Aku terpanggil nak confess benda ni lepas baca confession pasal kerja sales and menganggur. Ye, zaman sekarang orang menganggur ni terlalu ramai. Aku lepasan degree berumur 23 tahun, graduate tahun lepas bulan 11 (tapi habis internship bulan 6). Maksudnya kat sini aku dah 6 bulan menganggur. Mula-mula ingatkan ada degree, lebih terjamin dapat kerja. Rupanya tak. Aku tinggal kat kawasan yang agak kampung. Lepas habis internship, aku berehat sekejap sebulan. Start bulan 7, aku cari serata bandar tak dek kerja kosong. Kalau ada pun kerja yang taraf SPM, jaga kedai, cashier dan sebagainya. Bila ada iklan kerja kosong kat tempat aku, paling tinggi pun dia nak taraf diploma. Aku sedih. Kalau aku tahu ada sijil diploma lagi mudah dapat kerja, aku takkan ambil matriks, aku akan ambil diploma, tak sambung degree pun tak pe.
Ada pakcik aku ni,kerja bank, dia kata sekarang banyak company buang pekerja, banyak company bankrup/tutup. Nasib baik dia tak kena buang. So dengan ekonomi macam ni,dia kata sijil degree seolah2 tak laku, company lebih prefer ambil pekerja diploma sebab tak payah bayar gaji tinggi sikit (walaupun takde beza sangat. Dalam 4 ratus macam tu). Sebab tu ramai orang yang ada diploma dan degree tapi tak kisah dibayar gaji diploma. Sebab susah nak dapat kerja, tak boleh memilih. Banyak iklan aku tengok kalau bank ni mesti bahagian sales. Boleh kata tiap bulan iklan pasal nak cari budak sales je. So bila fikir-fikirkan balik, selama ni aku apply position gempak-gempak. Tapi tak layak sebab takdek pengalaman bekerja.
Sampai lah satu hari tu, awal bulan Januari, ada iklan jadi salesperson kat bank kat hq dia. Oh ya, aku ijazah ekonomi. Aku prefer kerja bank sebab ada kaitan dengan bidang aku. CGPA aku 3.49, nyaris-nyaris nak 3.5, kebanyakkan bank yang aku apply, dia nak pointer 3.5 dan ke atas. So bank ni punya syarat nak 3.0 dan ke atas, so kat situ baru aku layak. And Alhamdulillah, interview aku lulus. Gaji ditawarkan rm1700 basic, tak campur komisyen setiap customer aku dapat. Sebulan aku kerja sales sangat lah penat, baru tahu susahnya nak jual barang. Baru nampak orang pandang rendah kat kita ni sebab jual insurans. Terhegeh-hegeh call tanya nak insurans tak, jumpa orang tepi jalan bagi flyers, kadang tu bukak booth kat depan bank. Mula-mula rasa malu sangat, sebab orang tak layan kita. Lama-lama aku tebalkan je muka.
Masa aku kerja sebagai sales, ramai budak diploma dari degree. Aku tak kisah buat kerja ni, sebab aku tak nak memilih kerja. Tapi aku down bila kawan-kawan aku pandang rendah dengan kerja aku ni. Kawan kelas aku, ijazah ekonomi. Masih tak kerja sampai sekarang. Aku tanyalah, kau dah apply semua ke? Dia kata dah apply semua, walaupun bukan bidang dia (chef, cikgu, akauntan), tapi tak dapat. Aku pun cakap la. Eh biasanya bahagian sales and markerting kat semua bank banyak kosong. Kurang-kurang nak 30 orang. Aku tanya lah tak apply ke kerja sales? Dia kata tak kan lah belajar tinggi-tinggi tapi jadi sales je.
Dia tak tahu aku kerja bahagian sales. Lepas tu dia sambung lagi. Lagipun aku tak minat nak jual-jual ni. (Padahal ig or fb dia selalu upload jual tudung) Lepas tu dia cakap, “Memang tak lah aku nak kerja jual2 insurans, aku tak suka kerja macam tu. Semak je kacau orang lain, Asyik2 call, lepas tu bagi flyers. Eish malu lah. Terhegeh-hegeh kat orang. Kita ni dah la ada degree buat kerja macam taraf SPM.” Lepas tu dia tanya, kau dah kerja ke? Aku geleng. Aku tak mengaku. Tiba-tiba aku rasa malu dengan kerja yang aku buat.
Minggu lepas (cuti CNY), aku balik kampung, terserempak dengan cikgu sekolah, dia tanya kerja apa, bila aku cakap kerja bank. Dia tanya bahagian apa. Aku jawab lah sales. Terus cikgu aku kata, eh awak kan budak pandai, masuk universiti bagus-bagus. Kenapa kerja jual barang pulak. Aku senyum jela kata nak cari pengalaman. Kat sekolah selalu skor nombor satu dalam tingkatan. Bila jumpa kawan sekolah dulu pun, respon diorang pun sama je. Dia cakap “Kau bukan 4 flat ke kat matrik, kau kan budak pandai, ada degree, tapi kenapa kerja jual barang. Hahaha. Baik jadi aku, lepas diploma terus dapat kerja jadi teller kat bank(yang jaga kat kaunter/customer service) tak payah susah-susah cari customer.
Haah, aku pun tak faham kenapa fresh graduates punya kerja bahagian sales, yang ada pengalaman kerja dua tahun, dapat lah jadi junior executive. Yang diploma dapat jadi teller, tak payah busy-busy keluar cari customer, berpanas, hujan peluh, kena reject dengan customer, kena hina lagi. Hari-hari fikir, hari ni dapat ke customer, hari ni nak promote kat siapa. Nak call siapa semua. Betul lah apa confession hari cakap, kerja bahagian sales ni, ramai pandang hina, malu nak kerja macam ni, kena cari jumpa orang promote produk, sebab tu tak dek orang nak apply, lagi-lagi lepasan degree.
Bulan lepas alhamdulillah walaupun tak capai target, tapi aku dapat customer. Dapat lah extra 300. Kerja sales memang gaji up sikit dari position lain yang bukan sales (up sikit je). Tapi, dapat banyak sikit pun, banyak jugak habis duit sebab, nak keluar cari customer tu pakai duit sendiri. Duit minyak duit tol. Banyak habis kat situ. Sabtu pun kitorang kerja. Sangat-sangat takdek life. Cuti sehari je memang susah lah nak balik kampung.
Jealous sebenarnya tengok orang kerja office, sejuk air cond. Hmm. hopefully aku kuat lah kerja kat sales department ni. Dengan manager mulut celupar, menyakitkan hati. Lagi 5 bulan. Tu pun lepas habis kontrak tak semestinya diserap kerja. Mungkin kalau diserap pun bahagian sales jugak. Aku tak rasa nak sambung master sebab dengan ekonomi macam ni, aku rasa better cari kerja, kalau ada master lagi susah nak masuk alam kerja sebab dorang prefer bayar ikut gaji ijazah dan kebawah. Lagipun aku tak minat nak jadi lecturer. (Sebenarnya takdek bakat, sebab aku jenis suara slow and kurang bercakap) So kalau jadi lecturer, student akan sangat2 bosan.
Tu je nak luahkan. Aku harap ekonomi kita pulih dengan cepat. Maafkan aku kalau aku ada tersilap cakap atau terkasar bahasa.
– yasmin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit