Assalamualaikum. Aku sekadar nak meluah kesedihan yang telah lama terbuku di hati.
Aku berumur lewat 30-an dan masih bujang. Mempunyai kerjaya yang stabil, sudah ada rumah dan kereta dan aku mempunyai wang simpanan sebab setiap bulan separuh gaji memang direct debit masuk ke Tabung Haji.
Orang luar nampak hidup aku indah sebab selalu pergi travel. Tapi hakikatnya hidup aku sunyi. Aku mengembara seorang diri. Kadangkala dengan kawan, tapi nak ajak kawan pun susah sebab diorang pun tak berduit sangat. Tambahan pula, kawan-kawan aku pun sudah berkeluarga.
Tapi jiwa aku sunyi. Masa umur 20-an dulu bolehlah aku rileks tak kahwin lagi. Aku pun tak rushing soal jodoh. Aku sangka baik mungkin jodoh aku lewat sikit.
Tapi nak masuk 40-an aku dah mula stress sebab bila fikir soal anak, nak dapat anak nanti susah. Pastu risiko untuk kesihatan lagi. Jadi sudah sampai saatnya aku di fasa kemurungan kerana masih menjadi andartu di usia begini.
Seawal usia 20-an lagi aku dah usaha berbagai cara untuk mencari jodoh. Tapi entah mengapa, aku selalu ditakdirkan untuk bertemu dengan kekasih/ tunang/ suami orang.
Semenjak belajar lagi classmate aku hampir semuanya perempuan. Hidup aku dari kecil memang jarang dikelilingi lelaki. Dah masuk dunia kerja pun ada berapa kerat je lelaki, tu pun suami orang.
Kawan-kawan selalu cuba nak jodohkan aku dengan rakan-rakan diorang, tapi end up aku sentiasa kena ghosting. Tak tahulah kenapa, tapi benda ni memang buat aku stress. Entah berapa kali aku kena reject, tak terkira rasanya. Lebih 30 kali aku kena reject seumur hidup.
Aku sejak lewat 20-an lagi mak cik-mak cik selalu berkenan dengan aku. Jiran-jiran berebut nak jadikan aku menantu. Kawan-kawan mak aku pun selalu risik aku sebab nak jadikan menantu. Kata mereka, aku ni wanita solehah.
Mungkin itu sekadar pandangan mata kasar mereka. Mungkin sebab penampilan aku yang sentiasa berpakaian sopan dan bertudung labuh bidang 50-55. Aku tak nafikan aku juga peramah dan pandai bergaul dengan mak cik-mak cik.
Dari rupa paras, aku rasa aku biasa je. Tapi mak cik-mak cik yang berkenan nak jadikan aku menantu tu cakap aku cantik. Mungkin cantik di mata mak cik, tapi tidak untuk anak-anak mak cik.
Okay dipendekkan cerita, setiap kali aku cuba nak dijodohkan, mesti mak cik ni akan bawa anak-anak diorang jumpa aku di mana-mana majlis.
Oh ya, aku sangat aktif dalam komuniti aku. Aku pernah jadi pengacara majlis, aku pernah jadi Ajk Program komuniti, aku pernah jadi ketua bacaan yasin dengan mak cik-mak cik, kiranya aku ni agak terkenal la jugak di kawasan komuniti aku.
Bayangkan mak cik-mak cik ni semua excited nak bermenantukan aku. Tapi bila aku dibawa berjumpa anak-anak mereka, first impression diorang sangatlah menghambarkan.
Mula-mula conversation diorang akan tanya pasal aku, tapi soalan pun soalan terpaksa. Aku pula yang banyak bercakap. End up aku nampak dah betapa hambarnya conversation kami. So aku dah boleh agak apa ending kami.
So lepas je aku beredar, aku terdengar perbualan mak cik tu dan anaknya. Anak dia cakap “lawa tu lawa tapi tak minat la perempuan tudung labuh”. Aku yang dengar ni tersentak. Apa salah tudungku?
First time terkena begitu, aku fikir “oh mungkin sebab dia fikir perempuan tudung labuh ni kolot, atau dia yang terlalu moden”.
By the way, aku bukanlah perempuan tudung labuh jahit tengah tu. Aku masih pakai bawal dan reti lah jugak berfesyen. Kadang-kadang ada juga pakai shawl. Aku pun still pakai light make up macam sedikit bedak dan lipstick.
Aku bukanlah wanita konservatif sangat. Aku masih wanita moden cuma aku selesa berpakaian yang longgar dan menutup aurat.
Second time, kawan mak aku bawak anak lelaki dia datang rumah aku. Mak cik ni memang minat betul dengan aku. Dia selalu belikan hadiah untuk aku.
Mula-mula reaksi anaknya nampak positif. Senyuman dia sangat manis dan dia pun malu-malu juga dengan aku. Tapi mak aku dan mak dia bagi kami ruang untuk bersembang. So aku pun sembanglah dengan dia. Sembang santai je.
Lepas tu dia nampak berminat dengan aku sebab mintak nombor. Lepas tu kami pun berwhatsapp. Bila whatsapp tu nampak lah dia berminat dengan aku. Tapi dia cuma bertahan dalam sebulan je. Sebulan je kami berchatting. Lepas sebulan terus aku kena ghosting.
Pedih mat. Aku ingat lagi lepas sebulan, aku tanya mak aku. Kenapa anak kawan dia tu senyap je? Kata maknya, mungkin dia tengah stress kerja. Tup tup selepas 5 bulan menyepi, tiba-tiba dia hantar kad jemputan kahwin.
Mak lelaki tu datang rumah aku menangis-nangis bagitau dia tak restu pun anak dia nak kahwin dengan perempuan tu. Tapi sebab anak dia dah tergilakan perempuan tu, so terpaksa la dia bagi restu jugak. Diorang baru je kenal dua bulan pastu terus ajak kahwin.
Bila tengok wife lelaki tu, aku rasa terpukul sekali lagi sebab wife lelaki tu free hair dan seksi. So aku assume, ohh dia suka yang seksi. Faham.
Tak lama pastu, kawan lama mak aku contact tanya aku dah berpunya ke belum. Same case, mak cik tu berkenan dengan aku. So dipendekkan cerita, anaknya tak berkenan dengan aku. Sebabnya dia kata aku terlalu baik untuk dia. Hmm.
Penat dengan semua mak cik-mak cik, akhirnya aku usaha cari jodoh sendiri melalui website cari jodoh. Mula-mula buka akaun pun aku dah dapat banyak mesej. So maksudnya aku tak lah hodoh sangat kan? Haha.
Sebab kadang-kadang aku terfikir juga, hodoh sangat ke aku sampai tak laku-laku? Basically ramai yang mesej aku di platform cari jodoh tapi bila ajak jumpa, banyak betul alasan. End up kena ghosting.
Aku ni tak minat nak bermesej sampai 5-6 bulan. Nak juga berjumpa kenal batang hidung. Tapi tulah, mungkin aku ni hanya tempat persinggahan mereka.
Kawan-kawan lelaki yang dah kahwin pun bersungguh nak kenalkan aku dekat kawan diorang. Tapi tulah, jawapan yang sama. Diorang rasa diorang tak layak untuk aku dan diorang cakap aku baik sangat.
Dah tu, diorang nak perempuan jahat ke camne? Sedihnya aku. Tup tup kawan diorang tu kahwin dengan perempuan seksi jugak.
Sampai satu tahap, aku rasa perempuan bertutup litup macam aku ni susah nak dapat jodoh. Yang seksi terdedah tu jugak yang laku. Aku pernah terfikir nak free hair. Ya aku pernah terfikir begitu.
Mungkin lelaki nak tengok kecantikan sebenar aku baru diorang boleh suka kat aku. Sebab honestly aku rasa aku lawa bila free hair. Kalau pakai short skirt pun aku rasa aku lawa daripada perempuan-perempuan lain. Tapi mujurlah iman aku masih kuat.
Aku teruskan pencarian jodoh aku. Doa pun dah. Solat hajat pun dah. Minta doa ibu bapa pun dah. So akhirnya aku tawakkal jelah. Kalau jumpa lelaki baik, aku fikir aku nak approach je. So satu hari aku terjumpa sorang lelaki waktu berkursus. Lelaki ni bujang lagi.
Lelaki ni baik & kena dengan taste aku. Aku pun approach dia sembang². Pastu bertukar nombor. Lama jugak kitorang berwhatsapp, lebih 3 bulan.
Sepanjang berwhatsapp tu ada juga dia tanya, “orang cantik macam awak ni takkanlah takde yang nak”. So aku jawab jelah memang takde. Tapi dia tak percaya. Pastu dia ada joke aside “Kalau betul takde, saya nak”.
So aku happy jugaklah walaupun aku tak pasti dia serius ke gurau. Masa tu aku rasa happy sangat sebab finally ada jugak yang berkenan dengan aku. Dia selalu whatsapp aku dulu. Kalau lambat balas, mesti dia risau. So at last ada jugak orang yang cakna dengan aku.
Pastu tiba-tiba aku tengok kat Facebook dia baru je kahwin dua hari lepas. Cissss celaka punya lelaki. Dia melayan aku sweet macam lah dia tu single, tapi rupanya selama ni dia memang tunangan orang.
Kesian isteri dia langsung tak tahu pasal dia whatsapp dengan aku. Dah la dia pernah cakap dia plan nak kahwin dengan aku tahun depan kalau ada jodoh. Sobs aku menyendiri lagi.
So dipendekkan cerita, dah bermacam lelaki aku jumpa, tapi takde satu pun sangkut. Takde yang pernah serius untuk jumpa parents aku.
Ada lelaki ni aku kenal daripada kawan mak aku, aku tanya dia kenapa dia tak minat dekat aku. Pastu dia jawab, dia tak minat sangat perempuan tudung labuh sebab first, dia pun tak alim sangat.
Secondly, dia rasa aku terlalu baik untuk dia sebab dia sendiri nakal dan banyak dosa. Thirdly dia cakap dia takut dia takleh jadi suami yang baik, takut aku pula kena bimbing dia. Hmm, apa boleh dikata. Begitu rupanya persepsi lelaki.
Pastu kat office aku ni adalah sorang lelaki baru masuk kerja. Lelaki ni bujang lagi, muda sikit daripada aku. Ada satu hari tu, geng lelaki duk sembang pasal jodoh dengan dia. “Weh kau minat perempuan macam mana?”. Pastu pekerja baru tu cakap “Yang baik dan ngam dengan aku”.
Pastu lelaki lain menyampuk “Weh, kau kalau nak cari wife jangan cari yang tudung labuh dan alim sangat. Cari yang biasa je. Kalau jenis tudung labuh ni susah weh. Lepas kahwin nanti serba serbi tak boleh. Itu tak boleh, ini tak kena, itu haram ini haram”.
Aku yang terdengar perbualan tu terus rasa sentap. Rupa-rupanya lelaki yang cakap tu tadi bini dia memang tudung labuh. Mula-mula aku tak faham kenapa dia macam mengutuk sangat bininya.
Rupa-rupanya dia memang jenis yang merokok dan suka usha awek. Pastu suka sembang lucah. Bini sape tak marah. Merokok tu mana-mana perempuan pun tak suka, pastu memang fatwa sendiri cakap rokok tu haram.
Pastu dia nak salahkan wife dia marah dia merokok. Dah la suka sembang lucah. Tak padan betul dia dengan wife dia yang ustazah tu.
Ending dia, aku masih gagal cari jodoh. Tak tau lah ini memang suratan hidup aku atau jodoh aku yang masih sesat.
Sejujurnya aku pernah depression tau pasal jodoh ni sebab aku pernah dengar kawan kerja lelaki yang gelar aku andartu & perempuan tak laku. Terngiang-ngiang gelaran tu di telinga setiap hari.
Sampai aku pernah berkurung dalam rumah 2 minggu, mintak cuti AL dan tak nak jumpa orang sebab rasa malu dan hina sangat jadi andartu ni. Mak ayah pun bising dah anak dia sorang ni je tak kahwin lagi.
Aku pernah berbaring atas katil dan rasa tak nak bangun. Aku pernah menangis banyak hari sambil berbaring. Aku pandang je siling. Aku soal diri sendiri “kenapa takde sape nak aku?”. Aku nak bangun pun malas sebab takde semangat nak hidup.
Lagi sadis aku ni suka budak. Imagine terseksanya batin aku tengok baby dan budak. I wish I have my own kids.
Aku pernah suarakan hasrat untuk ambil anak angkat kat parents tapi mak bapak aku menentang habis-habisan. Diorang cakap diorang takkan iktiraf baby yang bukan darah daging diorang.
Bukanlah bermakna diorang tak suka anak orang, cuma mak aku cakap, dia risau dia takleh bersikap adil dekat cucu-cucu dia. Takut layanan nanti tak sama sebab benda gitu bukan boleh control. Kadang-kadang tak sedar. Hmm
Now, I’m having mental breakdown again. Kalau kahwin this year, adakah aku masih boleh mengandung? Tapi mana aku nak cari laki. Takkan nak pergi mengorat lelaki random di tepi jalan?
Terdesak punya aku nak berlaki sampai aku selalu gi masjid nak mencari suami tapi yang aku jumpa semuanya suami orang. Hahahaha. Takkanlah aku nak jadi perampas kebahagiaan wanita lain.
Kawan-kawan doakan aku dapat jodoh idaman aku tahun ni atau tahun depan. Penatlah membujang ni.
– Bukan ustazah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jangan salahkan tudong laboh awak. Wanita yg baik utk lelaki yg baik. Itu janji Allah. Teruskan berdoa kpd Allah.
Acik doakan awak berjodohan dgn lelaki yg tepat….jika tidak didunia mungkin di syurga…
I would recommend you utk join ngo group Yg Islamic. Slalunya dlm tu ada ikhwah yg mencari jodoh jugk.
Saya doakan semoga akak dipertemukan dengan jodoh yg terbaik dalam hidup akak shgg akak melupakan setiap ksdihan yg lalu..jangan putus asa, banyakkan berdoa..in Shaa Allah pasti Ada…
Kelakar pulak baca. Kalau aku jd confessor, aku happy Allah berkali2 elak aku terkawen dgn sampah. Dunia dan hidup ni terlalu luas dan indah untuk dibazir dgn fikir nak kawen je. But ofkos, aku x cantek la. Tudung sarung pun malas2 je 😆. Keliling penuh dgn gegirl yg terpaksa happy dh terkawen dgn spesis 🤬. Nikmat ape lg yg nk kita dustakan
Kesimpulannya awak dikellilingi lelaki yang salah. Contohnya, kalau awak nak memancing ikan tenggiri, kenapa awak pergi tasik? Jadi kenapa awak nak bersedih dengan anak2 mak cik jiran yang reject awak tu? Lelaki yang pilih perempuan berdasarkan nafsu, nanti bila dah kahwin dia tetap akan pandang perempuan lain, mengurat, tgok video lucah, so sebenarnya Allah dah selamatkan awak kt situ. In sha allah ada jodoh awak tu.
Apa2 yg kita nak buat brsama org lain pun perlukan chemistry, kalau dri apa yg awk cerita tu, means antara awk dgn org yg awk jumpa tu takda chemistry la tu.
Sy syorkan awk pakai tudung yg singkat sikit. Kalau nk fikir pasal kesempurnaan atau nak tunggu sempurna, mana ada yg betul2 sempurna skarang ni, even ustazah pun ada yg berdua-duaan dgn lelaki di tempat yg sunyi. Yg paling utama ialah kita tak buat pkara2 yg tak bermoral.
Boleh kita berkenalan?