Hipokrit

Assalamualaikum semua. Terima kasih banyak2 admin jika confession ini disiarkan. Hai guys aku Muhammad. Masih lagi menuntut ilmu.

Aku buat confession ni sebab rasa nak share point of view aku mengenai golongan penunggang agama berdasarkan pengalaman aku sendiri, lepas aku baca beberapa confession macam pasal ayah penunggang agama yang poligami, dan latest mengenai sahabat yang murtad bernama Ina, (https://iiumc.com/murtadnya-seorang-sahabat/).

Aku taknak persoalkan benar atau tidak kisah2 berkenaan cuma aku berpendapat, golongan hipokrit penunggang agama ni memang wujud dan mereka mencalarkan imej Islam dengan amat teruk.

Haritu, aku terbaca satu confession bertajuk surat junior kepada senior ke apa entah, (https://iiumc.com/surat-dari-junior-kepada-senior/). Dalam tu ada mention tentang senior pengawas yang hipokrit gitu2. Surprisingly, aku jumpa golongan yang sama sewaktu zaman persekolahan aku.

Depan cikgu, depan junior diorang punya alim sembang bergegar bagi tazkirah tu kalah pak khatib solat Jumaat pakej dengan macam2 dalil. Tapi di belakang tabir, merekalah yang paling banyak langgar apa yang mereka sendiri larang dan apa yang diorang suruh orang lain buat, diorang tak buat pun.

Mulut takyah cakap la segala carutan Barat keluar konon2 maju la. Seolah2 segala dalil peraturan yang mereka canangkan satu sekolah tu terpakai buat orang lain jer. Time diorang semua boleh.

Aku yang merupakan junior mereka sangat sakit hati sebab aku fikirkan mereka golongan yang hebat dan boleh diharapkan bab2 agama tapi rupanya hanyalah sekadar sembang kencang tapi kosong.

Apabila persepsiku berubah sedemikian, timbul mindset dalam diri aku yang mana tak perlu pun alim2 bagai yang penting be yourself sebab yang sembang kuat tu pun hipokrit. Aku yang dulu agak menjaga ikhtilat pun sekarang masuk uni dah macam tak penting dah jaga ikhtilat bagi aku (astarghfirullah). Kerana aku terlalu terkesan dengan kemunafikan golongan2 berkenaan.

Even bekas sahabat2 baik aku pun sama. Habis sekolah diorang yang alim2 ni yang couple dulu sebelum budak biasa ni. Sampaikan aku rasa nak jauhkan diri daripada mereka kerana aku rasa jijik dengan sikap cakap tak serupa bikin diorang.

Bukan sahaja pelajar, cikgu pun bersepah yang hipokrit. Ustazah, kaunselor siap dapat title cemerlang lagi bertudung labuh tapi hobi mengumpat anak2 murid. Dicanangnya keburukan anak2 murid satu sekolah. Aku bukan cakap kosong kerana aku merupakan mangsa.

Ustazah pula terang2 mengajar subjek syariah tapi hanya mementingkan cara jawab soalan peperiksaan sahaja. Tapi aplikasi ilmu agama dalam kehidupan langsung tak penting. Ustazah tu sendiri mulutnya buruk dan kuat menyindir. Aku dah puas kena dengan beliau dan sampai harini tak tau apa salah aku pada dia.

Kaunselor bajet cemerlang tu pula, hari2 share kata2 Islamik tapi kuat menengking dan share aib pelajar. Malah sebelum mengenali peribadinya, aku pernah berjumpa dan luah masalah depression aku mengenai kawan aku yang tikam belakang etc.

Aku bagitau yang even tahajud pun aku masih depress. Yang aku dapat dari dia, iman aku lemah dan aku lembik serta hati aku kotor. Aku pun macam fine. Depression aku makin teruk dan aku byk kali ada suicidal thoughts tapi syukur Allah selamatkan aku dari berbuat demikian.

Banyak lagi rasanya contoh penunggang agama yang lain. Dalam politik, even pendakwah2 pun ramai. Dengan orang biasa hukum dia lain, dengan member rapat hukum dia lain.

Apa yang aku nak point out is, kewujudan golongan2 ni melemahkan semangat orang biasa macam aku untuk mengamalkan ajaran Islam dengan betul dan sepenuhnya. Kerana mindset aku, alah yang alim2 ni semua pun takleh pakai. Takyah la beria sangat pun hidup biasa2 je. Sampaikan aku terlanggar batas2 yang tak sepatutnya kerana fikir ‘takpe’.

Aku tau mindset aku memang salah. Tapi seperti kes Ina yang murtad tu, aku nak bagitau yang effect golongan munafik ni sangat besar tau untuk sesetengah orang. So untuk korang yang baca ni, aku minta untuk korang cuba la beramal dengan ajaran Islam yang betul sepenuhnya dan jangan la hipokrit.

Kalau ada ustazah2 yang baca ni, mohon jangan jadi macam ustazah syariah aku atdi tu. Memang kita boleh cakap pakaian dan amalan seseorang tu tak berkait tapi sesetengah orang diorang fikir tudung labuh je sempurna. Kopiah je syurga. Bukan apa, apa yang korang buat lebih diperhatikan dan dinilai berbanding orang biasa2.

Aku mohon maaf jika confession ni seakan mengarut or tak relevan. Aku berdoa korang yang baca dapat point aku nak sampaikan. In the meantime, doakan aku dapat hapuskan mindset negative aku tu. Bye.

– Muhammad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *