Hina Ke Jadi Surirumah

Salam ibu2 dan isteri2 semua. Nak tanya memang hina ke bila jadi surirumah ni?

Sekarang tengah hamil anak kedua, 3 bulan lagi nak beranak, lepas tu dah berhenti kerja tiga tahun selepas bunting pelamin.

Selepas kahwin kerap plak dia bodohkan bini ni sebab tak kerja, katanya duk rumah pemalas tak buat apa. Aku nak kerja banyak syarat tak boleh ada officemate laki la balik lewat malam la.

Mak bapak aku tak pernah bodohkan aku. Sebodoh2 aku pun aku ada degree dari Japan tau, cuma betul bodoh kahwin dapat laki belajar tinggi2 pun pemikiran kuno.

Awal kahwin cakap semua okay nak tanggung nafkah. Bila nak ada anak cuak terus paksa bini kerja.

Kesian mak bapak hantar aku belajar tinggi2 dapat laki macam ni. Yang asal aku cerdik terus jadi bodoh duduk rumah tak dapat apa cuma makian sebab tak kerja.

Pagi semalam dia kejut tarik selimut renjis air kat muka cakap MASAKLAH.

Aku dengan pening mengandungkan anak dia terus masak tapi aku pun marah sama perangai dia kejut macam tu.

Lepas tu berbakul2 dia tambah maki cakap aku pemalas takde buat apa kemaslah rumah, rumah sepah.

Memang lepas tu aku doa mengadu kat Allah saja. Memang aku tak maafkan layan macam ni waktu aku tengah mengandung.

Memang aku terasa gila. Tiap kali gaduh dia tuduh aku pemalas cari kerja menyusahkan dia.

Macam ni lah kalau takde harta, memang orang hina walaupun laki sendiri.

– Zatul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Walaupun awak suri rumah, awak tetap ada maruah, ada harga diri, bukan boleh dibodoh2kan camtu jer, awak tu mengandungkan zuriat dia, tanggungjawab suami bagi nafkah, menanggung awak dan anak2, tanggungjawab suami melindungi awak, memelihara aib awak dan menjadi pembela awak, bukan dijadikan bahan utk dihina, dimaki atau direndah2kan, itu tanggungjawab suami, semoga Allah melembutkan hati suami awak dan memudahkan semua urusan awak dan keluarga

  2. Tak patut suami buat camtu…..kira baru lagi fasa perkahwinan. Suami layan camtu cam takde kasih sayang. Income suami kecil ka sampai dia nak suruh kerja balik, suruh masak time mengandung. Nafkah lain ok?

  3. Mmg kalau tak keja.. Tak de duit org hina weh.. tapi laki kau pun bengap jgk. Dia yg tak bg kerja. Lepas tu bising. Padahal dia yg ada masalah hati. Dengki dgn bini. Berkira dgn bini. Sebab tu rezeki sempit. Bodoh.

    Kalau aku jadi kau.. aku balik rumah mak ayah sampai bersalin pantang semua. Lepas tu kau kerja balik. Cerai je dengan jantan tak guna tu. Biar dia tahu yg bodoh tu dia sebenar nya. Dia nak berkira dgn kita.. kita berjuta kali boleh berkira la dgn dia.

    • Betul, sokong ni.

      Jgn tggu² dh Zatul, ptutnya bila dia mula maki tu pun awak dh prepare plan lain. Jgn jadi mcm kwn sy, nnt jadi mental. Elok senaraikn dh apa yg awak nk buat & kena buat, jgn biar kezaliman tu berterusan pd diri & anak2.
      Mulakan bertindak, you can do it!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *