Hina Sangat Ke Berkulit Hitam?

Saya puteri sulung, dilahirkan dengan sepasang mata yang cantik, berkulit hitam manis. Sepanjang pembesaran, saya langsung tiada masalah dengan warna kulit saya, malah saya bersyukur sangat-sangat sebab sekurangnya saya berpeluang untuk hidup di atas muka bumi ini.

Tapi, saya mula rasa depress bermula umur saya 10 tahun. Orang yang kutuk warna kulit saya bukanlah orang asing, keluarga saya sendiri.

Saya pernah diejek oleh mak sedara saya, katanya mak saya suka tengok cerita Tamil masa tengah mengandungkan saya. Sebab itu saya yang paling gelap dalam adik-beradik saya. Saya terasa sangat dengan kata-kata mak cik saya.

Malah, ibu saya sendiri turut mengiakan kata-kata dia. Saya rasa sedih sangat. Rasa sedih yang sepatutnya tak hadir dalam hidup saya. Tapi apakan daya, masa itu saya masih remaja, saya tak boleh berfikir secara matang lagi. Tahap insecurity dalam diri saya semakin meningkat.

Semasa di alam persekolahan, saya habiskan duit biasiswa saya untuk beli produk kecantikan yang boleh ubah warna kulit saya. Bayangkan satu bekas losyen RM90, untuk tangan dan kaki saya terpaksa habiskan RM180 (2bekas). Itu tidak termasuk produk yang saya kena pakai untuk putihkan muka saya.

Sampai satu tahap, saya terpaksa beli produk timbang kilo yang mengandungi merkuri untuk mendapatkan perubahan yang pantas (sebab dan fadup guna drug store tapi tak ada apa-apa perubahan).

Setiap bulan saya terpaksa habiskan duit saya dekat RM300 untuk ubah warna kulit saya, penuhi kepuasan orang lain.

Tak lain dan tak bukan, keluarga saya… Saya tak pernah rasa stress macam tu semasa dengan kawan-kawan saya. Dengan mereka, saya rasa selesa sangat-sangat. Warna kulit, paras rupa langsung tak jadi satu isu. Baiklah, sambung balik pada cerita saya tadi.

Masa saya tingkatan 5, kulit saya dah mula nampak perubahan. Warna kulit saya dan makin cerah. Saya sangkakan hidup saya dah makin baik, rupanya tidak! Tahun tu, saya dipuji ramai junior, mereka panggil saya ‘akak cantik’.

Hanya kerana warna kulit saya, saya terus dapat gelaran cantik. Muka saya alhamdulillah memang tak ada masalah. Saya bersyukur dengan wajah saya, senyuman, mata, bibir saya, alhamdulillah cantik. Kecuali warna kulit (masa tu).

Classmate saya yang tak pernah-pernah wish birthday saya, tiba-tiba nak rapat dengan saya. Ramai puji katanya saya nampak cantik, berseri sangat. Wah ramai rupanya gembira warna kulit saya dah makin cerah.

Tapi dalam hati saya, saya masih rasa terhina. Kenapa saya nak buat semua ni? Ini bukan keinginan saya. Ini kepuasan orang lain.

Akhirnya produk yang saya pakai tu mula menunjukkan kesan. Saya langsung tak boleh baringkan muka saya di atas lengan, tak boleh kena panas sikit pun, muka saya akan terus berubah merah. Merah yang macam meruam. Saya risau sangat.

Bibir saya? Ya Allah paling seram. Saya jarang naik jerawat dekat area muka. Tapi masa tu, jerawat serang area mulut saya. Bayangkan, dekat area atas bibir, penuh merah2 jerawat. Dan yang paling saya tak boleh lupa, di tepi line bibir saya, penuh dengan black head.

Bayangkan, dekat sekeliling bibir, black head penuh, seram kan? Dahla bibir, black head bersusun dekat tepi bibir, penuh satu bibir. Sumpah itu pengalaman yang paling menyeramkan. Hari2 saya picit bibir saya dengan harap black head tu akan hilang. Tapi langsung tak.

Satu hari, saya termenung fikirkan diri saya. Di awal usia 18 tahun, takkan la saya nak bawa diri saya macam ini. Kalau effect kat muka seteruk ini, macam mana dengan buah pinggang saya?

Ya Allah masa itu saya nangis teresak-esak sebab saya langsung tak rasa gembira, saya tak habis-habis soal diri saya, kenapa saya kena buat macam ni. Akhirnya, saya berhenti pakai produk mengarut tu masa umur saya 18 tahun.

Sehinggalah saya mula sambung degree di Kuala Lumpur. Di sinilah, mindset saya berubah, saya jumpa kegembiraan saya. Semasa di asrama, saya ditemukan dengan roomate yang banyak nasihat saya tentang self-love.

Bermula dari situ, saya mula belajar terima kekurangan diri saya. Saya mula belajar cintakan warna kulit saya, abaikan apa orang nak kata. Saya mula belajar make-up, berpakaian, saya yakin yang saya boleh jadi cantik macam orang lain tanpa perlu ubah warna kulit saya!

Dan yang paling buat saya gembira, saya dah mula pakai braces sebab saya ada masalah gigi. Jadi, saya lebih yakin untuk bercakap dengan orang. Sejujurnya semasa saya berada di Kelantan, saya langsung tak pernah hargai diri saya. Tak ada satu orang pun yang mengajar saya bersyukur dengan warna kulit saya.

Malah, apabila saya cerita tentang masalah saya, mereka suggest kan saya dengan produk untuk putih. Mak sedara saya, setiap kali nampak saya, setiap kali tu lah dia tanya saya tak pakai apa-apa produk ke?

Sebab apa? Sebab warna kulit saya masih sama. Kenapa dia nak tanya macam tu sedangkan kulit saya licin, langsung tak ada masalah.

Sekarang saya berumur 21 tahun. Walaupun mak cik-mak cik saya masih mengata saya hitam, saya dah tak terasa dan ambil hati macam dulu, sebab saya dah mula boleh terima diri saya dan depression saya pun dah berkurangan.

Walaupun masih sakit hati hahaha baru sahaja tiga hari lepas, makcik saya tanya lagi pasal skincare! Saya cakap saya pakai yang basic sahaja (hanya pencuci dan moisturizer), dan seperti yang saya expect, mereka akan suruh saya pakai skin care untuk putih.

Saya terus jawab, “Muka kakak tak ada masalah, jerawat pun tak ada, pakai skin care lagi timbul jerawat adalah, jadi tak payah pakai kalau dah okay, jimat pun jimat duit”. Terus terdiam, puas hati saya.

Saya harap sangat kisah saya ni dapat beri inspirasi untuk remaja-remaja di luar sana, belajar cintai diri sendiri, cintai warna kulit kita sebab orang Eropah berpusu-pusu nak dapatkan tanned skin! Bersyukurlah mereka pun jealous dengan warna kulit kita.

Saya rasa mungkin tak ramai yang nasib ada family yang mulutnya macam family saya, tapi mungkin dengan kawan-kawan or kekesih or suami sendiri? Jangan malu! Bila orang tegur, puji warna kulit kita.

Enhance your beauty through makeup, your fashionable items, but NOT by changing your skin colors. Show them that you can be beautiful in your own way! Embrace it, love yourself.

– Lina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *