Namaku Bunga Putih, berasal dari sebuah kampung yang terletak di selatan tanah air. Lahir pada tahun 80-an.
Terima kasih admin jika cerita aku ini disiarkan. Aku tak pandai mengarang tapi aku cuba untuk luahkan apa yang aku pendam dan menjadi trauma sepanjang hidup aku sehingga hari ini.
Sedikit pengenalan tentang keluargaku. Ayahku seorang “buruh kampung” yang mana kadang ada kerja, kadang tiada kerja, terkadang memang sengaja malas untuk pergi ke kerja dan tidur dirumah sepanjang hari.
Merupakan seorang ayah yang “Baran & berangin”. Ibuku pula seorang suri rumah yang berusaha mencari nafkah dengan melakukan pelbagai kerja demi memastikan nasib kami terbela, cukup makan, dan bersekolah.
Bagiku, ibuku seorang bidadari yang “sangat cekal & tabah”. Kami 5beradik seibu sebapa dan 2beradik seibu. Asalnya ibuku seorang ibu tunggal yang kematian suami. Punyai 2orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.
Anak lelakinya sejak lahir sudah diambil orang dan dijadikan sebagai anak angkat dan seorang lagi ibuku bela sehinggalah dia bertemu dan berkahwin dengan bapaku.
Maaf terlalu panjang pengenalanku supaya pembaca faham dengan lebih mendalam isi penceritaannku nanti. Alhamdulillah, sungguhpun kami miskin, ibu dan ayahku masih mampu untuk menyekolahkan kami semua.
Aku tidak dimasukkan ke sekolah tadika, namun begitu seawal usiaku 6 tahun aku sudah mampu menguasai ilmu 3M (membaca, menulis & mengira). Aku belajar melalui pemerhatianku daripada abang dan kakakku yang telah bersekolah.
Aku kira sekolah itu sesuatu yang menyeronokkan, tak sabar rasanya nak mulakan alam persekolahan. Temui rakan baru dan belajar ilmu baru. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Rupanya inilah titik permulaan “hinanya aku sebagai pelajar miskin”.
Masuk sahaja sekolah ditahun 1, aku bayangkan aku akan punyai ramai kawan tetapi malangnya tiada seorang pun rakan yang sudi berkawan denganku.
Aku rasa mungkin kerana faktor pakaian ku yang lusuh [ baju lama yang disedekahkan orang ] membuatkan mereka “jijik” berkawan denganku.
Cikgu juga meletakkan aku di tempat duduk yang paling belakang kerana aku sudah menguasai 3M. Tempat duduk hadapan pula untuk pelajar-pelajar yang belum menguasai 3M.
Loceng rehat berbunyi…. aku sekali lagi cuba mencari rakan untuk rehat bersama, namun tiada siapa yang sudi. Aku berjalan seorang diri diiringi guru kelas dihadapan.
Untuk pelajar tahun 1 kami diberikan makanan percuma, Rangkaian Makanan Tambahan ( RMT ), jadi kami diarahkan guru untuk makan makanan yang telah disediakan dimeja kantin. Setiap murid mengambil makanan seorang satu dan duduk.
Mereka berborak antara satu sama lain, sementara aku pelahan-lahan menghabiskan makanan yang diberikan seorang diri.
Aku cuba untuk berbual dengan rakan-rakan lain tetapi tidak diendahkan. Hari-hari yang berikutnya amat menyedihkan bagiku, setiap hari aku tetap berusaha mencari “kawan” tetapi masih tiada yang sudi….
Setahun telah berlalu… aku hidup “sendiri” di sekolah. Aku tetap pergi sekolah seperti biasa, Tak pernah merungut walau tiada seorangpun yang sudi berkawan denganku. Darjah 2 kelasku telah ditukarkan ke bagunan usang yang lama.
Keadaan kelas sudah bertukar, dari berlantaikan simen, sekarang belantaikan kayu lama. Apa yang boleh aku gambarkan keadaan kelas ini seperti “rumah atas tradisional yang lama”.
Kelas tersebut agak panjang, tak silap aku ada 3kelas disitu. Aku difahamkan itu bagunan sekolah dari zaman jepun lagi… betul atau tidak wallahualam…
Tukar kelas baru, aku happy sangat-sangat. Dapat tempat duduk baru, tapi masih lagi dikedudukan paling belakang bersama-sama pelajar lelaki yang “agak nakal”.
Keadaan kelas baru itu agak usang. Susunan lantai kayu juga tidak rapat, jadi aku boleh nampak pemukaan tanah yang ada dibawah.
Tiba-tiba aku terpandang ada “kilauan silver” yang bersinar disebalik pemukaan tanah. Loceng rehat berbunyi… aku cepat-cepat keluar pergi makan dikantin.
Habis makan masa masih panjang, jadi aku berlari semula ke bahagian bawah kelas mencari “kilauan silver” yang aku nampak semasa dikelas tadi.
Terbongkok-bongkok aku sendirian mencari “kilauan silver” tersebut seorang diri. Tiada seorang murid pun yang berada dikawasan kelas tersebut. Barangkali semuanya sedang makan atau sedang seronok bermain bersama rakan-rakan, kecuali aku yang masih “sendiri”.
Akhirnya aku jumpa “kilauan silver” itu. “Ini duit 10 sen” getus hatiku… Aku senyum kegirangan… Duit 10 sen itu agak buruk dan sebahagian besar permukaannya sudah diseliputi tanah. Mungkin sudah berada lama dibawah dan tiada budak yang berani untuk mengambilnya.
Mungkin juga kerana mereka takut terserempak dengan “hantu jepun”. Hehehe… Sekarang aku dah ada aktiviti baru! Sekurang-kurangnya aku tidak lagi perlu duduk seorang diri di dalam kelas sementara tunggu loceng “tamat rehat” berbunyi.
Sejak hari itu, bermula lah aktiviti baru aku mencari duit dibawah kelas. Ada pelbagai jenis duit yang aku jumpa, duit 1sen lama empat segi yang kaler coklat tu pon aku jumpa. paling besar aku pernah jumpa duit 50 sen. Hehehehe….
Kadang-kadang ada hari yang aku malas nak mencari duit, aku hanya akan akan duduk memerhati kawan-kawan lain yang seronok bermain dari jauh.
Terhibur hatiku melihat rakan-rakan yang ketawa kegirangan. Tak dapat main bersama, dapat tengok mereka bermain dari jauh pun dah cukup seronok pada aku.
Tahun berganti tahun, tak ada apa yang menyeronokkam disekolah, kecuali dapat makan free dan aktiviti mencari duit hehehe…
Di negeri kami, sekolah agama adalah wajib, jadi selepas sekolah harian, petangnya aku akan dihantar ke sekolah agama oleh ayahku dengan menaiki motor honda bulat lama peninggalan arwah atukku.
Kadang kala balik dari sekolah harian terpaksa berjalan kaki sebab ayah lupa ambil. Dalam seminggu kadang sampai 2@3kali aku balik sekolah berjalan kaki sebab ayah lupa ambil. Jarak rumah aku ke sekolah lebih kurang 500 meter.
Aku ada sepupu satu sekolah denganku yang ayahnya mengambilnya menaiki kereta @ motor tapi jarang sekali nak menumpangkan aku. Dia abang kepada ayahku yang tinggal sekampung denganku. Mereka berdua memang bermusuhan. Alfatehah buat pakcikku.
Korang nak tau duit yang aku jumpa dibawah kelas aku buat apa?! Aku beli guli… hehehe… balik dari sekolah agama, aku main guli dengan budak-budak lelaki kat kampung aku.
Ada juga bermain bersama sepupu-sepupu perempuan aku yang lingkungan umurnya lebih kurang sebaya denganku.
Mereka juga bersekolah sama denganku. Cuma disekolah kami tidak berkawan, mereka ada kawan mereka sendiri, aku pun tidak mahu menggangu. Kami hanya berkawan bila dikampung selepas balik dari sekolah agama, ataupun waktu cuti sekolah sabtu & ahad.
Wahhh!!! Dah panjang sangat aku menulis kalau ada yang sudi nak baca nanti aku sambung lagi macam mana aku dibuli oleh pelajar-pelajar lelaki disekolah rendah. Apa yang aku lalui nie buatkan aku trauma sangat.
Pantang aku dengar atau membaca tentang pelajar miskin atau anak-anak saudara aku yang bercerita tentang pelajar miskin disekolah. Hati aku akan berdegup kencang, pelbagai rasa ada, marah, simpati, memberontak semua bercampur aduk.
Malam-malam kadang aku menangis sendirian… tak taulah kenapa hehhehee padahal benda dah lama berlaku. Aku pon dah berdamai dengan takdir yang tertulis. Tapi tetap masih lagi ada sisa-sisa air mata yang tertinggal. Mungkin mereka tak mahu pergi atau aku yang “sukar” melepaskan mereka…
Akhir sekali, Aku doakan semoga semua pelajar-pelajar disekolah dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru-guru, walau dari apa sekalipon latar belakang mereka. Terapkan nilai empati dalam diri kanak-kanak.
Pupuk nilai kasih sayang dan saling mengasihi antara satu sama lain. Kerana mereka masih kecil dan masih mudah dibentuk. Semoga tiada lagi mangsa buli rakan-rakan dan dunia dipenuhi dengan kasih sayang yang banyak…
Semoga tiada kanak-kanak yang melalui zaman “suram” dan semoga mereka semua dapat hidup dengan kegembiraan yang “unlimited” tanpa perlu rasa takut dan sedih.
Sekian wasalam…
Aku Yang berdamai dengan takdir.
– Bunga Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit