Masa ibu bapa Bunga meninggal, umur dia baru darkah 4 macam tu. Lama Bunga tinggal rumah mak mertua aku sebab keluarga ibu bapa dia tak nak ambil dan jaga. Sedih sangat. Sampailah dapat berita yang kemalangan i bu bapa bunga tu dapat pampasan insurance masa tu. Terus berebut saudara mara dari mana tah datang.

Akhirnya makcik belah ayah Bunga yang ambil dan jaga. Menangis2 Bunga tak nak pindah. Mak mertua aku sedih dan terkilan sebab beberapa hari sebelum kemalangan, mak Bunga selalu sebut siapa nak tengokkan anak perempuan dia. Mak Bunga selalu cakap dorang tak ada saudara mara, sebatang kara.

Itu yang mak mertua aku terkesan sangat, dia ada juga cari Bunga tapi memang tak jumpa. Masa nak pindah pun bersungguh makcik Bunga marahlan mak mertua aku, siap cakap mak mertua aku jaga Bunga sebab tahu kedua arwah ada tinggalkan pampasan insurance.

Mak mertua aku sayang Bunga macam anak sendiri. Gajus tak tahu sangat sebab Gajus duduk asrama masa Bunga pindah. Mak mertua aku nak jumpa Bunga, tapi Bunga memang tak nak balik semenanjung dah katanya. Mak mertua aku contact je lah.

Long story short, tahun ke 3 Bunga mengajar. Bunga telah diuji dengan satu ujian yang sangat berat. Bunga telah diganggu secara s****l semasa buat lawatan ke sebuah kampung ni. Penjahat tu bukan orang kampung tapi orang seberang yang memang tak dapat tangkap pun. Kesian sangat Bunga.

Orang kampung yang jumpa Bunga pengsan semasa dalam perjalanan seorang diri nak ajar kelas tambahan kepada anak murid dia yang tercicir. Orang kampung hubungi suami aku. Jadi yang tahu kes ni suami aku, Bunga dan beberapa orang kampung.

Bunga trauma and tak nak cerita kat sesiapa, dah buat report tapi polis memang tak dapat kesan pelaku sebab bukan orang tempatan. Aku menangis bila suami aku cerita ni. Suami aku minta izin sebab dia banyak kene uruskan kes Bunga dan dia tekad nak jaga aib Bunga. Aku okey je sebab aku pun sayang Bunga.

Bunga pun dah tak aktif kat mana2 media sosial, even whatsapp pun. Kesian Bunga dia sorang2 kat negeri orang, keluarga pun tak ada semua kene hadap sorang2. Kemurungan Bunga makin teruk, kadang tu MC lama sampai Guru Besar datang jumpa tapi Bunga berkeras tak nak bagi tahu hal sebenar.

Bunga dulu baik je dengan semua orang, terus berubah personaliti. Orang yang berbeza dan menyendiri. Satu hari tu, masa tu aku kat tempat suami aku. Suami aku suarakan hajat dia nak memperisterikan Bunga, dia kesiankan Bunga. Tak ada siapa tengokkan Bunga.

Guru2 lain banyak pulaukan Bunga dan anggap Bunga problematic sedangkan puncanya Bunga tak dijaga dan terima rawatan sepatutnya. Aku terkejut terdiam, aku pandang muka Gajus lama. Gajus tak ada cacat celanya pada aku.

Entah kekuatan apa, terus aku cakap kalau dengan perkahwinan tu makin tambah rasa cinta awak dekat saya, kahwinlah. Saya pun kesiankan Bunga. Awak tolong dia. Gajus nangis wehh, nangis2 dia peluk aku. Dia siap bersumpah dalam hati dia ada aku jer. Dia cuma kesiankan Bunga. Bunga sebatang kara.

Minggu tu jugak aku melawat Bunga, aku cakap baik2 dengan Bunga hasrat aku. Aku yang masuk minang Bunga. Aku cakap kat Bunga aku nak jaga dia jugak. Lama Bunga diam dan tak beri jawapan. Lepas sebulan masa aku kat semenanjung baru Bunga call aku dan beri jawapan.

Maka berkahwinlah mereka dan bermadulah aku. Mak mertua aku banyak kali tanya aku, mak mertua kata aku gila ke. Tak sayang anak dia ke?

Lepas mak mertua aku tahu cerita sebenar, terus dia rasa serba salah dan akhirnya lepaskan pada kami untuk buat keputusan. Keluarga aku pun tak ada cakap apa2 sebab Gajus memang menantu yang baik walaupun jarang jumpa.

Bunga semakin pulih dan ceria. Guru2 kat sekolah lagilah terkejut. Macam2 gosip keluar dan tuduh suami aku macam2 tapi suami aku sabar je.

Tapi akhirnya mereka akur, and bila jumpa aku and pukuk2 aku konon aku tersakiti aku back up balik suami aku dgn Bunga. Tak ada istilah penyondol sebab aku yang masuk minang Bunga. Terdiam dorang.

Awal2 tu bahagia jer… Tapi kat sinilah aku diuji, aku diuji dengan perasaan cemburu padahal aku yang redha pada mulanya. Aku dah jarang balik sana sebab aku sakit hati. Dari sebulan dua minggu stay jadi sebulan 3 hari jer. Pernah sekali sebulan tak balik pun. Konon aku merajuk.

Ada jer beberapa kali Gajus balik semenanjung walaupun bukan masa cuti panjang, balik pujuk aku. Lepas dia pulang semula, aku buat perangai lagi. Block unblock Whatsapp, aku ketagih perhatian Gajus jer sebenarnya.

Mula2 Gajus layan lepas tu, Gajus pun sama hilang. Akhirnya aku makan hati sorang2, aku sakit hati tengok Bunga dah pulih dari depressionnya bahagia lah dengan suami aku Gajus. Tak ikhlaskan aku.

Ada sekali Gajus datang semenanjung jumpa aku dan pujuk dan tanya keadaan aku, aku tak layan pun. Aku rasa nak roboh pintu bilik rumah kami tu Gajus ketuk nak cakap dengan aku. Sampai tertidur dia kat ruang tamu dan esoknya pulang semula ke negerinya.

Aku lagi broken bila dapat tahu dekat group Whatsapp yang Bunga hamil, mak mertua aku terlepas cakap dalam group yang Bunga mengidam. Bunga balik ke kampung Gajus ya sebab mengidam.

Aku nangis seharian kat bilik. Apa yang sakit hati sangat entah. Aku fikir masa tu, satu satu kebahagiaan aku Bunga amik. Aku block semua orang. Aku cuma nak merawat hati aku.

Long story short, aku dah tak turun ke negeri suami aku dah. Alasan aku nak bagi privacy bakal ayah dan ibu tu, walaupun kalau aku balik memang ada rumah asing2, Gajus akan sewa homestay khas untuk aku kadang2 resort. Punyalah Gajus nak jaga hati aku kan.

Aku blocked no tel Gajus dan Bunga lama jugak, 3 bulan jugak no contact. Semua melalui adik ipar aku kalau aku perlu maklumkan sesuatu atau minta izin. Sampailah satu hari tu adik ipar aku cakap Bunga dan Gajus balik ke semenanjung untuk buat check up. Aku pelik lah, kenapa jauh sangat. Check up jer lah kat sana.

Barulah aku tahu rupanya Dr suspek Bunga ada cancer. Cancer yang tiba2 jer serang Bunga. Masa tu kandungan Bunga dah hampir 5 bulan. Aku tergamam. Aku unblock no tel Bunga semula. Berderu masuk, panjang berjela Whatsapp Bunga. Ada Bunga tanya khabar, ada Bunga cerita macam2.

Yang terkini Bunga minta maaf panjang berjela, minta doa aku. Menangis aku. Aku yang berjanji nak jaga Bunga sampai dia sihat dari depression tapi lepas dia sihat aku pulak cemburu. Aku pulak buat dia rasa bersalah macam dia yang rampas suami aku.

Whatsapp terakhir 5 hari sebelum mereka pulang. Aku call suami aku tak berangkat, call Bunga beberapa kali pun tak angkat aku call adik Ipar aku baru berangkat. Mereka dah di emergency rupanya.

Sampai jer semenanjung terus warded dan Bunga kritikal. Kanser dah merebak ke organ lain. Dr terpaksa gugurkan kandungan Bunga, baby girl yang dah cukup sifatnya. Gajus cakap, Bunga nak sangat namakan baby dorang dengan nama aku, katanya nak anak tu membesar sebaik aku. Menangis aku tak henti. Menyalahkan kebodohan diri.

Bunga dimasukkan ke ICU beberapa hari dan kemudian pergi buat selama lamanya. Sepanjang Bunga di ICU, aku banyak menemani ketika waktu melawat. Hampir khatam Quran aku bacakan ayat2 suci ke telinga Bunga, diselang seli kata2 maaf.

Aku menyesal sangat sangat menyesal. Penyesalan terbesar aku, kehilangan seorang adik yang ikhlas sayangkan aku.

Bunga tinggalkan aku dengan hibah takaful miliknya, nama penerima Bunga letakkan namaku. Ratusan ribu. Aku wakafkan semuanya atas nama bidadari kami, Bunga. Segala diari Bunga peninggalan Bunga umpama senjata siksaan buat jiwa aku.

Dalam diarinya tak ada satu helaian pun yang tiada nama aku. Terbongkar segalanya yang Bunga terima pinangan tersebut kerana aku. Aku menyesal tak berbuat baik pada Bunga.

Gajus? Masih menangisi pemergian Bunga dan bayi mereka. Tetap melayanku dengan baik, tapi aku tahu separuh jiwanya juga pergi.

Doakan aku ya. Doakan supaya aku dapat berjumpa dengan Bunga semula di Syurga.

– Kismis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Salam dik, akak nak beritahu, poligami ni samada dengan kerelaan isteri atau bukan, sangat menyakitkan. Lebih2 lagi perempuan memang kuat cemburu. Suami kita bukan milik kita sepenuhnya dah. Akak sangat faham perasaan adik bila adik tulis ‘separuh jiwanya sudah pergi.’ Akak nasihatkan adik, dapatkan nasihat kaunselor rumahtangga atau kaunselor di pejabat agama. Biasanya ustazah/kaunselor akan nasihatkan isteri pertama untuk cari bahagia sendiri. Kalau adik masih belum ada anak sendiri, adik pergilah jalan2, melancong, lihat tempat orang, atau apply kerja di negara lain. Jauhkan diri adik sementara. Semoga yang baik2 saja untuk adik.

  2. alahai cerita rekaan heheh..part mana kantoi fake, cari sendiri. lain kali nak reka cerita pun, buat keja tu clean la sikit. jgn mare..

    • Setahun aku la. Klu UN block wasap, xdpt pon wasap yg org hntr sblm2 ni, yg Masa Kita block tu….. Betulkn klu aku slh….

  3. Ni mesti kaki sondol yg buat ceritakan

    Ok la tu bleh la masuk drama tv1 (xde sape nak tengok eh) hahaha

    Sian. Forever Alone. Kasih pun menumpang org punya 😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *