Hina Sangat Ke Kerja Aku?

Assalamualaikum semua, nama aku Ani (bukan nama sebenar).

Aku just nak meluahkan rasa kadang-kadang tak puas hati dengan mentaliti masyarakat yang suka merendahkan kerja orang lain.

Nak dijadikan cerita, aku bekerja di salah satu company retail yang besar. Cawangan banyak satu Malaysia.

Mula-mula start kerja part time je, tapi Aeon retail ni ada open management trainee program untuk degree holder. So aku pun apply, lepas tu dapat la jadi team leader kat sini.

Jadi bermulalah kerjaya di sini sampai sekarang dah lebih 5 tahun masih maintain kat retail industry.

Bukan tak pernah kerja office hour dulu tapi aku memang jenis orang yang tak boleh kerja duduk sahaja kat office.

Aku rasa sangat bosan walaupun kerja berlambak bila kerja duduk setempat. Sebab tu aku memang suka kerja retail kat Aeon ni. Sebab kerja bergerak selalu.

Apa yang tak bestnya adalah reaksi masyarakat ada je yang pandang rendah sangat bila nampak kita kerja melipat la dekat selling floor, dekat fitting room.

Kami dekat Aeon ni walaupun leader gaji RM4k above pun pakai uniform, kerja multitasking.

Rata-rata ramai dah pernah rasa diperlekeh oleh customer. Kena ke nampak pakai office wear baru nampak macam orang have have?

Susun-susun barang, display barang, kemas fitting room, jadi cashier semua kami buat. Banyak juga student kerja part time cari duit.

Customer ada yang masih dengan mentaliti takpe kita sepahkan pandai la diorang.. dah memang kerja diorang, diorang dapat gaji.

Ada yang di cashier masih no manners campak duit. Mintak member card tak dengar, dah scan barang tiba-tiba nak bagi member card nak point.

Pehh bengang kena void sales dan key in semula tapi tahankan je.

Ada yang kena marah dituduh rude hanya sebab mintak customer masukkan barang dalam recycle bag sendiri. padahal lembut je suara cashier tu.

Saja meluahkan perasaan dan nak bagi nasihat, jangan nak respect orang based on pangkat atau kedudukan. Please respect everyone, means mudahkan kerja orang.

Jangan cari barang sampai bersepah macam sepuluh orang yang kerja, padahal sekarang sector ni shortage manpower.

Aku nak bagi tips untuk jadi good customer. Bila ambil baju nak pergi bayar boleh siap-siap tanggalkan hanger sebelum ke cashier. Lagi smooth process payment.

Bila dekat fitting room, hang/tinggalkan baju di bakul yang disediakan kat depan fitting room.

Dah check barang dalam packaging masukkan semula.. susah weh nak matching kan balik barang-barang yang terkeluar.

Customer yang beli reusable bag, or recycle bag, please masukkan barang dalam bag sendiri macam korang pergi Ikea (pandai pulak masukkan).

Tiba datang Aeon manja nak panggil manager sebab cashier mintak customer masukkan barang padahal kedai lain boleh buat sendiri.

Kepada customer yang penuh adab, yang respect our job, terima kasih.

Aku sangat suka customer melayan karenah customer walaupun fussy tapi tak berlagak, yang berlembut bila minta tolong carikan barang.

Ramai je customer yang bagus. Aku berikan service terbaik kepada customer yang baik. Yang takde adab itu memang the lowest, tapi aku sabar sebab kerja.

Sekian..

– Lala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *