Hari tu aku ternampak kisah seorang lelaki yang meninggal kerana HIV. Aku adalah penghidap HIV sejak 10 tahun yang lalu. Macam mana dapat? Tak tahu lah. Malas nak fikir.
Cuma pemikiran masyarakat kita yang pandang hina dan jijik sangat kat pesakit HIV. Entah-entah dalam ahli keluarga korang pun ada yang ada sakit tu.
Masa meninggal tiba-tiba kurus, tiba-tiba macam mayat hidup sedangkan muda lagi.. Entah-entah ada HIV. Tapi korang dapat berita meninggal dunia sebab kena sihir, kanser, kuman dalam paru-paru dan darah.
Sebenarnya ramai sangat dah rakyat Malaysia yang sakit HIV ni. Lubuk dia universiti kat dalam Selangor tu.. Tahun 2024 je ada 100,000 pesakit HIV, tapi kitorang ni boleh je hidup macam orang biasa. Yang kahwin dan ada anak pun ada.
Tapi aku tak beruntung. Belum jumpa jodoh lagi. Padahal boleh je makan ubat, kahwin dan mengandung tanpa jangkit kan HIV ke pasangan.
Tempat kerja aku pun problem. Dulu aku kerja tempat yang best. Search nama aku boleh nampak aku kerja tempat yang berprestij. Lepas dapat tahu ada HIV, aku kena berhenti kerja.
Sekarang aku kerja tak menentu. Tak ada duit. Aku stress. Bila stress mula lah penyakit yang aku ada selama 10 tahun ni sebelum ni tak pernah pun effect pun kehidupan aku tapi sekarang? Muka aku kusam, badan aku kurus kering. Aku mula pening-pening dan sakit perut.
Aku takut nak mati.. beberapa bulan lepas, aku dah masuk hospital sebab pengsan dalam tandas sampai termuntah dan terberak-berak. Ambulance ambil aku bawa ke hospital.
Aku takut pernah declare aku hidap HIV. Kat sana dorang buat test baru cakap aku ada HIV. Bila dah dilabel RVD positive aku rasa lah layanan dorang beza. Mata pun jeling je macam aku ni penjenayah.
Paling best bila doktor interview kita macam kita ni banduan. Tanya beria mana aku dapat penyakit ni. Aku tak tahu lah. Then dorang tak percaya. Sampai masa aku nak keluar dari hospital pun aku boleh rasakan vibe negative dorang tu terhadap aku.
Sejak hari tu memang aku tak jejakkan kaki dah kat sana. Ubat aku ambil kat klinik swasta. Lantak lah bayar mahal sikit. Dari aku stress sakit hati kena judge.
Sedih sangat.. Hina sangat ke ada HIV?
– Khaisiyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
perlu bg tahu ke if berkerja yg kita ada hiv pd majikan .bkn ke bende tu pnc bg mengelakkan bende sebegini berlaku ..btw semoga awak kuat jalani kehidupan be positve .ujian setiap org kan tk sama ..berdoa pd Allah swt semoga d mudahkan sgala urusan ..Aamiin..
selalu yang tahu hiv ni, hubungan sejenis, dadah, seks rambang dan yang paling rare semasa pemindahan darah, derma darah ka , kemalangan ka.. jadi awk yg mana? sebab kata tak tahu tu
HIV ni tak hina pon, tapi cara dapat tu kebanyakannya cara hina la. So kalau jawab tak tahu tu orang boleh buat andaian la dapat macam mana kan? Kecuali awak terus terang jujur je. Sebab kalau secara tak sengaja dapat, mesti awak akan gila2 punya cari punca dia sampai tahu punca dan akan pastikan orang yang bertanggungjawab sebarkan tu dihukum. Kalaupun awak taktau macam mana dapat pon, at least awak boleh tunjuk bukti yang awak dah berusaha cuba cari punca dapat penyakit ni dan mungkin ada hint2 yang awak dapat walaupun tak boleh nak confirm.