Assalamualaikum semua.. Terima kasih admin kalau sudi post luahan hati saya ni..
Saya berasal dari negeri pahang, lepas habis pengajian diploma, saya terus berkerja. Kalau ikutkan saya memang nak sangat sambung pengajian ke peringkat degree. Disebabkan masalah kewangan dan masih ramai adik-adik yang sedang belajar, dan saya baru kehilangan orang tua. Saya stop dulu niat nak sambung degree. Saya merantau ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai guru tadika di tempat yang boleh dikatakan kebanyakkan hanya golongan berada semuanya.
Di sini saya tinggal di rumah yang telah pengusaha tadika sediakan, segala makan minum, bil air dan api semuanya ditanggung oleh pengusaha tadika. Senang cerita memang selesa sangat pekerjaan ni untuk anak perantau fresh grade macam saya yang baru nak mulakan hidup.. Tak payah nak pening-pening pikir tempat tinggal, belanja makan semua. Separuh dari gaji boleh kirim dekat kampung.
Tapi masalah yang timbul adalah bila mana masyarakat kita sendiri terlalu pandang rendah pada guru tadika, seolah-olah macam kiteorg ni hina sangat. Ada ibu bapa yang datang nak ambil anak sempat disoalnya, nak kerja dekat tadika ni memang tak yah ada sebarang sijil kan? Ada ke teacher kat sini yang belajar tinggi? Saya tak tahu apa motif dia tanya macam tu.
Tak cukup dengan soalan tu, hanya panggil kami dengan gelaran nama sahaja. Mira, Najwa dan sebagainya.. apa salahnya kalau panggil cikgu mira ke cikgu najwa ke.. selekeh sangat ke kerja kiteorang? Sedar lah sikit, encik dan puan semua hantar anak yang tidak tahu membaca, menulis. Kami yang mengajar hingga mereka semua tahu membaca dan menulis sebelum masuk ke sekolah rendah. Kami cikgu2 tak minta ganjaran pun, tak minta hadiah atau pujian.. cuma nak minta sedikit rasa hormat kepada kami.
Oh ya, lupa nak bagitahu.. Tadika saya ni ada sesi day care.. Habis sesi pembelajaran, akan bersambung sesi day care hingga petang. Terkdang ada juga parents yang busy dan ambil anak waktu malam. Bayangkan kami cikgu-cikgu buka pagar terima pelajar jam 6.30 pagi jam 9 malam baru habis semua murid balik. 14 jam lebih kitaorang bekerja sehari tapi atas dasar kasih kami tetap jaga anak mereka dengan baik.. Malangnya bila ibu bapa datang ambil tapi enggan membayar caj lebih masa.
Bila malam kami cikgu-cikgu akan buat kelas mengaji iqra dan quran. Ada seorang parents ni tak pernah bayar yuran iqra yang hanya dikenakam caj sebanyak RM15 sebulan. Sudah lah tidak membayar, tapi tak pernah miss hantar anak datang mengaji. Kami cikgu2 tetap ikhlas mengajar anaknya. Saya juga segan nak minta-minta. Lepas 6 bulan anak dia mengaji, dia ada kirim duit yuran mengaji pada anaknya, itu pun masih ada bulan yang tertunggak. Masih tak cukup.. dan dia cakap dengan nada yang agak kurang sopan semasa bagi yuran mengaji.
“Nah, ambil lah banyak ni dulu. Baki tu nanti2 lah. Orang lain buat mengaji tak kena duit pun.”
Sakit weh hati ni kena macam tu, aku tak minta pun duit tu. Dan aku dah maklum awal2 kelas ni memang berbayar dan hanya kepada sesiapa yang berminat, yuran RM15 sahaja sebulan. Seminggu 4 kali kelas. Mahal sangat ke??? Rasa macam nak suruh dia ambil balik duit tu dan ambil sekali anaknya. Tapi sebab hormat dan demi menjaga reputasi kami tetap senyum dan balas terima kasih puan atas pembayaranya..
– Mira
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit