Assalammualaikum. Hye readers, aku Teratai (bukan nama sebenar). Sedikit tentang aku, umur aku pertengahan 20-an. Aku bekerja di badan swasta.
Since ramai bercerita tentang web cari jodoh dan berjaya ke jinjang pelamin, aku pun nak bercerita pengalaman aku berkenalan dengan lelaki di Baitul Jannah (BJ) tapi tak berjaya… Sob sob.
Cerita aku bermula selepas 2 kali aku dikecewakan oleh lelaki. Sebelum ni aku berkenalan dengan lelaki yang ada berkait rapat tapi kali ni usaha aku nak cari calon dalam BJ…
So salah satu nya aku nak cuba cari calon dalam BJ ni of course sebab nak kawin. Aku dah takde masa nak fikir bercinta cintun bertahun-tahun lamanay.
Tak lama dalam sebulan lepas aku tapis-tapis calon yang ada, aku pon tertarik dengan sorang… umur dia tua setahun dari aku… aku tertarik sebab cara dia bersungguh, kerja pon ada tapi dalam hati aku…. aku terus berkenalan dengan dia sampai la kami berjumpa.
Aku berkenalan hampir 2 tahun… kami saling berkongsi cerita. Family dia besar and semua baik-baik. Buatkan aku tak sabar nak masuk dalam family dia.
First impression aku, family dia sangat tinggikan darjat wanita and aku pon tak sabar nak salam tangan ayah dia sebab aku rindu nak salam tangan ayah aku walaupun itu tangan yang berbeza tapi mereka adalah ayah.
Ye ayah aku dah meninggal. Al fatihah buat ayah. Masa tu aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku lelaki yang tepat boleh bimbing aku, boleh jadi imam aku.
Tapi yelah, objektif aku join BJ tak tercapai untuk terus kawin sebab aku faham, bukan senang nak cari duit.. nak kawin. Takpelah sebab sayang aku tunggu.
Sepanjang perkenalan kami mestilah ada perancangan untuk berkahwin. And aku jenis kalau dah sayang sanggup berkorban apa saja. Sampaikan dia nak sambung belajar(PJJ) pun aku daftarkan.
Assigment dia semua kadang aku tolong sikit walaupun bukan bidang aku tapi aku cuba tolong dia. Sebab aku nak dia ingat aku ada waktu susah senang dia. Nampak mcm aku bodoh kan. Tapi entahlah.. aku nak dia berjaya and dapat kerja bagus. Tu semua untuk masa depan aku dengan dia jugak.
Matlamat aku berkenalanan dengan dia sebab nak berkahwin… jadi, aku takda duit, dia pon takda duit. Aku fikir macam mana nak kumpul duit sampai lah aku join ASB financing tapi aku tak bagi tahu dia sebab aku takut dia ambil mudah dengan aku. Aku ajak dia join sekali tapi laki.. biasa lah sambil lewa…
2020 adalah tahun pertama yang kami rancang untuk struggle simpan duit bersama. Tapi actually aku dah mula since aku rasa “he the right person”. Aku tak kisah lelaki tu tak kaya janji sama-sama usaha. And aku pon tak kisah kalau aku kene usaha cari duit sekali sebab aku dah biasa cari duit sendiri.
Okay kita masuk plot… Owh ya, kami tak pernah jumpa parent masing-masing. Sebab masa tu masing-masing tak sedia lagi..
Masa birthday aku tahun ni aku ajak dia jumpa mak aku tapi dia kata tak sedia lagi. Takpelah.. walaupun aku kecewa.. and the next month of birthday aku, dia dah lain.. macam menjauh.
Sampai satu hari kami bertekak.. rupanya waktu dia cerita pasal aku dekat parent dia.. ayah dia tak dapat terima aku. Tapi emak dia sangat menerima aku.
Hurmm alasan nya sebab kerja aku tak tetap.. buatkan aku kecewa dengan sikap ayah dia yang aku respect dulu. Tapi lagi aku kecewa dengan sikap dia yang langsung tak berusaha untuk pertahankan aku.
Tanpa fikir panjang dia terus ambil keputusan untuk tinggalkan aku. Mana dia yang dulu aku kenal berusaha untuk dapat kan aku. Lelaki memang macam tu ke?
Ye.. aku banyak kekurangan… salah ke kalau tak keje kerajaan, hina sangat ke kerja swasta. Tapi tak kan takde perasaan langsung…
Aku kerja sebagai seorang guru swasta bukan nya pengutip sampah. Aku boleh terima kalau dia nak hina kerja aku kalau dia kerja gov, tapi dia pon swasta.. dia kerja di syarikat logistic. Aku rasa kami dah cukup sekufu.
Aku tahu restu parent tu penting… tapi kita dah besar, ada pilihan masing-masing. Aku frust sebab aku rasa ini bukan cara penyelesaian nya. Selama 2 tahun kami berkenalan, aku kenal perangai dia yang jenis tak nak fikir masalah. Senang kata lari dari masalah.
Setiap kali bergaduh mesti aku akan terangkan dekat dia apa sepatutnya perlu buat. Tapi untuk kes ni, aku tak dapat suarakan sebab dia pilih untuk tinggalkan aku.
Aku percaya sekeras mana pun hati ayah dia.. kalau dipujuk mesti lembut… aku percaya ayah dia tak sekejam itu cuma bila dia berhenti untuk berusaha aku tak mampu untuk terus berusaha sorang-sorang.
Mungkin dia dah tak sayang aku. Paling tidak, bawa lah aku berkenalan dengan parent dia kan. Aku rasa rata-rata perempuan kerja gov pon nak berlaki kan yang kerja gov. Aku kalau dapat pilihan laki gov pon aku tak pilih kau.
Aku sempat menyuarakan rasa tak puas hati aku sebelum kami lost contact… aku cakap “kenapa nak bini kerja gov? Nak tembak loan pakai nama bini?” Terdiam dia, yelah alasan apa lagi kan kalau nak bini gov.
Sepatut nya yang patut risau pasal pekerjaan ni adalah lelaki, bukan perempauan sebab lelaki yang akan sara perempuan.. Tapi sampai sekarang aku tak tahu alasan ayah dia tak terima pekerjaan aku.
Kalau nak cakap aku ni bakal susahkan hidup anak dia.. biasalah mana ada hidup yang senang. Nak senang kawin la dengan anak sultan.
Entahlah, aku bukan nak mengungkit tapi pengorbanan aku selama ni dia tak nampak ke.. and aku ni bukan tak pandai cari duit.. macam macam aku pernah kerja.
Percayalah para lelaki.. kalau suatu hari kalian diberi rezeki isteri yang berduit bersedialah untuk jadi ketua keluarga yang bijak mendidik isteri sebab perempuan kalau berduit mungkin dia akan rasa dia lagi hebat dari suami nya… tak semua perempuan macam tu… segelintir…
Takpelah, mungkin sekarang atau selamanya dia diselubungi rasa serba salah. Bukan aku doakan tidak baik cuma itu yang patut dia rasa.
Pesanan aku, jangan menyesal setiap apa pengorbanan yang kita buat untuk bahagiakan orang tapi menyesal bila kita tak pernah berusaha untuk dapatkan sesuatu. Janji kita kerja halal.
Dan satu hari.. andai kalian jadi parents.. ingat! sebagai ibu bapa kita doakan yang baik baik untuk anak kita. Jangan anak belum kawin dah fikir negatif. Doa ibu ayah sangat makbul jadi jaga perkataan kita. Semoga usaha aku, dia dan kalian masih kuat untuk dapatkan apa yang kita mahu kan. Don’t give up.
Sekian dari sekutum teratai (bukan nama sebenar). Aku harap dia baca kisah ini.
– Teratai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit