Pada tahun 201X , aku tamatkan zaman persekolahan. Aku ambil keputusan untuk tidak sambung belajar atas sebab keluarga yang kurang berkemampuan.
Sebaik sahaja tamat SPM, aku terus cari kerja.
Bermula dari satu tempat kerja ke satu tempat kerja lain. Biasalah zaman belum matang, bila tak selesa kerja ni, tukar. Stress sikit, tukar.
Dari situlah bermulanya ‘acne journey’ aku.
Aku anggap itu semua normal dan mungkin juga sebab aku kerap stress.
Zaman sekolah dulu aku tak pernah hadapi sebarang masalah kulit yang serius. Remedy itu remedy ini dari rumah. Satu pun tak memberi apa apa kesan buruk pada kulit muka aku ketika itu.
Tapi ntah kenapa masuk zaman pekerjaan, semuanya berubah. Mungkin juga hormon yang tak stabil.
Pada mulanya aku endah tak endah, sebab yakin semuanya sementara. Aku terlalu percaya tak buat apa apa, pasti akan sembuh sendiri.
Tapi aku silap, makin aku biar makin teruk sebenarnya. Semua jenis jerawat ‘naik’ kat seluruh muka aku. Banyak jerawat merah merah bernanah lagi.
Paling sakit bila jerawat kat dahi, setiap kali solat, paling seksa part bersujud. Allah je tahu macamana peritnya di setiap sujud aku. Terhentak lembut pun terasa sangat.
Belum lagi kira bila sentuh pipi, dengan rasa berbukitnya kulit ni sebab penuh jerawat batu dan besar besar, sentuh sikit pun dah sakit.
Ada satu hari, aku jumpa seorang lelaki ni datang tempat kerja aku. Dia penjual produk kulit. Tengah rancak borak tiba tiba dia ‘sentuh’ perihal muka aku.
“Muka macam awak ni patut try produk abang. Jerawat banyak macamtu, takkan nak biar je? Teruk dah tu. Ramai dah abang bantu dan berjaya dapat kulit ‘clear’ tak ada jerawat dah tau. Try la produk abang ni”
Dia cakap macamtu depan rakan sekerja aku waktu itu. Allah je tahu malunya aku.
Bukan cara macamtu nak laku kan barang jualan. Langsung tak ada sensitiviti. Rasa bersalah lagi tak ada. Terguris betul hati ni dengan ayat awal itu.
Mungkin bagi orang lain, “cakap pasal jerawat je pun”. Tapi tidak bagi aku yang takpernah terfikir tak pernah minta pun ada masalah sebegini.
Aku sangat sensitif. Aku pernah menangis bila abang adik tegur pasal muka aku. ‘Triggered’ sangat sangat.
Hanya sebab mereka keluarga sendiri, aku pekakkan je telinga walaupun aku kerap terasa dalam diam.
Aku bersyukur dikurniakan kawan kawan yang tak pernah nak cakap apa apa pasal muka aku, mereka sangat menjaga hati aku. Terima kasih sahabat.
Aku selalu mengadu pada seorang sahabat baik aku ketika itu. Dia cuba nak bantu. Dia banyak ajar aku pasal skincare lepas dari itu dan ada buat ‘research’ juga di internet untuk aku.
Aku pun mula ambil tahu serba sedikit pasal skincare dan mula beli sikit sikit di drugstore.
Disebabkan kulit aku yang sangat sensitif ni, aku tak ada jalan lain selain ‘try and error’ produk, aku tak boleh bergantung dengan satu satu produk je.
Antara tak berkesan langsung atau buat muka aku lagi teruk biasanya. Sampai lah aku jumpa yang betul betul sesuai dengan kulit aku, aku stay pakai yang sama je.
Dua tahun berlalu..
Muka aku tak seteruk dulu. Kesan yang dulu meninggalkan banyak parut, tapi jerawat aku hanya ‘naik’ bila aku period je.
Alhamdulillah itu pun aku dah sangat bersyukur, dah tak perlu malu sorok sorok muka depan orang sangat.
Walaupun muka ni tak clear betul lagi, at least aku tinggal nak kena fokus dengan masalah parut ni je kan?
Tapi rasa bahagia tu sementara. Bila Malaysia tiba tiba menghadapi masalah covid, dan semua orang diarah pakai mask setiap masa di luar,
Masa ni aku tak tahu nak fikir apa. Sebab kerja aku waktu tu memang aku kena hadap orang sentiasa. Jadi memang tak boleh buka langsung mask sampai la balik kerja.
Tak lama lepas tu, muka aku teruk balik. Skincare yang memang biasa aku pakai, tiba tiba dah jadi bermasalah tak sesuai dengan kulit muka aku dah.
Aku kena try error produk lagi macam dulu. Aku kerap tukar mask setiap 2/3 jam sekali. Tapi takde apa yang berubah.
Muka aku tetap teruk. Ntah untuk yang ke berapa kali rasa nak give up dah. Jujur aku penat.
Hari hari aku doa bila masalah covid ni nak berakhir, aku dah tak tahan hari hari kena pakai mask, kulit ni tak dapat bernafas.
Akhirnya aku pergi satu klinik kulit untuk dapatkan khidmat nasihat. Aku dapat ubat antibiotik dan beberapa ubat lain, (aku pun dah lupa sebab dah lama).
Alhamdulillah muka aku kembali seperti dulu. Cuma muka aku dah penuh dengan parut jerawat merah, parut lekuk, parut berlubang.
Doktor tu cakap tak ada penyelesaian lain selain buat treatment dengan dia. Aku bagitau doktor, InsyaAllah satu hari nanti. Aku masih kumpul duit. Kos nya agak tinggi, aku belum mampu.
Kadang kadang jumpa kawan sekolah lama, ada je yang bercakap keadaan muka aku nampak agak teruk sekarang. Tapi mereka tak pernah tahu aku pernah lalui versi lagi teruk dari ni.
Aku tak perlu jelaskan apa apa. Aku terasa, tapi tak apa lah. Dengan cara ni mungkin aku lebih kenal sikap sikap manusia kan?
Aku dah pun tukar kerja sekarang.
Kerja baru ni hanya memerlukan aku stay di office buat kerja aku je, dan kurang aktiviti luar.
Aku bersyukur dengan kerja sekarang, at least aku dapat berehat dari ‘overthink’. Tapi aku masih tak confident keluar rumah tanpa mask. Trauma barangkali.
Aku sangat takut bila orang pandang muka aku lama, mula lah akan fikir macam macam. Jadi untuk aku tak sakitkan diri dengan fikir bukan bukan, aku hanya akan pakai mask setiap kali jumpa orang.
Dengan mask, aku lebih yakin dengan diri sendiri.
Doakan aku terus kuat jalani hari hari mendatang, doakan aku dimurahkan rezeki, cukup duit untuk buat rawatan tu nanti, itu azam aku dari dulu.
Aku juga doakan korang yang ada masalah kulit sekarang, jangan pernah give up tau.
Orang takkan pernah faham kita, kita lah yang kena faham diri kita, apa kita nak dalam hidup semuanya atas diri kita sendiri.
Semoga urusan korang juga dipermudahkan Allah, aamiin ..
– Arra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit