Hina Sangat Ke Gemuk

Thanks admin kalau approved. Haah aku seorang yang gemuk. Sejak jadi penganggur bertauliah ni berat aku naik 8kg. Time aku praktikal dulu just 80kg. Tahu. 80kg pon bapak berat lah kan bagi seorang gadis sunti yang berumur 25 tahun this year. Tu tak cerita zaman aku mula2 masuk U, berat aku 70kg je. Which is masa tu aku memang quite comel dan digemari jejaka kampus. Lol. Tapi sebab stress ke saka apa aku taktahu lah yang membuatkan berat aku double triple. Satu almari baju aku tempatkan baju aku yang memang seropa nangke lah kalau aku pakai. Kebanyakan baju kurung moden yang aku pakai for 1st and second year. Masuk tahun ketiga keempat aku kena kuburkan dah baju tu kemas2 dalam almari kat kampung aku. Yelah dah tak muat nak simpan KL buat semak je ye dak. Maaf melalut sampai ke sini.

Ok. The point now is yang aku sedar. Berat aku cepat naik bila aku stay kat kampung. Yela stay kl memang catu duit jugak lah. Kalau side income aku jalan memang asyukkk jugak. Aku buat bisnes online gitu gitu je la nak buat duit jimba2 makan makan bila stress. Bila balik kampung je memang idok la aku nak diet ke apa. Pagi tengahari petang malam dah siap dihidang. Eh manja nya kau? Aku memang anak last. Tapi aku tak manja. Mak aku memang jaga betul bab makan kitorang. Yela duk bertapa kat kl balik kampung mestilah kempunan masakan mak. Kang tak makan kang terasa pulak hati mak penat masakkan. So aku letak diet aku ketepi aku pelahap semua. Pastu bila naik penimbang nangis bucu katil. Balik kg seminggu dah naik 3 kg. Sebab tu dari 70kg jadi 88kg sekarang.

Bukan tak bersyukur. Tahu. Mesti akan ada yang akan cakap aku tak bersyukur lah apa mak masak, masih ada mak. Tapi korang pernah tak lalui satu fasa dimana korang sangat depression bila adik beradik kau kutuk fizikal kau. Eh tipu lah tak ambik port. Depan2 memang lah aku boleh senyum kambing gelak sengeh lagi apa yang diorang cakap, belakang? Meraung nangis. Satu family aku pressure aku dengan tubuh badan aku yang gempal. Arwah ayah tak amek port sangat, dia kata selagi tak ganggu solat takpe, cuba cuba kurang makan sikit, nanti kurus lah tu. Hmm rindu nya nak dengar suara ayah.

Ntahla bagi korang benda ni mungkin benda kecik je. Tapi sebabkan ni adalah tempat untuk meluah. Siapa lagi aku nak meluah. Allah? Ya. Sampai aku berdoa dekat Allah supaya bagi aku penyakit yang boleh buatkan aku kurus. I wish for that sebab dah tak sanggup nak hadap hinaan manusia. Adik beradik belah mak, belah arwah ayah, semua tegur badan dah macam mak orang, tak kahwin lagi dah gemuk, macam makcik2, macam datin vida muah muah pun ada. Luah dekat kawan? Tak. Aku tak percaya sesiapa pon melainkan ahli keluarga aku. Aku ada kawan baik, tapi untuk cerita masalah aku bukan pilihan aku. Sekadar nak berkongsi cerita huhahuha je. Aku ni takde la tak cantik, gemuk pun pun cantik, tu bak kata kawan aku. Tahu ayat nak ambik hati. Tapi haah aku ni dikira ada jugak lah rupa gemuk2 pun aku suka makeup. Macam tak kene je pulak.

Besides, aku banyak google cara nak kurus dengan cepat lah, install fitness apps lah, buat diet yang viral kat fb lah. Kejap je aku bertahan. Lepastu terkubur! Sampai satu tahap terbeli ubat kurus. Seumur hidup tak pernah makan. And disebabkan aku benci dengan hinaan orang, aku terbeli ubat kurus ni. And now aku still makan ubat ni, berat aku turun 2kg je. Tapi luaran? Still sama! Takde beza pun turun dua kg lemak tak pecah pun. Tak senaman ke? Aku ada lelah, aku buat sit up sikit pun dah kena pam. Mak aku marah kalau aku lelah. Pantang dengar bunyi aku tengah pam memang mak bising. So aku stop untuk buat cardio senaman bagai. So aku stuck, aku malas nak diet, aku makan je. Makan ubat kurus sebagai syarat konon berat turun. Tapi hampeh lah kalau tak buat senaman. Sampai satu tahap aku nak je telan sebotol ubat kurus ni. Biar aku sakit. Lepastu terbaca ada mak andam meninggal selepas telan ubat kurus.

Tolonglah bagi jalan kat aku. Aku tak de la sampai nak bunuh diri. Tapi sekali imbas perasaan datang kat hati. Bila kena kutuk kaw kaw aku masuk bilik kunci pintu nangis puas2 sambil pegang gunting dekat tangan. Iman aku tak kuat pun. Tolonglah jangan hina golongan yang gemuk, boleh tak kita jaga hati dan perasaan orang gemuk ni. Walaupun mungkin korang pikir hanya sekadar gurauan. Guraun itulah yang menjadi igauan.

Miss Bambam

– Mangsa Hinaan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit