Hina Sangat Ke Jadi Anak Golongan B40

Salam semua. Saya ada pengalaman yang sangat mengerikan dalam hidup saya dan saya rasa macam dalam drama.

Saya selalu cemburu tengok pasangan lain yang baik dengan dua belah keluarga. Manakala keluarga belah suami tak pernah suka saya sebab saya tidak setaraf dengan mereka.

Sebelum kawin mak kepada suami menelefon mak ayah saya dan memberi amaran supaya saya menjauhkan diri daripada anak mereka,

Dan menghina saya dengan mengatakan bahawa saya memberi makan (nasi kangkang) kepada anak mereka. Padahal niat saya dan keluarga saya baik.

Kami beri dia makanan bukan sebab kami nak ambil hati dia tapi sebab saya kasihan bila dia kata dia kelaparan sebab dirumah tiada makanan dan kebetulan dirumah ada banyak makanan.

Salah ke saya cuma beri dia makan? Bukan ini cara untuk tegur seseorang.

Pernah juga nenek kepada suami memarahi saya dalam satu panggilan dgn menyuruh saya menjauhi cucunya dan jika saya enggan mendengar amaran itu dia akan melaknat saya.

Perbualan kami terhenti disitu oleh kerana suami merampas telefon berkenaan dan saya masih mendengar jelas pergaduhan mereka kerana panggilan masih dalam talian.

Semasa pergaduhan itu berlaku saya mendengar bahawa nenek dia kata saya cuma ingin hartanya.

Keluarga kami pernah rapat dari suami masih kecil hingga sebelum terjadinya salah faham ni. Tapi disebabkan satu mulut yang membatu apikan keluarga suami hingga buat keluarga kami jadi musuh.

Selain itu, bapa suami juga pernah menghina saya dgn mengatakan “mungkin si sundal tua tu dah tak laku sangat atau dah terbarai sebabtu budak masih sekolah pun nak kacau”.

Apa yang awak semua rasa bila seorang haji boleh mengeluarkan kata kata macam ni?

Saya tahu dia dihormati di kampung saya. Tapi sebabkan apa yang ayah suami cakap dan apa yang keluarga suami buat mereka sentiasa disanjung disebabkan tittle mereka.

Keluarga suami menganggap saya punca anak mereka jadi biadab. Walhal mereka tahu macam mana perangai anak mereka sebelum ini.

Kalau nak dibandingkan perangai anak dia yang dulu dengan sekarang sangat jauh beza.. Mereka tak cukup kenal anak mereka. Anak mereka sekarang jauh lebih penyabar daripada sebelum ni.

Banyak yang anak mereka pendam. Rasanya kalau ketua keluarga mereka tahu perkara yang anak mereka pendam mungkin akan musnah semuanya.

Tapi saya faham suami saya bukan jenis nak musnahkan orang lain. Dia selalu pesan biar dia yang musnah bukan adik beradik atau keluarga dia.

Saya luah kat sini bukan sebab saya nak menghina atau membuka aib keluarga mereka. Tapi saya cuma nak mereka sedar salah mereka. Tiada siapa yang sanggup tegur kesalahan keluarga mereka.

Apa yang mak dia buat dibelakang suami, apa yang ayah dia buat untuk keluarga rasa bahagia. Suami selalu kata dia tak bahagia dan dia lebih bahagia bila dengan keluarga saya.

Mungkin dia rasa anak anak dah cukup bahagia dengan cara bagi kehidupan yang mewah. Tapi mereka lupa anak anak juga perlukan kasih sayang, anak anak juga perlu perhatian dari mak ayah.

Sebenarnya mak ayah yang mencorakkan anak anak. Macam mana mak ayah corak anak macamtu lah anak anak jadi. So jangan blame orang lain atas kesalahan diri sendiri.

Saya harap luahan saya ni tak tersebar.. Saya cuma nak luah rasa sedih yang saya pendam selama ni.

– Anak B40 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *