Hina Ke Pekerjaan Ku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Nama aku Q, tahun ni baru tahun ke 2 aku bekerja.. Alhamdulillah rezeki aku, belum habis internship aku sudah mendapat kerja sebagai Admin di sebuah company engineering..

Waktu tahun pertama aku kerja di situ aku sangat2 bahagia dan tak pernah sekali pun aku mengeluh atau pon stress dengan kerja aku apatah lagi dengan environment tempat kerja aku.

Office aku boleh dikatakan impian semua orang lah sebab waktu masuk kerja, balik kerja dan juga lunch semua flexible..

Tak ada siapa pun yang kisah kalau kau nak balik awal ke masuk lambat ke lunch awal ke, semua boleh… Sebab semua sejenis tak jaga tepi kain orang lain..

Tapi, masuk tahun lepas, bila ada orang baru masuk, semua tu berubah. Environment office aku dulu yang sangat2 happening, telah berubah menjadi toxic environment.

Macam yang aku kata tadi, aku kerja dekat company engineering kan, so ramai lah engineer. Start tahun lepas, bila ada sorang staff ni masuk, dia lah yang start segregated kan staff2 semua.

Pendapat dia, engineer hanya boleh bercakap, bersembang dengan engineer saja, support service tak boleh bergaul dengan and engineer.

Berbalik kepada tajuk aku tadi, aku nak tanya, hina sangat ke kerja aku sebagai admin? Selalu orang2 dekat office tu pandang rendah dekat aku, ada yang cakap, eleh kau admin saja pun bukan banyak kerja sangat pun..

Lepastu ada yang cakap, eleh kalau admin executive pun, still admin kan, kerja apa lah sangat kau buat, lainlah macam aku ni procurement/ finance..

Ada jugak yang pernah cakap dengan aku, yang aku tak ada value, sebab tu tak ada company lain yang nak amik aku kerja.

Lepastu pulak, kan position aku saja yang paling rendah, yang lain semua level2 executive, engineer, manager semua tu..

So setiap kali aku sembang dengan sorang exec ni, dia cakap dia geram sebab yang lain semua pandang rendah dekat dia juga,

Tapi hujung2 ayat dia, aku ni executive aku sama level dengan dorang bukan macam kau admin saja. Tak kan aku nak rendahkan position aku buat kerja kau kot.. selalu dia cakap macam tu..

Senang kata, 1 office memang pandang rendah dekat aku hanya kerana aku admin saja… sampaikan hari2 aku stress. Tapi bukan stress sebab kerja, tapi stress sebab kena pandang rendah..

Alhamdulillah, berkat pandang hina dorang, akhirnya aku berjaya dapat kerja dekat company lain, yang lagi besar dari company kecik ni.

Aku akan start kerja dekat company baru tu lepas raya nanti.. Walau aku da hantar surat resign pun, still ada yang nak hina kerja aku.

Eh nanti kalau tak jumpa pengganti kau, kau jangan handover kerja kau dekat aku, aku tak nak buat kerja2 admin..

Hina sangat ke pekerjaan aku ni? Sampai kehujung2 waktu aku dekat situ pun kau still nak hina aku?

Oh ye lagi satu, korang yang kononnya level tinggi sangat dari aku tu, yang kononnya ada degree bagai tu, kalau betul korang hebat sangat, asal dah banyak kali korang pergi interview tapi still tak dipanggil?

Yelah korang kan hebat bukan macam aku admin saja, tak kanlah aku yang level admin saja pun boleh dapat kerja dekat company besar, tapi korang still tak dapat kerja baru kot? Selamat mereput lah ye dekat company kecik tu.

Lepastu bila aku dapat kerja baru ni, ada jugak yang panas hati, cemburu sebab aku dapat masuk company besar sedangkan dia yang kononnya lagi hebat dari aku tu, yang ada degree, yang lagi tinggi position dari aku tu still mereput dekat situ.

Dia siap doakan aku, aku harap environment dekat office baru kau tu pun sama dengan dekat sini entah2 lagi teruk..

Teruk kan tahap busuk hati dia…

Doakan supaya dekat office baru tu nanti aku dah tak jumpa orang dengan mentality macam ni.

Satu saja aku nak cakap, tak payah bangga sangatlah dengan title kau tu, tak bawa ke syurga pun title2 tu semua.

Sekian.

– Q (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *