Salam semua. Rasa macam nak meluah perasaan aku ni kot2 ada nasihat dari otai.Ā
Tak tau la pasangan lain macam aku ke tak.Ā
Aku rasa spark, excited masa bercinta dah slow2 hilang lepas kahwin.Ā
Aku pun tak tahu macam mana nak kembalikan perasaan spark tu.Ā
Aku bercinta 3 tahun dengan wife, masa tu kami ok ja.. Selalu rasa rindu. Maybe sebab tak duduk sekali kot.Ā
Lepas jumpa masing2 balik rumah.. Lepas tu seminggu lagi baru jumpa. So rindu sentiasa ada.Ā
Ni dah kahwin masuk tahun ke 2.. Rasanya awal2 ja rasa best. Lama2 rasa macam tak tahu la.Ā
Bila baca kes pasangan curang, aku risau punca dia sebab dah tak de spark. Sebab tu pasangan mula berkawan dengan orang lain yang dia rasa spark.. Aku takut rumahtangga aku jadi macam tu.Ā
Aku tak tau la dia rasa apa. Tapi aku rasa macam tu la..Ā
Kami setiap minggu memang keluar. Sabtu ahad memang habis masa kat luar. Lepak, makan2. Ada cuti panjang sikit kami bercuti mana2..Ā
Time pergi bercuti rasa la best maybe sebab tengah bercuti. Jalan tengok tempat orang. Ada je activity nak buat.Ā
Masa pun berjalan pantas. Bila dah balik rumah rasa macam tak de mood balik.Ā
Rasa hubungan tu biasa2 ja. Kami berdua working hour lebih kurang ja. Habis kerja pukul 5.Ā
Isnin sampai jumaat same rutin. Sabtu ahad pun same rutin.Ā
Kalau hari kerja balik rumah dia akan masak.. Aku pergi beli apa yang dia suruh. Bab kerja rumah kami dah bahagi tugas masing2.Ā
Dia suka masak, aku tak pandai masak. So memang kerja memasak ni serah kat dia la.Ā
Aku jenis duduk rumah ja. Tak de lepak2. Lepas makan solat. Masing2 lepak depan tv. Dia tengk hp, aku tengok hp. Kalau ada movie best layan sama2.Ā
Pastu sembang bila perlu. Actually dia ok ja. Selalu memang sandar kat dada aku. Pastu apa2 yang menarik dia akan tunjuk kat aku.Ā
Pastu ada la apa2 isu dia cerita bersembang. Dia ok ja.Ā
Aku rasa aku yang masalah. Tak kan aku dah bosan dengan wife aku kot. Tapi aku sayang dia.Ā
Satu hari aku bagitau dia perasaan aku.. Aku nak berbincang sebenarnya.Ā
Dia tanya habis awak nak apa.. Aku kata aku pun tak tahu. Aku cuma rindu perasaan macam dulu2 la.Ā
Aku tanya dia tak rasa macam aku ke. Dia kata tak. Dia happy ja dapat hidup dengan orang yang dia cinta.Ā
Tapi dia kata tak tahu pulak secepat ni aku dah bosan dengan dia. Aku kata bukan macam tu. Dia dah macam salah faham pulak.Ā
Ni la susah nak bincang apa pun dengan perempuan. Suka salah faham.. Sebab tu aku risau nak bincang bab perasaan. Sebab dia suka salah faham.Ā
Pastu dia kata kalau macam tu dia pergi mana2 la seminggu dua. Balik rumah mak dia dia cakap.Ā
Aku tak bagi la. Aku bukan nak dia jauh dari aku. Aku cuma nak macam dulu2. Dia kata kita memang macam dulu2 kan. Tak de apa yang berubah.Ā
Masih text call macam selalu kat tempat kerja. Dia tanya aku, aku nak macam mana.Ā
Entah la. Aku pun tak tahu apa aku nak. Mungkin semua orang alami benda yang sama kot.Ā
Aku ada share dengan member sorang. Dia kata biasa la lepas kahwin hari2 hadap muka sama ja. Perasaan tu normal.Ā
Dia kata wife aku pun mesti macam tu jugak cuma dia tak kan la nak mengaku.. Entah la..Ā
Ada tak eh apa2 cara atau tips macam mana nak bagi aku rasa excited dengan wife macam dulu2. Segala komen aku akhiri dengan ucapan terima kasih..Ā
– Nan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit
Bro kalo ko nak spark cara dia ko brgaduh dgn wife ko, lpas tu brbaik smula baru la ada spark tu blk.. gaduh yg kaw2 punya laa tp risiko dia smada ko akn kehilangan wife ko asbab prgaduhan tu.. hahahaha.. just my 2cents..
sekadar nak berkongsi pengalaman rumah tangga yg tak seberapa.. Nan, lumrah hidup berumah tangga ni ada pasang & surut.. lagi2 di fasa 5tahun pertama.. ada yg diuji dengan kewangan.. ada yang diuji dengan perasaan yg tiba2 hambar.. aku pernah lalui fasa ni.. aku bukanlah laki yg romantik.. tapi bila memikirkan macam mana susahnya aku nak dapatkan isteri aku dulu.. kumpul duit kahwin sampai mencatu keinginan berbelanja.. nak harapkan perempuan yg mulakan langkah? Lupakan la.. diorang makhluk aneh dari planet lain yg memeningkan kepala untuk difahami tapi bila dia jauh ko rasa sangat memerlukan dia.. hahaha
So, aku buang ego aku jauh2…aku mulakan langkah utk becinta semula mcm saat2 sebelum kawin.. lepas kahwin ni kene ada sesi deep talk, bukan sekadar jalan2 hujung minggu & bercuti je.. buat aktiviti harian bersama.. masak, kemas rumah, solat berjemaah dan mandi bersama.. sentiasa ingat kembali kenangan indah bersama.. dan paling penting, jaga pandangan, hati dan ikhtilat dengan perempuan lain.. moga rumahtangga kalian sentiasa berada dalam sakinah, mawaddah warahmah
Maaf saya terpaksa komen sebab komen atas ni nasihat suruh gaduh dengan wife. Apa logik nasihat ni?
Sebenarnya kita laki ni goal oriented. Kalau takde goal dalam hidup kita akan rasa mcm takde spark. Silap ko ialah ko mengharapkan spark tu datang daripada pasangan, tapi spark tu sebenarnya ko sendiri yg kena buat.
Ko cakap hidup ko rutin, so kunci dia ialah ubah rutin tu. Kalau petang balik kerja tak buat aoa, cuba ajak wife gi gym, join art class ke, hiking ke. Ada benda baru yg both of you look forward tu.
Set goal bersama. Contoh target kita nak kumpul duit sekian2 pada tarikh sekian. Duit tu kita akan pakai untuk travel overseas.
Kalau bab dalam selimut pun rasa macam rutin, mungkin boleh tukar. Spend duit sikit bawak wife pergi dating tempat baru, ajak check in hotel, gi honey moon, atau try benda baru.
Dan yang ni yang paling penting. Jarakkan diri ko daripada wife sedikit. Contoh korang pagi petang siang malam hadap muka, memang la akan bosan. So jarakkan diri. Contoh petang lepas kerja kau buat hobby kau, dia buat hobby dia. Lepas tu kalau dia tengah bersiap siap make up semua tu, kau keluar bilik. Baru ada rasa misteri dan mcm nak tahu camne rupa dia.
So point dia ialah hilang spark ni normal. Yang penting kau bincang semula dan try benda baru yg korang dua boleh setuju.
bagusnya tips ni!!!
Comment yg bijak. š
Awww suka laa nasihat niš«¶š»abang memang idola lahšš»
Mmg bagus komen ni.. setuju 100%
Nan mungkin seorang yg baik dan skema waktu di zaman remaja nya..membaca buku undangĀ² dan bekerja di sektor yg tiada cabaran emosi menjadikan die seorang yg pasif..come on la nan..kite lelaki yg setting kan spark kite tu..jgn bg setan yg spark kite..xpun sememangnye si nan ni bernafsu kude dan inginkan poligami?jenis cepat bosan tu biase bro..tapi ko kene hargai bini ko tak ckp gtu kat ko..ni kalau ade org cucuk bini ko..siap la ko punye spark..atau ko ok je?kalau ko ok memg betul la ko bermasalah
Nasihat yang terbaik
Komen awak memang matang. Semua pun boleyh apply tips ni..bagus..
Ko tunggu ada anak nnt bro… masa tu mcm2 perasaan boleh dtg hahaha.. tak sempat wei nak fikir pasal perasaan hambar ko tu, bz nak settle anak jer nnt. Itulah kemanisan & cabaran hidup rumahtangga. Jauh lg perjalanan korang , semoga sentiasa hidup berkasih syg. Nasihat ikhlas dari sis yg baru sambut 25thn anniversary kawin nih.
dan jangan lupa berbalik ke agama. brdoa pada Allah,. takkan kahwin semata spark je
Inshaa Allah cuba perlahanĀ² ikut jemaah tabligh keluar 3 hari. Lelaki solat di masjid. Nak solat jemaah dgn isteri buat solat sunat. Solat fardhu lagi bnyk pahala solat dimasjid.
Ini bkn tips utk dpt spark tapi sy nak bgtw ada yg lebih penting dlm hidup ni yg kita perlu usaha drpd hanya fokus utk dpt spark. Kita fokus akhirat inshaa Allah hajatĀ² dunia Allah akn tunaikan.
Aku rasa ok je life ko sekarang, Apa kata ko ngan wife set goals contoh gi jalan oversea. Mgkin rutin jalan2 wikend da tak best buat ko. Ntah la kadang aku pon bohsan ngan everyday life aku kalau tanya org lain pon sama haihhh
Bang,
Rumahtangga mana yang manis sentiasa kau cakap dengan aku. Mungkin ada kot. Tapi mungkin 2 out of 10. Kalau dah masuk fasa rumahtanggan dah takde yang namanya spark lagi dah. Semuanya berteraskan Allah & tanggungjawab nak bawa pasangan pergi syurga.
Kalau harini kau dah takde rasa apa dengan isteri kau, esok kau kahwin lain, belum tentu dengan isteri baru tu spark tu akan ada sampai bila2. Last2 2 tahun dah tak rasa apa jugak. Sama macam yg pertama. Then, takkan nak tukar pasangan setiap 2-3 tahun?
Senang cerita, tu ujian la untuk kau. Allah nak tengok jauh mana kau boleh bawak isteri dan rumahtangga kau ni kat Dia. Jangan melatah, doa banyak2. Kau tak diuji dengan isteri yang perangai tak elok, tak diuji dengan keadaan yang tak baik pun dah kena banyak syukur.
Cadangan aku, cuba start solat jemaah sama-sama dulu. Doa utk kebaikan rumahtangga sambil isteri kau aminkan. Buat la dulu sungguh2 sebulan dua. Then cuba rasa apa yang lain. Cuba.
Last, aku doakan yang terbaik untuk rumahtangga kau bang. Moga semua urusan kau dipermudahkan. Aamin.
Dah tunjukkan pandangan untuk wanita lain?
Trylah plk lepas ni jgn hadap hp. Lepas dinner ajk wife main chess/congkak/ dam aji/ atau apa saje board games yang ada.
Kebanyakannya punca tu dtg dri hp. Kita duk suap mata dengan kehidupan org lain yg nmpk romantik, nmpk misteri. Jdi mulalah dlm kepala “seronoknya klau wife i mcm tu, mcm ni”. Mulalah isteri dekat sebelah nampak bisheĀ². Tak spark etc.
Bro try hntr delivery jambangan bunga dkt wife secara tibaĀ².. xpyh tunggu tarikhĀ² special.. create moment bercinta tu.
mcm2 la ko punye confession ni bang..ko nak ape pon x tau..kitaorg lagi la x tau ko nk apa..tips dari jack tu aku recommend sgt2..try la ikot..
Wife awak nak balik kg seminggu dua biarlah dia balik… Dia nak ciptakan spark utk awak, awak pula x izinkan.. ntah pape lah awak ni.. biar jauh berindu-rinduan..
Baru 2 tahun kot kawen. Dah jemu? Aku dah 12 tahun. Hari2 tak sabar nak balik rumah. Nak gurau senda, malas malasan, dan seks dengan pasangan. Something wrong dengan pov kau.
BestĀ²..yang ni sy suke..ade tips tak utk kekal mood tu?
Rasanya sebab isteri kau dah tak attractive di mata kau. Sebab tu kau kena berjauhan dgn wife dulu. Sampailah nanti rasa rindu tu datang, barulah spark tu ada. Tak dinafikan, kalau 24 jam bersama, lama-lama rasa boring. Sebab dah takde apa nak rasa excited. Hari-hari jumpa. Sembang pun jarang. Nampak macam wife kau je beriya sembang apa semua. Tapi kau? Kau dah rasa bosan dengan wife kau. Ke sebenarnya kau ada nampak perempuan lain yg lagi attractive?
Alaa..yg sbnrnya ko dh jemu ngan wife ko kan
Dulu aku and husband macam ni la kot rasa dia. Macam bosan, malas nak sembang. Samaaa beb sama! Aku masa tu dok buat la effort, buat2 cerita itu la ini laa. Dia haa ya haa ya.
Bukan tak dengar tau tp jenis x excited. Sudah la tu, cerita ofc dia satu haram aku x pernah tau- sebab jenis tak bercerita.
Suprisingly bila lepak dengan kawan2 diaa, elok pulak borak. Yelaa kita ni 41 jee, dorang set engineer.
Lama lama aku fed up. Masa anak kecik aku pon fokus jela kat anak. Ajak laa dia tengok anak pandai kenyit mata ka apa ka. Buat2 happy.
Masa berlalu, anak pon dah besar. Aku ni full outside but inside was so empty. Dia? Masih begitu. Aku rasa macam mental aku low lah kot x sama level. Sebab tu takde apa nak dikongsikan.
Now aku dah ada kawan rapat perempuan yang gila rapat. Yang penuhkan kesunyian aku. Yang memang aku rasa alive again. Terkial kial laa laki aku nak proof heās there la apela.
Sorry bro! Kau memang tetap suami, tapi aku dah tak minat dah nak share ke, nak sembang ke.
Duduk lah kita sebagai suami isteri, tapi aku dah taknak cakap apa apa.
Sama lah makcik pun macam ni gak, tapi ok jer, tak de masalah pun, sebab masing2 tetap menjalankan tanggung jawab cuma nak deep talk bagai tu takde lah, nasib lar kiter ni bekerje ada lar kawan2 untuk tempat meluah dan bergelak ketawa.
Macamana kawan perempuan awak penuhkan kesunyian awak? Ada buat apaĀ² aktiviti yg best ke and contoh aktiviti tu apa kalau boleh share?
Ce cite ce cite..rapat sgt ke kwn tu?die da kawin or single?
Dulu suami saya pon penah jd mcm tu, slepas beberapa thn kawen.. dia kata, knp dlu dia mcm ābersemangatā lbh, tpi bla dh dpt beberapa org ank, dia rasa mcm āhambarā je.., tp bla ank2 dah semakin besar, ada yg dduk asrama, kmi slalu buat aktiviti (esp. yg berbentuk ibadah) bersama2, pergi surau atau mna2 ceramah atau event bersama.. nk kta āsparkā mcm dlu tu xde la, tp at least ada perkara yg dikongsi bersama.. wallahu aālam
kena sihir kit bang. cuba bwk berubat . serious.
Bang, aku bengang sikitlah dengan ayat kau yang kau kata, bila kau explain kat dia pasal perasaan kau tu, dia mula salah faham. Then, nak salahkan isteri kau sbb perempuan suka salah faham. Bro, jangan jadi complicated. Lumrah perempuan memang gitu. Overthinking. Kau cuba deep talk and terang details. Jangan terus buat conclusion. Ini tak… Kau terus cop yang dia mudah salah faham. Hailaa bang oii… Kau mengaku kau yang mungkin masalah, then stop blaming people lah. Dah kalau kau tak tahu dari mana nak cari spark tu dan kau sendiri tak tahu punca spark tu hilang, jangan letak kesalahan pada dia pulak sebab tak faham kau. Sedangkan kau sendiri tak faham diri sendiri.
Dan satu nasihat aku, jangan terlalu dengar cakap kawan. Ada kes suamj tuduh isteri dia berzina sebab apa? Sebab minta nasihat daripada member yang kurang ilmu.
Jangan libatkan orang luar dalam rumahtangga kita. Better rujuk parents each other dan perbaiki diri masing2 ke arah yang lebih baik.
Pernah rasa camni dulu. Kahwin umur 23, tp tkde rezeki anak. So mcm saya dah rasa hmbar dah lg2 husband bukanlah romantis orgnya. Sgt2 workaholic, tido pun lain2 timezone (wfh tp dia jenis burung hantu, kita ni tido on time). Dibuat mcm lapik kaki je, bila nak je onz. Kalau dah settle tu dia abaikan kita je. Yg selamatkan sy dari fikiran2 bodoh, set goals. Pergi bercuti setahun 5-6kali sbb time bercuti je husband angkat muka tgk muka bini dia ni. Umur 27 dah ada rumah sendiri (sbb husband tu kuat kerja, kita kumpul duit 300k beli tanah buat rumah). Bila dah pindah rumah kampung baru, lagilah boring tu terasaa sgt husband selalu tkda dkt rumah carik duitt.. so saya bantai je decide ambik anak angkat. Nak teman saya.. and lepas tu ada anak kann,, so mmg priority kami berubah lah.. perasaan sendiri tak penting dah yg penting anak no.1. Kalau rasa down sgt tu sy igtlah, semuanya lillahitaalla. Buat demi pahala. Alhamdulillah tahun ni 13 tahun kahwin dan anak nak masuk 3 dah.. jadinya pentingg utk keluar dari comfort zone tu dan explore lah duniaa fanaa inii