Assalamualaikum semua. Aku Puteeh, perempuan, 37 tahun.. married.
Aku perlukan nasihat yang membina. Aku dan suami kawin dah nak masuk 10 tahun dan belum dikurniakan anak.
Dalam tempoh perkahwinan, hanya lebih kurang 3 tahun kami tinggal bersama kalau ditotalkan.. selebihnya kami PJJ.
Sekarang pun masih PJJ dan dalam proses tunggu aku dapat pindah atau tidak dalam tempoh terdekat ni.
Situasinya aku sedar yang aku semakin hilang minat dengan suami yang pada aku tiada masalah pun (nafkah & tingkah laku ok).
Aku seperti tidak mau lagi hidup bersama suami..
Adakah kerana terlalu lama PJJ dan jarang bersama menghilangkan spark dalam rumahtangga kami?
Aku asyik berfikir untuk berpisah saja dengan suami dan tidak perlu berpindah mengikut suami.. tapi dalam masa yang sama aku kesian kan suami aku.
Aku sayang suami aku tapi aku seperti sudah berputus asa dan tidak berminat untuk meneruskan perkahwinan kami.
Aku tidak curang dan tiada orang lain selain suami. Cuma aku seperti ingin bebas sahaja dan hidup sendiri.
Apa nasihat korang untuk aku?
– Puteeh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
cuba usahakan tinggal 1 bumbung..