Hilang Tiada Jejak

Salam buat semua.. terima kasih andai nukilan ini disiarkan oleh pihak admin..

Kenapa aku memilih tajuk sedemikian? Apa yang hilang? Harta benda atau sesuatu yang kita sayang..

Betul, jika tekaan anda bahawa manusia yang hilang.. Malah makan masa bertahun untuk di jejaki..

Aku Dolla, tak lama lagi bakal memasuki usia 3 series..

Nukilanku lebih kepada keadaan sekeliling, bukan typical kisah sondol, suami tak bertanggungjawab, atau isteri yang dah exhausted dengan marriage life..

Bukan, tapi lebih kepada insan yang merasai atau melalui apa itu erti kehilangan orang terdekat.

Sudah bertahun malah berbelas tahun berlalu, orang yang hilang masih belum ditemui.. Kenapa tidak dijejaki?

Bukan tidak, segala usaha sudah dilakukan.. Seperti siaran seseorang di laman sosial facebook yang baru-baru aku baca minggu lalu, MENCARI ADIK BERADIK YANG HILANG..

Terus hatiku turut terdetik, sama seperti kejadian yang menimpa kaum kerabatku..

Usaha seperti, mem”viral”kan di laman sosial, menjejaki ke JPN, KWSP, imigresen juga sudah di buat namun tiada perubahan pada Identiti si “Hilang”.

Mana tahu sudah berpindah ke luar negara tapi tiada tanda di mana-mana lapangan antarabangsa bahawa si “Hilang” menggunakan perkhidmatan tersebut..

Buntu, sedih, pelbagai perasaan bercampur baur.. terutama kepada keluarga yang ditinggalkan..

Kita sering mendengar berita kehilangan, yang bezanya adalah, ditemui semula tapi sudah dalam keadaan tidak bernyawa..

Namun sekurang-kurangnya penantian tersebut ada pengakhiran walaupun meninggalkan trauma serta kesedihan buat keluarganya..

Tapi, bagaimana dengan yang “hilang tanpa jejak”? sudah semestinya keluarga mengalami trauma berpanjangan, tertanya, Hidup tak lagi?

Jika mati, di mana kuburnya? Di mana jasadnya? Wallahualam..

Selalunya drama korea banyak memaparkan, kes orang hilang, bagaimana details menjejaki si “Hilang”, begitu lah juga percayanya aku terhadap sistem Kepolisan di negara kita jika sudah menerima laporan..

Sehingga sekarang aku nukilankan penulisan ini, otakku masih ligat berfikir, dimanakah mereka ini, yang hilang sudah bertahun lama?

Dan kadang aku terfikir, Nauzubillah jika menjadi mangsa pemerdagangan orang, jika menjadi mangsa pengambilan organ atau apa saja sindeket yang menjadi ulat busuk kepada negara..

Di bulan yang penuh mulia ini, marilah sama-sama kita mendoakan semoga ada sinar buat kelurga si “Hilang”..

Semoga kita dihindari daripada ujian sebegini.. Dan semoga keluarga si “Hilang” sentiasa tabah dalam menanti satu berita, iaitu “Kegembiraan”..

Semoga ada doa antara kalian yang menjadi asbab terjawabnya penantian sekian lama..

Terima kasih kerana sudi membaca.. Salam sayang, Selamat Hari Raya..

– Dolla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *