Aku takut nk menulis kat sini. Tapi aku xtau nk tuju mana lagi. Kes aku x besar sgt. Ada kemungkinan xkan dapat perhatian ramai pun. Aku anak bongsu dari 6 beradik. Mak aku dah lama meninggal dan sekarang ayah aku pun sdh berkahwin dgn pasangannya dari Indonesia (jgn tny aku lebih lagi). Aku alhamdulillah sedang slowly recover dari minor depression. Jgn risau aku bukan haqiem rusli dan ini bukan gimik.
Aku ambil masa 2 bulan untuk dapatkan rawatan dan kumpul semangat aku balik. Secara amnya, tiada sapa pun di dunia ini yang tahu kisah hidup aku. walaupun bongsu tapi perit aku nak ceritakan aku seperti tiada langsung keluarga. Aku banyak menumpang kasih dengan rakan dan keluarga.
Ok. Long story short. Aku bukan lah seperti wanita lain. Kehidupan aku hitam. Tak perlulah aku ceritakan ala yg jadi sepanjang hidupku. Perit tapi aku redha. Apa yg aku nk highlight kan di sini, adalah mengenai kesempatan sekejap merasai nikmat sayang.
Setahun yg lepas, aku terpengaruh dengan satu apps ni. Tinder. Yes! Tinder. Ada dua pandangan aku dengar pasal apps ni. Ada yg samakan tarafnya sama teruk dgn wechat, and ada jugak yg defend tinder ni is a nice app, community yg main pun is a good community. Senang cerita aku yg nmber dua. Aku x pernah chat lebih2 kat tinder ni, sampailah satu hari aku match dgn seorang laki ni.
Weh dia effort teruk nk berkawan ngn aku. Mcm2 r dia buat smpi aku rimas mula. Long story short lagi, after a while aku decide to give him a chance and that it is.
Dalam fasa tu, banyak perkara terjadi yg membuatkan aku betul2 yakin dgn dia. Sampai aku sanggup buat apa shj untuk dia. Aku hilang kawan sepanjang tempou kami bersama. Keluarga? lagilah. Sudahlah mmg family aku tak pernah amik peduli, bila aku diberi kesempatan kononya aku ada sumber kasih syg yg nyata lagilah aku menidakkan family aku. Aku.lagi jarang balik. Tp x pelik pun aku mmg x suka balik. Beberapa bulan bercinta, dia bnyak mengubah aku. Apa yg aku kesalkan dia pernah ajar aku phone sex, ringan2 dalam kereta tpi aku x pernah layankan dia sgt.
Kini aku dah break up ngn dia. Bukan aku yg minta tapi dia yg putuskan. Dia buang aku atas alasan tiada lagi rasa sayang dan dia sendiri tak mampu nk teruskan hubungan. Aku tahu banyak kebaikan dan hikmah selepas kami berpisah, the only kebaikan yg aku boleh fikir pun aku sedar bnda tu x kekal lama.
Dalam pada nak move on tu and jalank terapi untuk melupakan dia, aku sering kali terjatuh jugak. Banyak kali aku mimpikan dia. Kawan2 dia kacau aku, family dia makin mendekat dan sebagainya. Tapi dia mmg dah x pandangkan aku lagi. Yes aku tahu x guna ingat dan kenangkan lelaki mcm dia. Tapi apa boleh buat dia datang di masa yg tepat, sebagai wanita yg dahagakan kasih syg aku jatuh dan kalah dalam hasutam syaitan.
Tujuan aku story kat sini, aku nk mntk sedikit kata2 semangat. Selain terapi yg aku jalani sekrang ni, aku perlukan sokongan untuk aku keep moving and lupakan lelaki mcm dia.Aku yakin ada hikmah semua ni berlaku tpi aku perlukan booster. Aku xnak terus kalah dlm berjuang ni. Aku yakin ini semua ujian tapi aku sedar aku xleh buat sorang diri. X perlu ingtkan aku, aku hanya insan bodoh yg terlalu dahagakan kasih sayang, percayakan insan yg aku cuma kenal dari internet dan buka peluang dia hancurkan hati aku.
– Amiza Izzati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit