Hinakah Aku Kerana Tidak Bekerjaya

Salam warga IIUM Confession. ‘Kalau lah’ selalu bermain di benak fikiran aku. Lebih kepada penyesalan kepada jalan yang aku pilih 8 tahun lepas.

Aku tidak dapat habiskan study disebabkan masalah kewangan memandangkan pembiayaan yang aku mohon 2 kali di reject. Aku bukan juga dari keluarga yang senang.

Aku ambil keputusan untuk cari peluang pekerjaan. Setelah beberapa tahun bekerja. Aku dilamar untuk menjadi isteri kepada seorang peniaga makanan.

Semuanya berjalan lancar dari perkenalan sehingga aku berkahwin dan mendapat zuriat pertama.

Oh ya.. Selepas berkahwin aku berhenti kerja sebab ingin membantu suami aku meniaga.

Semasa dunia dilanda wabak, kami diuji masalah kewangan. Kami ambil keputusan untuk tinggal bersama orang tua aku. Alhamdulillah ibubapa aku faham keadaan kami.

Penyesalan aku bermula bila adik beradik aku sindir2 aku kerana tiada pendidikan dan tiada pekerjaan tetap seperti mereka.

Aku rasa hina. Menyesal sebab berhenti belajar. Menyesal sebab memilih untuk berkahwin awal. Menyesal sebab ada anak.

Menyesal sebab berhenti kerja. Menyesal sebab aku tiada simpanan dan harta untuk dibanggakan.

Aku sering kali terfikir. Bagaimana aku nak mulakan semula semuanya??

Aku nak ada kerjaya sendiri. Aku nak bebas dari perkahwinan. Aku nak ada kawan2. Macam mana aku nak lari dari semua yang terikat di badan aku??

Suami aku sangat baik. Layanan aku dan anak tak pernah kurang. Dia sangat membantu aku dalam urusan rumah tangga.

Yang menjadikan aku kusut. Bila suami aku turut bawa aku dalam masalah kewangan dia.

Semua duit dia, dia akan bagi pada aku. Tiada satu sen pun untuk dia.

Berbekalkan duit yang dia bagi, aku perlu uruskan segala perbelanjaan termasuk bill dan sewa. Duit tak pernah cukup. Maka aku lah yang akan fikir macam mana nak cukup kan.

Setiap bulan aku sakit otak untuk fikirkan masalah duit. Dia juga usaha. Tapi akhirnya tiada pilihan memang barang kemas aku juga aku perlu gadai.

Nafkah? Seingat aku baru dua kali dapat sepanjang tempoh 8 tahun perkahwinan.

Aku ada nyatakan hasrat untuk sambung belajar atau mencari kerja. Tapi dia tak izinkan dan minta aku duduk saja dirumah menjaga anak kami.

Aku rasa nak lepaskan segala yang terikat di badan. Rimas bila hidup macam ni. Aku nak ada duit sendiri.

Aku tak pasti jalan yang aku pilih betul atau salah. Yang pasti hati aku meronta2 nak buktikan dekat adik beradik aku yang aku boleh berjaya dan bekerjaya.

Bila aku dihina, aku jadi tak redha dengan kehidupan yang aku lalui sekarang.

Mesti orang suruh aku buat bisnes online dari rumah kan? Aku dah buat. Akhirnya tersidai separuh jalan.

Punca? Entah la. Anak yang tak pernah bagi kerjasama. Aku pulak busy tolong suami berniaga, bagaimana aku nak bahagikan masa dengan urusan rumah, anak, meniaga dan bisnes online.

Sedangkan masa untuk aku bersihkan diri pun 5 minit je. Itu pun terkejar kejar.

Hidup aku tiada kualiti. Hari2 hadap rutin yang sama. Aku terlalu penat.

Aku cuma perlukan cuti yang panjang dari menjadi isteri dan ibu.

– Dhiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *